nuffnang

Wednesday, July 28, 2010

Pekan Sehari


Pekan Sehari ini terletak di pinggir Sg. Pahang dalam bandar Temerloh. Ia merupakan tempat jualan berbagai - bagai jenis keperluan harian seperti makanan, pakaian, peralatan rumah, ikan , sayur dan sebagainya.
 Pak Cik ni, dari kecil sampai sekarang masih menjual kopi. Kopinya memang popular sampai ada yang tempah jika balik ke kampung.

Pekan Sehari ini menjadi tumpuan warga Temerloh dan warga di luar Temerloh pada hari Ahad, dan ada yang datang dari Kuala Lumpur semata- mata untuk datang memcari keperluan di sini.

Antara yang menjadi tumpuan di Pekan Sehari ini adalah ikan-ikan Sungai ,Ikan tapia dan patin sangkar.

 Ada diantara ikan-ikan Sungai ini harganya mencapai ratusan ringgit. Ini tidak menjadi penghalang bagi peminat- peminat ikan sungai untuk membeli.

Bagi mereka yang ingin datang disini datang la seawal mungkin bagi mengelak kesukaran mencari parking kereta dan pekan sehari ini dibuka seawal 6.30 pagi lagi. 

Keseronokan sukar digambarkan bersarapan di Pekan Sehari ini dengan pemandangan Sg. Pahang sambil menjamu selera.

3 comments:

NICK IRFAN said...

wah! bestnyer pekan sehari ni... mcm2 ade! nnt nk try la pegi jalan2 sana...

Anonymous said...

Good post and this enter helped me alot in my college assignement. Thank you seeking your information.

cik bella said...

suke petai!haha