nuffnNg

Monday, November 29, 2010

MAHA 2010






PAMERAN MAHA 2010 Bertempat di Malaysia Argo Exposition Park(MAEPS), Serdang bermula dari 26 Nov hinggan 5 Dis 2010. Untuk Maklumat lanjut klik disini

Monday, November 15, 2010

Tanjung Lumpur, Kuantan

Baru- baru ini berkesempatan berkunjung ke Kuantan pada cuti Depavali yang lalu untuk melihat kolam ikan pak cik manaf dan isteri.

suasana kolam ikan yang dijaga rapi, terdapat pokok buah-buahan di tepi kolam seperti pokok mangga, rambutan ,pisang dan disekeliling kolam ditanam dengan pokok limau kasturi. Puas makan buah mangga telur hari tu, memang best masam-masam manis.


kelihatan anak ikan talapia yang sedang makan dedak yang ditabur, wah..memang banyak,

Tg Lumpur terletak bersebelahan dengan sungai kuantan dan berhampiran dengan pusat bandar, Tg. Lumpur ini dikenali sebagai perkampungan nelayan kerana majoriti penduduk disini bekerja sebagai nelayan dan sebagai tempat berlabuh bot- bot nelayan. Tempat ini memang popular dengan makanan Ikan Bakarnya.

Untuk peta jalan ke Tg. Lumpur ini, klik disini
Kedai Mok Naa memang sangat popular di Tg lumpur ini, sampai org ramai terpaksa beratur untuk membeli juadah. Antara makanan yang ada disini, ikan goreng tepung, udang ,sotong goreng, sata, keropok, kuih muih, nasi dagang dan banyak lagi. makanan laut kat sini memang segar, satu kemestian untuk singgah kat sini.



sebelum tu,disebelah pagi, pak cik dan mak cik membawa kami JJCM kat restoran zaman dekat Jaya Gading, berhadapan dengan lapangan terbang tentera. Disini memang popular dengan nasi lemaknya, ingat masa zaman kanak-kanak makan dekat sini. Memang Best, rugi kalau x singgah.


memang best jalan- jalan cari makan kat kuantan ini, banyak lagi tempat makan yang x sempat nak cari antaranya nasi kerabu, sate zul....yummm..yummm

Terima kasih kepada Pak Cik Manaf dan isteri sudi terima kami bermalam dan membawa jalan-jalan di kuantan ini, Kalau berkesempatan nanti boleh singgah lagi.

ini pula pada sebelah malam di salah sebuah restoran di tg lumpur pada sebelah malam. tak ingat pula nama restoran ini, Antara makanan yang popular adalah makanan laut.