nuffnNg

Tuesday, October 27, 2009

Mini Maha 2009 ,Changlun Kedah

Baru- baru ini bertempat di tapak letak kereta kompleks Changlun berlangsung seminar dan pameran Mini MAHA '09 bagi parlimen Kubang Pasu.
Maklumat lanjut lawati klik blog D One Farm

Monday, October 26, 2009

Pantai Merdeka, Kuala Muda Kedah

Pantai Merdeka terletak dalam daerah Kuala Muda, Kedah. Jarak dari Alor Setar ialah sejauh 60km dan dari Sungai Petani sejauh 26km. Kesempatan dapat mengunjungi pantai ini kerana pergi ke rumah kawan di Kuala Muda. Agak risau juga untuk sampai di Kuala Muda ini dari Sungai Petani kerana jalanya yang kecil. Walaubagaimanapun kerisauan itu terubat dengan keindahan pemandangan sawah padi dan rumah kampung semasa dalam perjalanan.
Keindahan Pantai Merdeka dapat dilihat disepanjang trek pejalan kaki yang disediakan. Keindahan ini perlu dikekalkan jika pengunjung tidak membuat sampah dan sisa makanan merata- rata tempat.Dikatakan Pantai Merdeka merupakan satu-satunya pantai yang menarik untuk dilawati di kawasan darat Kedah.
.Terdapat juga pelbagai kemudahan yang ada di Pantai Merdeka ini antaranya kawasan permainan kanak-kanak, wakaf tandas, gerai makanan, surau dan trek berjalan. Terdapat juga pengawai pantai (JPA3) yang mengawal pengunjung yang mandi- manda di pantai ini.
Kawasan yang boleh dijadikan kawasan berkelah dibawah pohon-pohon pokok yang rendang. Tempat ini sangat sesuai untuk menganjurkan pelbagai aktiviti seperti hari keluarga.
Di Pantai Merdeka ini pengunjung boleh pergi ke Tanjung Dawai dengan menaiki bot. Kadar tambang ialah RM2 dengan kurang 9 minit perjalanan. Tanjung Dawai merupakan tempat pendaratan ikan dari laut. Pengunjung boleh melihat proses pendaratan ikan disamping dapat membeli ikan-ikan yang segar . Selain itu, ikan bilis, ikan masin , belacan dan ikan pekasam juga dijual di sini.
Pengunjung boleh melalui trek pejalan atau berjalan di pantai untuk melihat keindahan pantai ini.
Kemudahan di Pantai Merdeka ini sedang dinaik taraf, antaranya wakaf, trek berjalan, gerai makan, lampu jalandan lain-lain kemudahan lagi. Di jangkakan tempat ini akan lebih menarik dan selesa apabila semua kemudahan siap kelak.







Disini terdapat Resort yang boleh dijadikan tempat berehat dan bermalam dengan harga berpatutan dan mengikut kemampuan.Antaranya Merdeka Beach Resort yang menawarkan harga antara RM79 keatas.Untuk maklumat lanjut tentang resort ini klik disini

bergambar di pantai merdeka

Saturday, October 24, 2009

Karnival Jom Heboh TV3,Stadiun Batu Kawan Pulau Pinang.

Karnival Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Karnival ini yang dianjurkan oleh TV3 ini berlangsung pada 24 hingga 25 Oktober 2009. Bagi mereka yang berkenderaan kadar parking di tempat yang disediakan ialah RM2.
Untuk kesini, pengunjung boleh melalui highway Plus keluar di susur Bukit Tambun yang behampiran dengan Tol Juru dan ikut signboard Batu Kawan dan terus ke Stadium Batu Kawan.
.
Di Karnival ini, pengunjung dapat melihat lebih dekat artis-artis kesayangan mereka. dan dapat melihat siaran langsung TV dilakukan. Disini juga terdapat pelbagai barangan yang dijual dengan harga istemewa atau lebih murah dari harga pasaran.
Gelagat orang ramai yang sedang asik membeli. Tapi ingat dalam berbelanja itu mestilah berpada-pada.
Terdapat juga pameran dari agensi kerajaan bagi memberi maklumat yang lebih tepat kepada pengunjung. Contohnya Polis Diraja Malaysia ini,
Ini baru betul kereta polis untuk mengejar pesalah.
bergambar dihadapan pentas utama Karnival Jom Heboh.

Monday, October 19, 2009

majlis perkahwinan Syawal vs Kathy,bentong Pahang

kad undangan majlis perkahwinan syawal & kathy pada sabtu 17.10.2009 di bentong pahang.

" sirih jungjung buat tatapan, jadi jambangan majlis keramat,
kami menunggu penuh harapan, kunjungan semua membawa rahmat"

ketibaan pengantin disambut dengan meriah..
bersanding di atas pelamin,bila plak nak naik atas tu...macam best je....
kengkawan dah ramai bertunang dan berkahwin..
selain daripada nasi , turut disajikan ialah ais krim, teh tarik, kuih muih, dan dadih.
emmm semua tu aku telan gak.
tak menang tanggan & penuh tekun abg ini melayan tetamu yg ingin mendapatkan ais-krim, nak gak ambil 2 tapi sengan la...
tak padan ngan besar, makan ais krim lagi.
majlis perkahwinan juga menjadi tempat pertemuan kekawan yang dah lama tidak berjumpa,maklumla masing-masing sibuk memanjang je.

bergambar bersama pengantin sebelum pulang.

Friday, October 16, 2009

Jamuan Hari Raya Kolej Pertanian Malaysia 2009

pada 15hb oktober 2009, berlangsung majlis jamuan hari raya bertempat di Kolej Pertanian Malaysia Jalan Langgar, Kedah.Majlis disertai oleh kakitangan dan pelatih kolej dari sg. petani, bkt. tangga, jln langgar dan pulau sayap. Keistimewaan majlis ini adalah hidangan disediakan di gerai- gerai mengikut negeri- negeri di malaysia dan disediakan oleh pelatih sendiri. Antara makanan yang disajikan ialah laksa kedah, mee bandung,keropok lekor, kuih tradisional, rojak, ais krim, cendawan goreng, puding ,sate, dan tak sah kalau tak de ketupat, lemang beserta dengan kuah kacang dan rendang ayam.
team siswazah tani bergambar
dalam kemeriahan menyambut hari raya, tuntutan agama perlu diutamakan.
suasana maljis hari raya kolej pertanian malaysia
cuaca pada petang tu sanggat cerah dan panasssss.

kepelbagaian makanan menyebabkan tiada lagi makanan yang boleh parking dalam perut ini lagi.
ceduk elok-elok kuah laksa tu nanti tumpah lak.
kuih-muih tradisional juga dijamu
wah... macam best je tu, nak satu.
yang pakai cermin mata hitam tu, macam over je..
'team makan' ingin berjuang untuk menyelamatkan perut sendiri yang kelaparan...serang