nuffnNg

Wednesday, June 24, 2009

Kolam air panas Lengong,Baling Kedah

Kolam air panas Ulu Lengong lebih dikenali sebagai Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Lengong. terletak dalam daerah Baling Kedah, jalan ke Grik untuk ke Pantai timur melalui pekan Baling. Di buka sejak tahun 1997 lg, menjadi tumpuan popular org di sebelah utara untuk mandi dan bersantai disini.
terletak lebih kurang 21km dari dari pekan baling dan lebih kurang 2jam dari bandar alor star. Bayaran masuk yg dikenakan ialah RM4 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak2. Kami masuk free je krn ade Tok sedara Ain tinggal berhampiran, yg menariknya Pusat rekreasi ini dibuka 24 jam setiap hari.
Suasana di sini tenteram,udara yg nyaman dan pemandangan sangat menarik dengan dihimpahi lampu neon dikiri kanan laluan . Disini kemudahan lengkap seperti tandas, surau, chalet, homestay,kedai, tapak perkemahan,urutan kaki, laluan refleksiologi,wakaf berehat, taman kanak2 DLL, terdapat disini kolam untuk dewasa dan kolam untuk kanak2. Org akan ramai mengunjungi disini menjelang 2-3 pagi.
untuk permulaan remdam kaki dulu...pas tu slow2 masuk dalam kolam,
rendam sampai paras leher je...
Lumut yg terdapat di dlm kolam yg paling panas dikatakan dpt melicinkan kulit..
sapu gak dekat muka.
dikatakan juga kolam air panas dpt mengubati gatal2 badan ,sakit sendi, gout, lenguh2 , ruam dan kudis badan.
pissst no WAR.....

rendam kaki je ke....

ajakan Ain(kawan) untuk ke kampung toknya di Kuala Ketil, disetujui dg. serta-merta.Bertolak dr kolej dengan sebuah kereta bersama dg po-g & mijie. Ini lah time nak lepaskan gian mkn durian kampung. Sampai je di kampung ,kami disambut oleh kaum-kerabat ain dan dihidang terus durian kampung sambil melihat biji kopi di tumbuk selepas digoreng dg. gula utk dijadikan serbuk kopi "home made".
selepas puas mkn dan berehat,dibawa melihat kawasan dusun dan sungai , sempat gak kait buah rambutan untuk di bawa pulang.

Canglun-Lumut-Sabak Bernam-Kuala Selangor-Sg. Buluh-Canglun

Perjalanan dg van dari Kolej dijadualkan seawal jam 6pagi lg...akibat lewat 15minit,
geng ruminan kena"basuh" dengan Dr. Ivan..,Tujuan ke Sitiawan,perak ini adalah bertujuan utk melihat dan memilih kambing "boer cross" yg baru utk kandang di kolej.
gambar lumut,bandar sitiawan dan Lumut Port,pemandangan dalam perjalanan mengikut jalan lama juga menarik dengan kehijauan bukit- bukau dan rumah-rumah kampung di kiri kanan jalan.

keadaan kambing yg kurus, strees dan tidak bermaya di salah sebuah kandang di Sitiawan,Perak, kerana baru semalaman sampai menaiki kapal,so tgok je la....
melihat kandang dan kambing di Sabak Bernam. tu yg 2 org nie sedang bersantai di bawah kandang..wek...wek. Lepas tu singgah di rumah Pok-g di Kuala Selangor,sempat mkn nasi dan Bubur kacang+durian...sedapppnye.
sebelum balik singgah jab di Elmina Equestrian Center, terletak di Bandar Saujana Utama, Sg. Buluh untuk berjumpa dg adik Abg. Wan.
disini disediakan kelas untuk belajar menunggang kuda, khidmat nasihat dan pusat jagaan kuda
sempat bergambar dg kuda,seram gak nie..he..he..
Dalam perjalanan balik tido je krn keletihan...

Tuesday, June 16, 2009

Cuti Sekolah vs Kenduri Kahwin


Akhirnya dpt gak balik kampung nie...dah lama x naik bas untuk perjalanan yg jauh, cost tambang pergi balik Canglun-Temerloh RM107.00. Masa balik nie digunakan sepenuhnya berjumpa dg keluarga dan rakan-rakan.
Bila musim cuti sekolah, bermula la majlis kenduri kahwin, mesti ada yg terima jemputan kenduri lebih daripada satu..apa2 pun kenduri nie dapat mengeratkan silaturahim & tempat berkumpul antara sedara mara,sahabat dan jiran2.

Kenduri kawan di Padang Piol,Jerantut Pahang. Semoga berbahagia & dimurahkan rezeki.

Kenduri Kahwin sepupu di Jaya Gading,Kuantan Pahang...
sempat gak belajar tentang ambil gambar nie sikit2 dgn Atiqah Yusof, Fine Art Wedding Photographer.Klu nak mencari wedding photographer boleh la lawat http://blog.ayphotography.com/


Orentasi pelatih SKM, Kolej Pertanian Malaysia


Minggu orentasi pelatih Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) tahap 1,Kolej Pertanian Malaysia pada 14hb Jun 2009. Gelagat kakak2, abang2 yg sedang mengendalikan dan menjual di hari tersebut.



Aktiviti yang dilakukan di Sekolah Ruminan, antaranya ialah pembersihan kandang, pemberian makanan & menanam benih rumput Napier

Pengetua Sekolah Ruminan Dr. Ivan Thomas.

Pelatih yg bersedia menerima arahan.


bergambar ngan Ain semasa sedang memasang pagar di kandang baru.
peserta Siswazah Tani yg membantu fasilitator di sekolah Ruminan.

alamat Kolej Pertanian Malaysia

Kolej Pertanian Malaysia
Kampus Bukit Tangga
06050 Bukit Kayu Hitam
Kedah Darul Aman
tel:04-9222496
fax:049221495



Saturday, June 6, 2009

Padang Besar,Perlis




Padang Besar terletak di sempadan antara Malaysia dan Thailand juga merupakan satu-satunya laluan keretapi yang menghubungkan kedua-dua negara.Disini terdapat pelbagai jenis barang yang dijual antaranya pakaian(t-shirt,jersey), makanan(asam,jeruk,kekacang,beras), alat permainan kanak2(patung ),barangan kulit,cendermata dan lain-lain lagi.Ia juga merupakan kawasan bebas cukai(duty free).Kepelbagaian barangan yang dijual disini membuatkan rambang mata apabila membeli dan harga yang tawarkan juga berpatutan.

Antara gelagat rakan membeli barang di padang besar, kelebihan disini ialah anda boleh tawar menawar harga dan mungkin memperolehi harga yang anda inginkan.

Tuesday, June 2, 2009

Gua Kelam, Perlis



Gua Kelam terletak di Kaki Bukit dan 36km dari bandar Kangar,Perlis. Uniknya gua ini kerana terdapat jambatan kayu gantung sepanjang 370 meter yang menghubungkan antara kaki Bukit dan Lembah Wang Tangga. Dahulunya gua ini dijadikan jalan perhubungan untuk mengangkut bijih timah. Harga tiket masuk ialah Rm 1 bagi dewasa RM0.50 bagi kanak2, dan harga parking kereta RM1.

bergambar dipintu masuk Gua Kelam


laluan jambatan gantung di dalam Gua Kelam, terdapat air yang mengalir disepanjang jambatan ini.


Pengalaman yang menarik semasa menjelajahan gua ini ialah setiap penjuru gua dilimpahi oleh lampu yang dapat memperlihatkan struktur batu kapur.






 Corak yang terbentuk pada dinding gua ini terhasil disebabkan oleh daripada hakisan yang disebabkan oleh air dan angin juga terdapat juga titisan air yang jatuh dari atas gua ini.

bergambar bersama kawan2 di dalam gua.


pemandangan kehijauan kawasan dihujung Gua Kelam. Kawasan yang sesuai untuk berkelah dan mandi-manda.

untuk maklumat lanjut tentang gua kelam ini bolehlah klik disini