nuffnNg

Tuesday, September 28, 2010

i-City, Shah Alam Selangor

pada malam minggu yang lepas, tergerak nak pegi i-city yang terletak kat seksyen 7 shah alam ini. Tinggal je area shah alam, tapi tak pernah pegi.

 Sampai-sampai dah berderet panjang kereta yang hendek masuk ke i-city nie, ingatkan kene RM2 untuk parking kereta, tapi malam tu kene bayar RM10.00, untuk kupon, dalam kupon tu terdapat cabutan bertuah untuk tahun baru nanti, tiket (pilih satu) masuk taman safari, rumah sejuk atau restoran.


 memang teruja juga tengok hiasan lampu ini.Lama-lama tengok sakit mata pun ada.

tunggu pokok berbuah ke?

 mcm festival perayaan tahun baru cina plak.

 orang ramai mengunjungi i-city.Mamang ramai orang hujung minggu tu. Seronok tengok gelagat orang dewasa, jurukamera, kanak-kanak dan security guard dengan wisel nie,

 rasa nak bawa balik je satu nie
untuk mereka yang ingin kesini,
lebih senang melalui lebuhraya persekutuan ambil susur keluar pdg jawa/uitm dan ambil ke kanan jika datang dari arah kuala lumpur,selepas jumpa stesen minyak esso,shel,l KFC dan Pizza Hut disebelah kiri ambil susur ke kiri. dan terus akan nampak i-city di sebelah kiri juga. untuk peta klik disini

 penat gak berjalan satu i-city nie, jalan2 dahaga betul, org penjual air memang tak de kat sini, tandas pun dalam kedai yang belum diduduki.

terdapat juga skrin besar kat sini, tengok bola mesti best nie....
dah puas berjalan, pegi makan kat hakim sek 7.






Friday, September 17, 2010

hari raya ketiga

selamat hari jadi mak ndak yg ke-55
hari jadi yang dirancang tanpa pengetahuan, oleh anak2 nye di rumah
siap mlm tu telifon secret recipe tempah kek.


kek secret recipe



 masa untuk potong kek, tak sabar nak makan ,

selepas dari majlis hari jadi , bertolak ke kuantan
beraya di rumah ayah teh di jaya gading.
 sempat bergambar dg kucing, geram betul tgok kucing nie

Sunday, September 12, 2010

Hari Raya kedua






pagi tu lebih kurang kul 8pg, ziarah ke tanah perkuburan di kampung sebelah mak di Felda Sg, Nerek. Tiap2 tahun, memang ade tahlil secara beramai pada hari raya kedua. Memang ramai betul aritu.
Al-Fatihah buat arwah tok dan tok wan.

pusara tok.

Kepada kanak2 akan diberi kupon,selepas majlis tahlil kanak2 ini akan diberi duit tahlil yang disedekah oleh orang ramai pada hari tersebut. Tahun ini setiap kanak2 dapat RM6.

beraya di rumah mak sedara di Felda Sg, Nerek

cute kan.

rumah mak sedara ini mesti pergi cos mee sup nye memang sedap makan ngan kicap pedas, klu raya haji makan nasi daging.

petang tu kat rumah kene forging nyamuk plak oleh majlis perbandaran, nie mesti ade kes denggi nie..adui raya2 pun nak sembur, tapi positifnya malam tu memang x de nyamuk lansung, nyenak tido.

Saturday, September 11, 2010

Hari Raya Pertama



Bergambar sebelum pegi sembahyang, dikesempatan ini ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin
buat
semua blogger dan follower yang menyokong blog yang x seberapa ini.
harap blog ini akan terus berkekalan.



kebiasaan hari raya memang sembahyang di Masjid Abu Bakar Temeroh, masjid nie memang kene datang awal sikit klu x, tak dpt tempat la jawabnya.Selepas sembahyang dan kthubah raya, masjid ini memang mengadakan tahlil, memang seronok buat kanak-kanak kerana dapat duit tahlil.


kak long sedang bersalam dengan mak.

 


nie abang


ini saya, minta maaf halal mkn minum..huk..huk...sedihnya
Al-Fatihah buat arwah ayah dan abang sulung.



selalunye asik terima je duit raya, sekarang dah kene bagi duit raya la plak.

Mak Dak sekeluarga datang ke rumah.


ini  sebelum.....
ini selepas....
kalau kat sini memang suka datang ramai-ramai sekali
ini keluarga Wan Chik, anak dan cucu datang beraya.
ada dekat 5 buah kereta.
memang seronok ramai-ramai nie.


jam dah pukul 11pm,time rehat dan tido bestnye...
x leh tido juga rupanya....adui.




Thursday, September 9, 2010

Sebelum Raya Part 2




Setiap kali raya mesti ada yang pecah, kebiasaanya cawan la yang menjadi mangsanya, kali ni sedang abang mengelap habuk, terkejut dibuatnya apabila cermin almari pecah sekali dengan bingkainya jatuh. Kerja tambahan la jawabnya. Cermin almari ini telah beberapa kali pecah angkara manusia antaranya saya la.


my mom sedang memotong daging rusa untuk dibuat rendang, daging rusa memang menjadi pilihan walaupun mahal sedikit, tetapi dagingnya yang lebih sedap dan kurang lemak.
Tugasan yang mesti dilakukan ialah emasang langsir tingkap.Memang sakit leher dibuatnya, tapi tak pe, cos esok raya.


kuih raya yang siap diisi disusun je atas rak, sedapnye nasib baik pose, klu x dah separuh balang makan.
burung-burung merpati belakang rumah yang x pose, sedang makan...


Rendang daging rusa sudah siap, terliur dibuatnya, tak sabar nak makan time bebuka nanti.


Sup tulang, bestnya










Sebelum Raya Part 1: Pasar Temerloh

Keluar dari rumah seawal 6.30pagi, untuk ke pasar mencari keperluan rumah untuk hidangan hari raya nanti, tahun nie kluar awal sikit selalunya pukul 7 lebih, mudahlah sikit dapat parking kereta dekat dengan pasar nie.

 rutin seperti biasa setiap kali ke pasar nie membeli santan kelapa, sampai-sampai orang dah beratur panjang, nak buat macam mana, sambung barisan je la.,kakak beli keperluan lain di pasar ini, ada dekat 20 minit juga beratur sebelum sampai giliran..huk...huk..,memang macam ini tiap-tiap tahun, sempat juga bertemu dengan sepupu, bolehla berborak, tak la bosan sangat.


 suasana di luar pasar ,ini pun ambil gambar dari dalam kereta.

 Pak cik ini memang menjadi pilihan untuk membeli daging, sebab memang dah kenal dan memang dapat daging yang elok dan fresh.