Wednesday, July 28, 2010

Pekan Sehari


Pekan Sehari ini terletak di pinggir Sg. Pahang dalam bandar Temerloh. Ia merupakan tempat jualan berbagai - bagai jenis keperluan harian seperti makanan, pakaian, peralatan rumah, ikan , sayur dan sebagainya.
 Pak Cik ni, dari kecil sampai sekarang masih menjual kopi. Kopinya memang popular sampai ada yang tempah jika balik ke kampung.

Pekan Sehari ini menjadi tumpuan warga Temerloh dan warga di luar Temerloh pada hari Ahad, dan ada yang datang dari Kuala Lumpur semata- mata untuk datang memcari keperluan di sini.

Antara yang menjadi tumpuan di Pekan Sehari ini adalah ikan-ikan Sungai ,Ikan tapia dan patin sangkar.

 Ada diantara ikan-ikan Sungai ini harganya mencapai ratusan ringgit. Ini tidak menjadi penghalang bagi peminat- peminat ikan sungai untuk membeli.

Bagi mereka yang ingin datang disini datang la seawal mungkin bagi mengelak kesukaran mencari parking kereta dan pekan sehari ini dibuka seawal 6.30 pagi lagi. 

Keseronokan sukar digambarkan bersarapan di Pekan Sehari ini dengan pemandangan Sg. Pahang sambil menjamu selera.

Sunday, July 25, 2010

Temerloh....balik kampung


dah lama betul tak balik Temerloh nie, dekat sebulan lebih...ha,,ha,,
sampai kat temerloh dekat tengah hari, berehat, makan dan tido sekejab.
petang tu, terus basuh kereta kakak.

step 1: basuh tayar yg kotor degil tu


step 2:sembur buih sabun.






step 3 : gosok kete.


step 4: bilas


lastly : lap plus vacumm


tengah brother nie lap kete, bleh tertido plak...bkn nak kejut bila dah siap, sedar2 kete belakang tadi pun dah siap, apa lg bayar dan terus bla...

petang tu jln-jln  sambil cari durian dengan ikan talapia.



mencari ikan talapia sampai ke sangkar ikan yang terletak di pinggir sungai Pahang ini di kampung Bagau.


beli durian di tapak pasar malam, 5 plastik RM35 je. Borong abis sebab kakak nie nak balik dah.

pastu balik rumah, makan la durian...yum.yum..
mlm tu tidur awal

Thursday, July 22, 2010

makan - makan



Puas dah jalan- jalan kat carrefour Bkt Rimau, Shah Alam ini, Singgah jab kat  Pak Hailam Kopitiam, nak tahu ape yang makanan yang sedap kat sini. Tengok pada menu nye sama je macam kopitiam yang lain seperti ayam lemak kari ayam, laksa, mee kari ,white kopi. Menariknya restoran ini menggunakan Dato. Misbon Sidek sebagai model bagi mempromosikan restoran ini.
nie laksa dan nasi lemak ayam kari yang kitaorang order,



kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Pak Hailam Kopitiam ini, boleh  la lawati website nye, klik disini








 
Restoran Nasi King ini terletak di Seksyen 9, Shah Alam di berhampiran dengan Plaza Masalam dan di belakang Hotel Concorde.
ini merupakan nasi beraini ayam goreng, yumm..yumm, 
 
suasana di dalam restoran, kami lebih selesa duduk di luar kerana lebih selesa dan berangin



ini air susu madu yang kawan pesan, orang baru kahwin kena minum minuman yang berkhasiat....

Thursday, July 8, 2010

Restoran Ayam Penyet, seksyen 9 Shah Alam.

Setelah dua hari berbuka puasa di rumah, hari ini ingin berbuka puasa di luar sambil menyambut hari jadi kawan, tempat yang dicadangkan ialah di restoran Ayam Penyet yang terletak di seksyen 9, Shah Alam berhampiran dengan Plaza Shah Alam dan Hotel Concord. 

Sebelum itu sempat  lagi tengok cerita Predators dekat Aeon Bukit Tinggi, Klang, jalan ceritanya ok, ending je macam tak best.

Makanan yang diorder antaranya ayem penyet, gado-gado, sup ekor dengan nasi putih, beserta dengan air jus blended




wah-wah sampai dua gelas air, dahaga sangat la tu.



ini upacara memotong kek hari jadi ikin yang ke-25thn, dah tua pun,..ha..ha.., kek cheese plus apple pai.



Secara keseluruhan, makanan kat sini biasa aje, dan lebih enak makanan jawa di gerai-gerai biasa. Air minuman ok, tapi manis pulak, air nescafe o pun tak de, aduh.... semua ade 3 in 1 je. Suasa tempat , layanan pekerja engan keadaan restoran agak memuaskan cuma menghadapi gangguan daripada tempat membuat minuman, dengan bunyi belander buah yang agak menganggu. Secara keseluruhan memang tak akan pergi dah..kalau orang belanja ok je,....memang tak kene selera kot.

Sunday, July 4, 2010

Gajet Baru

dah lama x menulis dlm blog ini,
ha..ha.., ini, nak tunjuk gajet terbaru beli daripada kawan, namanye bloggie keluaan sony, 
yang boleh mengambil gambar dan video dalam kualiti HD. 
Belum test sepenuhnya lagi.