nuffnNg

Thursday, May 11, 2006

Pulau Perhentian, Terengganu


Pulau Perhentian terbahagi kepada dua, iaitu perhentian kecil dan perhentian besar.
Pulau ini mendapat nama disebabkan para nelayan dari kelantan dan terengganu berhenti dan berehat pada musim tengkujung.
Kedua-dua pulau ini terletak lebih kurang 21km dari tanah besar.
Di pulau ini pemandangannya sangat cantik dengan pasir yang putih dan halus, terumbu karang di dasar yang memukau ,laut yang jernih dan kurang berombak.

Tempat ini sangat sesuai untuk merehatkan minda atau berbulan madu bersama pasangan.
Kemudahan feri disediakan di Kuala Besut yang terletak lebih kurang 45 minit dari Kuala Terengganu. Di Kuala Besut juga pengunjung boleh pergi ke Pulau Redang.
Perjalanan menaiki feri untuk ke pulau perhentian dari Kuala Besut mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 1 jam perjalanan.

pastikan pengunjung merancang sebelum ingin pergi ke pulau perhentian kerana pada musim monson timur laut iaitu (November hingga Mac) kebanyakan chelat disini ditutup.


Lawatan sambil belajar anjuran Kelab Usahawan Muda Uitm,Shah Alam Selangor di Pulau Perhentian,Terengganu selama 3hari 2mlm.
bermlm di kolej uitm dungun,sebelum bertolak ke jeti

penyu.....


sukaneka....yah..cepat2


pemandangan di pulau nie sgt tenang,air laut yg jernih, pasir yg memutih...bla..bla...
klu nak tenangkan fikiran, tempat yg terbaik utk dilawati.




bergambar sebelum pulang...adioos