nuffnNg

Thursday, July 30, 2009

The Carnivall Sungai Petani

selepas puas berjalan dan melihat festival Kedah sejahtera kat bandar Laguna Merbok,
tempat seterusnya yang dituju ialah 'the carnivall'. Terletak di Sungai Petani,Kedah. Jaraknya lebih kurang 15 minit dari Bandar Alor Setar. Merupakan waterpart terbaru di kawasan utara nie dan menjadi tumpuan org ramai dari penang, kedah dan perlis. Dibuka setiap hari kecuali hari rabu, 10a.m - 8p.m(weekends), 2p.m-8p.m (weekdays),.
tiket masuk dari RM 13.00 hingga RM25.00.
bergambar dipintu masuk sementara menunggu pintu dibuka...dtg awal sangat kerana pukul 2.00 petang baru buka.
nie harga tiket kitaorg seramai 7 org, harganya cuma RM35.00 je...sebab sekarang nie promosi untuk hari Isnin, Selasa dan Khamis dari 21 July hingga 21 Ogos nie,
cuma RM5.00 seorang je. Waktunya dari 2.00p.m hingga 8.00p.m






bersedia untuk berjuang....menyelamatkan dunia..he..he..
kelihatan muka sorang-sorang yang tak sabar nak pi berendam di the carnivall nie.
yang warna biru ini merupakan yang paling menarik dan mencabar sekali disini. Diberi nama 'water coaster' kerana rasanya memang macam menaiki roller coaster.
Turun dari ketinggin 10 meter dengan darjah kecerunan 60 darjah meluncur jatuh kebawah,
pas tu naik semula keatas, rasa macam nak terkeluar je....
akhirnya undur kebelakang masuk ke dalam air...
yg warna hijau tu 'wild river' biasa je laluannya seperti badan ular..
akan meluncur lebih laju klu naik 2 orang .
turut terdapat disini ialah meluncur dalam laluan tertutup dan terbuka dengan berpusing-pusing dan terus ke dalam kolam tanpa menggunakan pelampung, Aktiviti lain ialah bubble spa,
river bar, kiddies cove dan sand pit.
menjelajahi laluan 'River of Advanture' dengan jaraknya lebih kurang 300 meter dengan pelampung, sekali sekala diselangi dengan air yang berombak terasa geli tekak juga dibuatnya.
selain daripada aktiviti air, disini juga terdapat aktiviti di darat seperti bungee, wall climbing, menungang kuda, memanah dan bermacam-macam permainan lagi.

gelagat syikin, ain dan dash semasa berada di Waterpark nie.
kemudahan wakaf yang selesa disedikan disini.
gambar pemandangan sekitar the carnivall, walaupun dalam kawasan yg terhad tetapi lanskapnya sangat menarik.

laluan 'street of happenings' sebelum memasuki kawasan waterpark.
Kemudahan yang disediakan disini ialah surau, tandas, bilik persalinan&mandi,locker barang gerai makan, wakaf berehat DLL.
jualan cendermata dan pakaian di pintu masuk boleh dimiliki untuk dijadikan kenang-kenangan.
setelah puas mandi dan berehat, bertolak pulang lebih kurang pukul 5.30p.m, kalau ada berkesempatan mungkin akan datang lagi kesini.

Festival Sejahtera Kedah 2009


Festival Kedah Sejahtera yang berlangsung di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani Kedah bermula 22 hingga 28 Julai 2009. Festival ini merupakan pameran yang berkaitan dengan pertanian, penternakan, perikanan, badan-badan kerajaan dan jualan produk-produk Malaysia.


terdapat pelbagai gerai yang menjual buah-buah tempatan,makanan tradisional, susu segar,kuih- muih, produk kesihatan DLL dengan harga yang murah dan kualiti yang baik.

Lembu baka Brahman yang mendapat nombor satu dalam pertandingan
Haiwan Penjantan Terunggul.

Suasana di sekeliling tapak festival

Kolej Pertanian Malaysia turut mengambil bahagian dalam Festival ini. Seorang pelanggan sedang kusyuk menerima penerangan berkenaan dengan pegawai yang bertugas.
Boleh dikatakan pameran ini seperti berada di dalam taman kerana di sekitar tapak festival dihiasi dengan lanskap-lanskap yang menarik.

Wednesday, July 8, 2009

Hutan Lipur Bukit Wang


hutan Lipur Bukit Wang telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal sejak tahun 1937. Ia terletak 35km dari Alor Star dan 10km dari jitra. Tempat ini sangat sesuai dijadikan tempat berkhemah, mandi dan merentas hutan. Antara kemudahan yg disediakan disini ialah tandas, surau, wakaf, tapak berkhemah, kedai makanan&minuman, tempat mandi kanak2 dan tiada bayaran masuk yang dikenakan.
bergambar di pintu masuk taman rekreasi Bkt. Wang. Sempat beli buah durian di tepi jalan semasa datang kesini.


kepelbagiaan tumbuh-tumbuhan dan pokok yang masih terpelihara persekitarannya terdapat disini, dapat dilhat jenis2 pokok dan serangga.

kemudahan tangga batu dan trek berjalan disediakan bagi memudahkan pengunjung yg datang disini.

terdapat pokok yang tumbuh dicelah-celah batuan dinding.

Tuesday, July 7, 2009

Boling Time..(jitra mall,jitra)

keinginan utk bermain boling dipersetujui semasa tengah lepak2 kat kedai mamak berhampiran dengan jitra mall. Selepas makan, terus membeli stokin di kedai berhampiran dan menuju ke pusat boling yg terletak di level paling atas. Dari kiri dash, Seri, Mijie, arebue & Ain.
suasana yg lengang memjadikan pusat boling tu...mcm kami yg punya,
kerana da lama x main byk bola yg masuk longkang, dulu selalu gak main ngan kawan2 kat plaza alam sentral, shah alam.
kemenangan pada ari tu milik tuan punya blog nie..he..he..
ade yg x puas hati & akan repeat game suatu masa nanti.

selain daripada pusat boling, disini juga terdapat panggung wayang, restoran, kedai komputer, pakaian, pasaraya, surau, tandas DLL.
tanx Ain for gambar nie.