Followers

Thursday, December 3, 2009

langkawi

Rancangan ke Langkawi bermula dengan bual- bual kosong sahaja. Kami pergi ke langkawi dengan menaiki feri di jeti Kuala Perlis dengan harga Rm18 sehala. Sepanjang perjalanan menaiki feri selama 45 minit kami disajikan dengan pemandangan pulau dan air laut yang indah dan mempersonakan.


Baru sampai di jeti Kuah, langkawi. Langkawi merupakan salah satu pulau yang popular di Malaysia dan juga antarabangsa. Sekarang ini langkawi dikenali sebagai Langkawi Geopark. Kemudahan yang disediakan disini sangat memuaskan.

Kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan teksi kerana memudahkan untuk mengunjungi tempat- tempat yang menarik di pulau langkawi ini. Harga untuk sehari perjalanan adalah RM80.00 bagi sebuah van.

tempat pertama yang dikunjungi ialah kedai menjual barangan berasaskan gamat. Disini terdapat pelbagai jenid produk antaranya sabun gamat, minyak panas gamat, pencuci muka gamat, ubat gigi gamat, bedak sejut gamat dan banyak lagi. Disini juga pengunjung dapat merasai air tongkak ali. Wah.. rasanya sangat pahit, dapat juga telan 2 teguk.

Agak malang juga kunjungan kali ini untuk menaiki kereta kabel Langkawi kerana hujan yang agak lebat juga. Ramai yang berada disini kelihatan agak kecewa dan ada yang menunggu mengharap hujan akan berhenti turun. Kereta kabel ini terletak di Gunung Machincang dengan jarak 30 minit dari pekan Kuah. Dikatakan pengunjung dapat melihat keseluruhan pulau lagenda ini, dan jika cuaca cerah dapat melihat Indonesia dan juga Thailand.

Pantai Chenang merupakan pantai yang popular di Langkawi yang terletak lebih kurang 17km dari pekan Kuah.Disini kebanyakan aktiviti dan acara pantai diadakan. Di sepanjang pantai ini terdapat pelbagai jenis hotel dan rumah tumpangan dengan harga mengikut bajet anda. Antara aktiviti air yang ada ialah jet sky, banana bot, berkayak dan sukan pantai.
pemandangan pantai di waktu petang.




Sebelum pulang singgah sebentar di Kedai Hj. Ismail untuk membeli coklat. Kedai Hj. Ismail ini terletak di Pekan Kuah merupakan kedai yang popular di sini disamping harganya yang berpatutan. Sempat membeli coklat dan set pisau untuk dibawa pulang.

Tuesday, November 3, 2009

Memori Putrajaya & Kuala Lumpur



Putrajaya merupakan pusat pentadbiran negara dan jaraknya dari Kuala Lumpur ialah 25km.
Di sini terletaknya pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati antaranya masjid putrajaya, Taman Botani, Tasik Putrajaya, Wetland, Taman Warisan Pertanian dan Alamanda.
Masjid Putrajaya yang menjadi lambang agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Kedudukan masjid merah jambu ini terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya dan Dataran Perdana. Masjid ini dibina selama 2 tahun iaitu dari 1997 hingga 1999 berkonsepkan timur tengah dan tradisional melayu.

Keindahan senibina bangunan dan jambatan yang menerapkan ciri-ciri kesenian Islam dengan rekabentuk yang menarik.

Tasik Putrajaya menawarkan Perkhidmatan bot. Terdapat pelbagai jenis bot yang disediakan antaranya Dondang Sayang Perahu(gambar atas) dan Belimbing Sightseeing Cruise Boat
(gambar bawah). Menaiki bot di Tasik Putrajaya ini memberi pengalaman yang sukar dilupakan dengan menikmati panorama Putrajaya dari sudut yang berlainan.




Kuala Lumpur juga merupakan pusat tumpuan bagi sektor kesenian dan kebudayaan, contohnya seperti Istana Budaya,Balai Seni Lukis Negara, Akrib Negara, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.Antara salah satu tempat yang pernah dilawati ialah Galeri Wei-Ling. Galeri Wei-Ling yang terletak di jalan Scott, Brickfields, Kuala Lumpur merupakan tapak bagi artis-artis tempatan dan luar negara untuk mempersembahkan karya-karya mereka. Salah seorang artis yang pernah mempamerkan lukisanya disini ialah Yusuf Ghani. Untuk maklumat lanjut klik
web site galeri Wei-Ling.

Masjid negara merupakan salah satu mercu tanda di Bandaraya Kuala Lumpur. Masjid yang dibina pada tahun 1963 terletak di Jalan Perdana dan boleh menampung sehingga 15,000 jemaah pada satu-satu masa. Pembinaan masjid ini melambangkan warga 1 Malaysia dengan direkabentuk dan dibina oleh orang berketurunan Melayu, Cina dan India. Kemudahan untuk pelancong bukan Islam yang ingin melihat kesenian Islam juga disediakan seperti tandas awam.

Pada tahun melawat Malaysia 2007 ,Eye of Malaysia telah dipasang di Tasik Titiwangsa yang terletak di Kuala Lumpur. Dengan ketinggian 60 meter dan mempunyai 42 gondola pengunjung boleh menikmati panorama Kuala Lumpur selama 12 minit. Eye of Malaysia ini telah dipindahkan ke Melaka pada November 2008.


Tuesday, October 27, 2009

Mini Maha 2009 ,Changlun Kedah

Baru- baru ini bertempat di tapak letak kereta kompleks Changlun berlangsung seminar dan pameran Mini MAHA '09 bagi parlimen Kubang Pasu.
Maklumat lanjut lawati klik blog D One Farm

Monday, October 26, 2009

Pantai Merdeka, Kuala Muda Kedah

Pantai Merdeka terletak dalam daerah Kuala Muda, Kedah. Jarak dari Alor Setar ialah sejauh 60km dan dari Sungai Petani sejauh 26km. Kesempatan dapat mengunjungi pantai ini kerana pergi ke rumah kawan di Kuala Muda. Agak risau juga untuk sampai di Kuala Muda ini dari Sungai Petani kerana jalanya yang kecil. Walaubagaimanapun kerisauan itu terubat dengan keindahan pemandangan sawah padi dan rumah kampung semasa dalam perjalanan.
Keindahan Pantai Merdeka dapat dilihat disepanjang trek pejalan kaki yang disediakan. Keindahan ini perlu dikekalkan jika pengunjung tidak membuat sampah dan sisa makanan merata- rata tempat.Dikatakan Pantai Merdeka merupakan satu-satunya pantai yang menarik untuk dilawati di kawasan darat Kedah.
Disini terdapat Resort yang boleh dijadikan tempat berehat dan bermalam dengan harga berpatutan dan mengikut kemampuan.Terdapat juga pelbagai kemudahan yang ada di Pantai Merdeka ini antaranya kawasan permainan kanak-kanak, wakaf tandas, gerai makanan, surau dan trek berjalan. Terdapat juga pengawai pantai (JPA3) yang mengawal pengunjung yang mandi- manda di pantai ini.
Kawasan yang boleh dijadikan kawasan berkelah dibawah pohon-pohon pokok yang rendang. Tempat ini sangat sesuai untuk menganjurkan pelbagai aktiviti seperti hari keluarga.
Di Pantai Merdeka ini pengunjung boleh pergi ke Tanjung Dawai dengan menaiki bot. Kadar tambang ialah RM2 dengan kurang 9 minit perjalanan. Tanjung Dawai merupakan tempat pendaratan ikan dari laut. Pengunjung boleh melihat proses pendaratan ikan disamping dapat membeli ikan-ikan yang segar . Selain itu, ikan bilis, ikan masin , belacan dan ikan pekasam juga dijual di sini.
Pengunjung boleh melalui trek pejalan atau berjalan di pantai untuk melihat keindahan pantai ini.
Kemudahan di Pantai Merdeka ini sedang dinaik taraf, antaranya wakaf, trek berjalan, gerai makan, lampu jalandan lain-lain kemudahan lagi. Di jangkakan tempat ini akan lebih menarik dan selesa apabila semua kemudahan siap kelak.

bergambar di pantai merdeka

Saturday, October 24, 2009

Karnival Jom Heboh TV3,Stadiun Batu Kawan Pulau Pinang.

Karnival Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Karnival ini yang dianjurkan oleh TV3 ini berlangsung pada 24 hingga 25 Oktober 2009. Bagi mereka yang berkenderaan kadar parking di tempat yang disediakan ialah RM2.
Untuk kesini, pengunjung boleh melalui highway Plus keluar di susur Bukit Tambun yang behampiran dengan Tol Juru dan ikut signboard Batu Kawan dan terus ke Stadium Batu Kawan.
.
Di Karnival ini, pengunjung dapat melihat lebih dekat artis-artis kesayangan mereka. dan dapat melihat siaran langsung TV dilakukan. Disini juga terdapat pelbagai barangan yang dijual dengan harga istemewa atau lebih murah dari harga pasaran.
Gelagat orang ramai yang sedang asik membeli. Tapi ingat dalam berbelanja itu mestilah berpada-pada.
Terdapat juga pameran dari agensi kerajaan bagi memberi maklumat yang lebih tepat kepada pengunjung. Contohnya Polis Diraja Malaysia ini,
Ini baru betul kereta polis untuk mengejar pesalah.
bergambar dihadapan pentas utama Karnival Jom Heboh.

Monday, October 19, 2009

majlis perkahwinan Syawal vs Kathy,bentong Pahang

kad undangan majlis perkahwinan syawal & kathy pada sabtu 17.10.2009 di bentong pahang.

" sirih jungjung buat tatapan, jadi jambangan majlis keramat,
kami menunggu penuh harapan, kunjungan semua membawa rahmat"

ketibaan pengantin disambut dengan meriah..
bersanding di atas pelamin,bila plak nak naik atas tu...macam best je....
kengkawan dah ramai bertunang dan berkahwin..
selain daripada nasi , turut disajikan ialah ais krim, teh tarik, kuih muih, dan dadih.
emmm semua tu aku telan gak.
tak menang tanggan & penuh tekun abg ini melayan tetamu yg ingin mendapatkan ais-krim, nak gak ambil 2 tapi sengan la...
tak padan ngan besar, makan ais krim lagi.
majlis perkahwinan juga menjadi tempat pertemuan kekawan yang dah lama tidak berjumpa,maklumla masing-masing sibuk memanjang je.

bergambar bersama pengantin sebelum pulang.

Friday, October 16, 2009

Jamuan Hari Raya Kolej Pertanian Malaysia 2009

pada 15hb oktober 2009, berlangsung majlis jamuan hari raya bertempat di Kolej Pertanian Malaysia Jalan Langgar, Kedah.Majlis disertai oleh kakitangan dan pelatih kolej dari sg. petani, bkt. tangga, jln langgar dan pulau sayap. Keistimewaan majlis ini adalah hidangan disediakan di gerai- gerai mengikut negeri- negeri di malaysia dan disediakan oleh pelatih sendiri. Antara makanan yang disajikan ialah laksa kedah, mee bandung,keropok lekor, kuih tradisional, rojak, ais krim, cendawan goreng, puding ,sate, dan tak sah kalau tak de ketupat, lemang beserta dengan kuah kacang dan rendang ayam.
team siswazah tani bergambar
dalam kemeriahan menyambut hari raya, tuntutan agama perlu diutamakan.
suasana maljis hari raya kolej pertanian malaysia
cuaca pada petang tu sanggat cerah dan panasssss.

kepelbagaian makanan menyebabkan tiada lagi makanan yang boleh parking dalam perut ini lagi.
ceduk elok-elok kuah laksa tu nanti tumpah lak.
kuih-muih tradisional juga dijamu
wah... macam best je tu, nak satu.
yang pakai cermin mata hitam tu, macam over je..
'team makan' ingin berjuang untuk menyelamatkan perut sendiri yang kelaparan...serang

Friday, August 14, 2009

Kuala Perlis,Perlis

kerja di ladang diselesaikan lebih awal kerana ingin ke kuala perlis pada petang tu.
Tujuannya ingin melepaskan tension dan masalah yang timbul di kolej nie.
perjalanan dari Bkt. Kayu Hitam ke Kuala Perlis pada ari tu mengambil masa lebih kurang 35 minit je. bertolak lebih kurang pukul 6pm dan sampai dikuala perlis dalam jam 6.35pm.
Kuala perlis merupakan jeti menghubungkan pulau langkawi dan pulau phuket di Thailand dengan tanah besar(Malaysia) selain daripada jeti Kuala Kedah. Selain itu, disini juga menjadi tumpuan orang ramai pada malam hari untuk makan makanan yg pelbagai jenis masakan, terutamanya makan laut.angin bertiup ngan kuat..sejuk gak badan dibuatnye.
pemandangan petang ari di kuala perlis,
ade cerita lawak gak berlaku semasa disini.....tp x yah cite la,nanti sedih plak kawan sorang nie.
satu karya yg dihasilkan oleh Idham....ntah ape ntah..
bergambar di signboard kuala perlis ngan gaya tersendiri
terdapat banyak gerai dan restoran yang menyajikan pelbagai jenis masakan ade disini. Kami memilih untuk makan di medan selera yang terdapat disini kerana lebih byk pilihan dan suasana yg menarik.
nie lauk yg kitaorg order, ikan stim,ikan 3 rasa, sotong goreng tepung, khailan ikan masin,
tom yam
ulam-ulaman kepah ke lala tu,,,msk cili & kukus.
selesai sudah makan..... masakan nye ok je.. dan harganya berpatutan dan kos kami mkn ialah rm16 seorang.

Thursday, July 30, 2009

The Carnivall Sungai Petani

selepas puas berjalan dan melihat festival Kedah sejahtera kat bandar Laguna Merbok,
tempat seterusnya yang dituju ialah 'the carnivall'. Terletak di Sungai Petani,Kedah. Jaraknya lebih kurang 15 minit dari Bandar Alor Setar. Merupakan waterpart terbaru di kawasan utara nie dan menjadi tumpuan org ramai dari penang, kedah dan perlis. Dibuka setiap hari kecuali hari rabu, 10a.m - 8p.m(weekends), 2p.m-8p.m (weekdays),.
tiket masuk dari RM 13.00 hingga RM25.00.
bergambar dipintu masuk sementara menunggu pintu dibuka...dtg awal sangat kerana pukul 2.00 petang baru buka.
nie harga tiket kitaorg seramai 7 org, harganya cuma RM35.00 je...sebab sekarang nie promosi untuk hari Isnin, Selasa dan Khamis dari 21 July hingga 21 Ogos nie,
cuma RM5.00 seorang je. Waktunya dari 2.00p.m hingga 8.00p.m
bersedia untuk berjuang....menyelamatkan dunia..he..he..
kelihatan muka sorang-sorang yang tak sabar nak pi berendam di the carnivall nie.
yang warna biru ini merupakan yang paling menarik dan mencabar sekali disini. Diberi nama 'water coaster' kerana rasanya memang macam menaiki roller coaster.
Turun dari ketinggin 10 meter dengan darjah kecerunan 60 darjah meluncur jatuh kebawah,
pas tu naik semula keatas, rasa macam nak terkeluar je....
akhirnya undur kebelakang masuk ke dalam air...
yg warna hijau tu 'wild river' biasa je laluannya seperti badan ular..
akan meluncur lebih laju klu naik 2 orang .
turut terdapat disini ialah meluncur dalam laluan tertutup dan terbuka dengan berpusing-pusing dan terus ke dalam kolam tanpa menggunakan pelampung, Aktiviti lain ialah bubble spa,
river bar, kiddies cove dan sand pit.
menjelajahi laluan 'River of Advanture' dengan jaraknya lebih kurang 300 meter dengan pelampung, sekali sekala diselangi dengan air yang berombak terasa geli tekak juga dibuatnya.
selain daripada aktiviti air, disini juga terdapat aktiviti di darat seperti bungee, wall climbing, menungang kuda, memanah dan bermacam-macam permainan lagi.

gelagat syikin, ain dan dash semasa berada di Waterpark nie.
kemudahan wakaf yang selesa disedikan disini.
gambar pemandangan sekitar the carnivall, walaupun dalam kawasan yg terhad tetapi lanskapnya sangat menarik.

laluan 'street of happenings' sebelum memasuki kawasan waterpark.
Kemudahan yang disediakan disini ialah surau, tandas, bilik persalinan&mandi,locker barang gerai makan, wakaf berehat DLL.
jualan cendermata dan pakaian di pintu masuk boleh dimiliki untuk dijadikan kenang-kenangan.
setelah puas mandi dan berehat, bertolak pulang lebih kurang pukul 5.30p.m, kalau ada berkesempatan mungkin akan datang lagi kesini.

Festival Sejahtera Kedah 2009


Festival Kedah Sejahtera yang berlangsung di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani Kedah bermula 22 hingga 28 Julai 2009. Festival ini merupakan pameran yang berkaitan dengan pertanian, penternakan, perikanan, badan-badan kerajaan dan jualan produk-produk Malaysia.


terdapat pelbagai gerai yang menjual buah-buah tempatan,makanan tradisional, susu segar,kuih- muih, produk kesihatan DLL dengan harga yang murah dan kualiti yang baik.

Lembu baka Brahman yang mendapat nombor satu dalam pertandingan
Haiwan Penjantan Terunggul.

Suasana di sekeliling tapak festival

Kolej Pertanian Malaysia turut mengambil bahagian dalam Festival ini. Seorang pelanggan sedang kusyuk menerima penerangan berkenaan dengan pegawai yang bertugas.
Boleh dikatakan pameran ini seperti berada di dalam taman kerana di sekitar tapak festival dihiasi dengan lanskap-lanskap yang menarik.

Tuesday, July 7, 2009

Hutan Lipur Bukit Wang


hutan Lipur Bukit Wang telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal sejak tahun 1937. Ia terletak 35km dari Alor Star dan 10km dari jitra. Tempat ini sangat sesuai dijadikan tempat berkhemah, mandi dan merentas hutan. Antara kemudahan yg disediakan disini ialah tandas, surau, wakaf, tapak berkhemah, kedai makanan&minuman, tempat mandi kanak2 dan tiada bayaran masuk yang dikenakan.
bergambar di pintu masuk taman rekreasi Bkt. Wang. Sempat beli buah durian di tepi jalan semasa datang kesini.


kepelbagiaan tumbuh-tumbuhan dan pokok yang masih terpelihara persekitarannya terdapat disini, dapat dilhat jenis2 pokok dan serangga.

kemudahan tangga batu dan trek berjalan disediakan bagi memudahkan pengunjung yg datang disini.

terdapat pokok yang tumbuh dicelah-celah batuan dinding.

Boling Time..(jitra mall,jitra)

keinginan utk bermain boling dipersetujui semasa tengah lepak2 kat kedai mamak berhampiran dengan jitra mall. Selepas makan, terus membeli stokin di kedai berhampiran dan menuju ke pusat boling yg terletak di level paling atas. Dari kiri dash, Seri, Mijie, arebue & Ain.
suasana yg lengang memjadikan pusat boling tu...mcm kami yg punya,
kerana da lama x main byk bola yg masuk longkang, dulu selalu gak main ngan kawan2 kat plaza alam sentral, shah alam.
kemenangan pada ari tu milik tuan punya blog nie..he..he..
ade yg x puas hati & akan repeat game suatu masa nanti.

selain daripada pusat boling, disini juga terdapat panggung wayang, restoran, kedai komputer, pakaian, pasaraya, surau, tandas DLL.
tanx Ain for gambar nie.

Tuesday, June 23, 2009

Kolam air panas Lengong,Baling Kedah

Kolam air panas Ulu Lengong lebih dikenali sebagai Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Lengong. terletak dalam daerah Baling Kedah, jalan ke Grik untuk ke Pantai timur melalui pekan Baling. Di buka sejak tahun 1997 lg, menjadi tumpuan popular org di sebelah utara untuk mandi dan bersantai disini.
terletak lebih kurang 21km dari dari pekan baling dan lebih kurang 2jam dari bandar alor star. Bayaran masuk yg dikenakan ialah RM4 bagi dewasa dan RM2 bagi kanak2. Kami masuk free je krn ade Tok sedara Ain tinggal berhampiran, yg menariknya Pusat rekreasi ini dibuka 24 jam setiap hari.
Suasana di sini tenteram,udara yg nyaman dan pemandangan sangat menarik dengan dihimpahi lampu neon dikiri kanan laluan . Disini kemudahan lengkap seperti tandas, surau, chalet, homestay,kedai, tapak perkemahan,urutan kaki, laluan refleksiologi,wakaf berehat, taman kanak2 DLL, terdapat disini kolam untuk dewasa dan kolam untuk kanak2. Org akan ramai mengunjungi disini menjelang 2-3 pagi.
untuk permulaan remdam kaki dulu...pas tu slow2 masuk dalam kolam,
rendam sampai paras leher je...
Lumut yg terdapat di dlm kolam yg paling panas dikatakan dpt melicinkan kulit..
sapu gak dekat muka.
dikatakan juga kolam air panas dpt mengubati gatal2 badan ,sakit sendi, gout, lenguh2 , ruam dan kudis badan.
pissst no WAR.....

rendam kaki je ke....

ajakan Ain(kawan) untuk ke kampung toknya di Kuala Ketil, disetujui dg. serta-merta.Bertolak dr kolej dengan sebuah kereta bersama dg po-g & mijie. Ini lah time nak lepaskan gian mkn durian kampung. Sampai je di kampung ,kami disambut oleh kaum-kerabat ain dan dihidang terus durian kampung sambil melihat biji kopi di tumbuk selepas digoreng dg. gula utk dijadikan serbuk kopi "home made".
selepas puas mkn dan berehat,dibawa melihat kawasan dusun dan sungai , sempat gak kait buah rambutan untuk di bawa pulang.

Canglun-Lumut-Sabak Bernam-Kuala Selangor-Sg. Buluh-Canglun

Perjalanan dg van dari Kolej dijadualkan seawal jam 6pagi lg...akibat lewat 15minit,
geng ruminan kena"basuh" dengan Dr. Ivan..,Tujuan ke Sitiawan,perak ini adalah bertujuan utk melihat dan memilih kambing "boer cross" yg baru utk kandang di kolej.
gambar lumut,bandar sitiawan dan Lumut Port,pemandangan dalam perjalanan mengikut jalan lama juga menarik dengan kehijauan bukit- bukau dan rumah-rumah kampung di kiri kanan jalan.

keadaan kambing yg kurus, strees dan tidak bermaya di salah sebuah kandang di Sitiawan,Perak, kerana baru semalaman sampai menaiki kapal,so tgok je la....
melihat kandang dan kambing di Sabak Bernam. tu yg 2 org nie sedang bersantai di bawah kandang..wek...wek. Lepas tu singgah di rumah Pok-g di Kuala Selangor,sempat mkn nasi dan Bubur kacang+durian...sedapppnye.
sebelum balik singgah jab di Elmina Equestrian Center, terletak di Bandar Saujana Utama, Sg. Buluh untuk berjumpa dg adik Abg. Wan.
disini disediakan kelas untuk belajar menunggang kuda, khidmat nasihat dan pusat jagaan kuda
sempat bergambar dg kuda,seram gak nie..he..he..
Dalam perjalanan balik tido je krn keletihan...

Tuesday, June 16, 2009

Cuti Sekolah vs Kenduri Kahwin


Akhirnya dpt gak balik kampung nie...dah lama x naik bas untuk perjalanan yg jauh, cost tambang pergi balik Canglun-Temerloh RM107.00. Masa balik nie digunakan sepenuhnya berjumpa dg keluarga dan rakan-rakan.
Bila musim cuti sekolah, bermula la majlis kenduri kahwin, mesti ada yg terima jemputan kenduri lebih daripada satu..apa2 pun kenduri nie dapat mengeratkan silaturahim & tempat berkumpul antara sedara mara,sahabat dan jiran2.

Kenduri kawan di Padang Piol,Jerantut Pahang. Semoga berbahagia & dimurahkan rezeki.

Kenduri Kahwin sepupu di Jaya Gading,Kuantan Pahang...
sempat gak belajar tentang ambil gambar nie sikit2 dgn Atiqah Yusof, Fine Art Wedding Photographer.Klu nak mencari wedding photographer boleh la lawat http://blog.ayphotography.com/


Orentasi pelatih SKM, Kolej Pertanian Malaysia


Minggu orentasi pelatih Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) tahap 1,Kolej Pertanian Malaysia pada 14hb Jun 2009. Gelagat kakak2, abang2 yg sedang mengendalikan dan menjual di hari tersebut.


Aktiviti yang dilakukan di Sekolah Ruminan, antaranya ialah pembersihan kandang, pemberian makanan & menanam benih rumput Napier

Pengetua Sekolah Ruminan Dr. Ivan Thomas.

Pelatih yg bersedia menerima arahan.


bergambar ngan Ain semasa sedang memasang pagar di kandang baru.
peserta Siswazah Tani yg membantu fasilitator di sekolah Ruminan.

Friday, June 5, 2009

Padang Besar,Perlis




Padang Besar terletak di sempadan antara Malaysia dan Thailand juga merupakan satu-satunya laluan keretapi yang menghubungkan kedua-dua negara.Disini terdapat pelbagai jenis barang yang dijual antaranya pakaian(t-shirt,jersey), makanan(asam,jeruk,kekacang,beras), alat permainan kanak2(patung ),barangan kulit,cendermata dan lain-lain lagi.Ia juga merupakan kawasan bebas cukai(duty free).Kepelbagaian barangan yang dijual disini membuatkan rambang mata apabila membeli dan harga yang tawarkan juga berpatutan.

Antara gelagat rakan membeli barang di padang besar, kelebihan disini ialah anda boleh tawar menawar harga dan mungkin memperolehi harga yang anda inginkan.

Monday, June 1, 2009

Gua Kelam, Perlis



Gua Kelam terletak di Kaki Bukit dan 36km dari bandar Kangar,Perlis. Uniknya gua ini kerana terdapat jambatan kayu gantung sepanjang 370 meter yang menghubungkan antara kaki Bukit dan Lembah Wang Tangga. Dahulunya gua ini dijadikan jalan perhubungan untuk mengangkut bijih timah. Harga tiket masuk ialah Rm 1 bagi dewasa RM0.50 bagi kanak2, dan harga parking kereta RM1.

bergambar dipintu masuk Gua Kelam


laluan jambatan gantung di dalam Gua Kelam, terdapat air yang mengalir disepanjang jambatan ini.


Pengalaman yang menarik semasa menjelajahan gua ini ialah setiap penjuru gua dilimpahi oleh lampu yang dapat memperlihatkan struktur batu kapur.Corak yang terbentuk pada dinding gua ini terhasil disebabkan oleh daripada hakisan yang disebabkan oleh air dan angin juga terdapat juga titisan air yang jatuh dari atas gua ini.

bergambar bersama kawan2 di dalam gua.


pemandangan kehijauan kawasan dihujung Gua Kelam. Kawasan yang sesuai untuk berkelah dan mandi-manda.

Monday, May 18, 2009

Restoran Nasi Ulam,Kg. Kraftangan, Kota Bharu



Restoran ini terletak di bandar Kota Bharu, menyajikan pelbagai jenis ulam-ulamman, ikan keli goreng, ikan patin masak asam, sayur masak lemak, sambal dan budu. air sirap selasih juga Best. Kami makan 3 orang tidak sampai Rm 30 ringgit.Murah .....

Deretan kedai kraftangan di Kg. Kraftangan. Disini pengunjung boleh melihat kepelbagaian barang kraftangan dibuat dan barangan ini boleh dibeli untuk dibawa pulang.


Kg. Kraftangan ini terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar.


pemandangan di luar perkarangan Kg. kraftangan.


pemandangan sekitar bandar kota bharu .



masjid Pulai Chondong, masjid yang mempunyai nilai sejarah. Menaranya merupakan yang tertinggi di negeri Kelantan.




Pantai Bukit Keluang,Besut



Pantai Bukit Keluang terletak diantara sempadan Terengganu dan Kelantan yang berhampiran dengan bandar Kuala Besut,pemandangan di pantai ini sangat cantik dan dapat dilihat beberapa buah pulau dari pantai ini.Pantai ini sangat sesuai untuk berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan kerana terdapat gua-gua kecil yang boleh dijadikan tempat bersantai. Terdapat banyak pilihan untuk menginap di sini antaranya chelet,resort,dan hotel.

Pemandangan Pantai Bukit Keluang, selain menjalankan aktiviti pantai, pengunjung juga boleh menjelajah gua dan mendaki Bukit Keluang ini.Keistimewaan pantai ini ialah terdapat tempat berjalan yang diperbuat daripada kayu diantara gua dan pantai.

terdapat berbagai kemudahan yang disediakan disini antaranya gerai makan dan minum,tandas awan,wakaf untuk berehat dan restoran.

bergambar bersama rakan.



Friday, May 8, 2009

Hutan Lipur Bukit Hijau

Hutan Lipur Bukit Hijau terletak dalam kawasan hutan simpan Gunung Inas,terletak 45Km dari Sg. Petani. Antara tempat yang menarik disini ialah air terjun 5 tingkat. Terdapat pelbagai flora dan fauna yang boleh dijumpai disini. Untuk sampai disini pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri atau menaiki teksi dari bandar Kuala Ketil.

terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya tempat berkelah,trek,chelet,surau tandas dan gerai makan. Bayaran letak kereta dikenakan disini iaitu motor 50sen, kereta RM1,van RM3 dan bas RM5.

trek berjalan sepanjang ke tingkat atas air terjun


bergambar di air terjun.



Monday, May 4, 2009

Taman Esplanade, Temerloh

Temerloh terletak di pertengahan diantara Kuala Lumpur dan Kuantan, yang dikenali sebagai bandar ikan patin. Salah satu tempat menarik ialah Taman Espalanade yang terletak di tebing sungai Pahang dan sungai semantan yang berkonsepkan waterfront.

Pengunjung boleh menaiki bot panjang untuk menyeberangi sungai Pahang ke Kampung Bangau. Terdapat juga gerai-gerai yang menyajikan makanan-makanan ikan air tawar, terutamanya ikan patin masak tempoyak. Para pengunjung boleh menikmati keindahan pemandangan sungai temerloh.

salah seorang sahabat bergambar dibawah rimbunan pokok buluh yang rendang.

Saturday, April 18, 2009

Menara Alor Setar

Menara Alor Setar merupakan menara telekomunikasi ke-19 tertinggi di dunia yang kedua tertinggi di Malaysia selepas menara Kuala Lumpur.Ketinggiannya 165.5 meter dan merupakan mercu tanda Kedah Darul Aman.
Pemandangan panorama bandar Kedah dari Aras 88 meter, terdapat juga restoran berputar di aras 94meter. Harga tiket iaialh RM6 bagi dewasa.

Kota Kuala Kedah

Terletak di muara sg. Kedah, iaitu 12km dari bandar Alor Setar.Didirikan pada kurun ke 18/19 Masihi semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah II.

Kota ini berfungsi sebagai system pertahanan, pusat kawalan dan pusat perdagangan yang terpenting pada waktu tersebut.

Telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah dibawah akta Bendapurba.
















pemandangan Muara Sungai Kedah.

Saturday, March 28, 2009

Talentime

mengisahkan pertemuaan lelaki india dengan gadis melayu di suatu pertandingan 'talentime' diusahakan oleh Cikgu Adibah,disamping Hafiz yang berulang-alik ke hospital kerana ibunya yg sakit yang juga meminati muzik.
jalan cite yg simple,tentang persahabatan, percintaan, hubungan antara ibu dan anak supaya kita lebih menghargai orang disekeliling kita.Filem yang patut ditonton oleh semua lapisan masyarakat melayu, india, dan cina.Untuk maklumat lanjut layari http://www.talentimethemovie.com lagu pun ok.
pastikan yang wanita bawa tisu ye...,yg laki pun same..he..he.he

Friday, March 27, 2009

J Card Day,Bukit Raja Klang


Hari J card pada 26.03.2009 di Bukit Raja Klang.Potongan harga dari 20%-70%.

Pergi seawal 8.30pagi lagi..ingatkan x ramai org, rupanya dah ramai,nasib baik ade parking lagi.

Antara brg yg dibeli cadar,langsir, baju dan seluar...











Suasana membeli-belah di dalam Jaya Jusco, orang ramai berpusu-pusu membeli barang,mcm pesta plak.Seronok tengok gelagak org.he..he..

Antara voucher yg dpt..RM20 je..

Saturday, March 21, 2009

Program Pra Siswazah Tani 1/2009 (kolej Pertanian Malaysia),Bukit kayu Hitam, Kedah.


Program Pra Siswazah Tani 1/2009 yang diadakan di Kolej Pertanian Malaysia Bukit tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah merupakan program pendedahan kepada industri pertanian di Malaysia.

Program ini dianjurkan oleh Majlis Latihan Pertanian Kebagsaan(NATC) dan berlangsung selama 3 hari.



gambar kenang-kenangan antara peserta dan fasilitator


Program Kembara Tani merupakan pendedahan untuk memberi gambaran sebenar aktiviti pertanian yang akan ditempuhi di kolej ini.



Bergambar selepas melakukan pembersihan kandang dan memberi makanan kepada kambing.



chak......





dengan penuh tekun Nusi melakukan semburan hormon yang bertujuan memastikan buah masak serentak.



memetik jagung ...


makan jagung bakar..sedapppp



sebahagian hasil tangkapan ikan keli untuk dibuat BBQ.

gambar malam BBQ dan Karaoke




Bergambar bersama ahli kumpalan AGRO FORENSIK,tanx to all ....saffuan,Nusi,Adha, Kimie, Ayuni, Alia, Intan,Nasyrah,Haida & Fiqah


kepada sesiapa yang ingin berkongsi gambar bolehkan attach @ e-mail arebue83@yahoo.com



terima kasih kepada fasilitator en razali n en zulkifli dari KADA dan MUDA kerana byk membantu ahli kumpulan.Segala ilmu yg diberi akan dimanfaatkan sebaik mungkin.TQ














Wednesday, February 4, 2009

My picture

baru belajar guna fotoshop element 5.0,belajar cut and paste.

Monday, February 2, 2009

night view


pulau perhentian,Terengganu

Friday, January 30, 2009

Latest my trip at sg. Pangsoon,ulu langat


gambar pemandangan di sg. pangsoon

path to go
kalau dari shah alam, ..ikut federal highway ke KL sampai di kat Mid Valley ambil exit to cheras, kajang, lepas toll teruskan perjalanan nanti sampai plaza phoenix, sampai jumpa cheras toll (grand saga highway) ikut kiri dan tengok road sign to Ulu Langat. Sepanjang dalam perjalan boleh beli buah-buahan, tapi hati-hati ,ade buah yg tidak berapa elok..dah kene he..he.., sebelum sg. pangsoon ade tempat rekreasi lain seperti sg congkak. Group mytrip bermalam di chelet di alur sg. Pangsoon dengan kadar bayaran rm50 sehari, sebilik boleh muat 3orang.





bergambar di pintu masuk ke gunung Nuang,x naik atas kerana tidak prepare ap-apa pun.




Saturday, January 10, 2009

Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah Shah Alam


Keluasan 1,290hekta, ia merupakan hutan hujan tropika, taman ini menyedikan pelbagai aktiviti dan pengalaman berkaitan dengan alam semula jadi.
Antara taman-taman yang ada disini ialah taman orkid, taman kastus, ladang buah-buahan, rumah-rumah negeri di Malaysia, sawah padi dan banyak tempat lagi, yang paling menarik ialah rumah 4 musim sekarang musim sejuk...sejuk betul sampai keluar asap dari mulut..


Musim Sejuk(dec-feb)
Musim bunga(mac-mei)
Musim Panas(jun-ogos)
Musim gugur(sep-nov)

Harga masuk ialah RM3 dewasa, bas ada disediakan, kalau nak lebih advanture naik basikal la...RM3-RM5(tengok basikat baru ke lama), kalau naik basikal pastikan stamina kuat..
waktu melawat dari 9 pagi hingga 4.30 petang dan berkhidmatan bas disediakan.

Monday, December 15, 2008

Sunway Lagoon Petaling Jaya

Sunway lagoon terletak di bandar Sunway,Petaling Jaya bersebelahan dengan sunway piramid,merupakan antara theme park yang popular di Malaysia. Dari Kuala Lumpur
hanya 15 minit. Untuk kesini, jika menaiki kenderaan, Bandar Sunway terletak di tengah antara Kuala Lumpur dan Subang Jaya, Jalan yang menghubungkan Bandar Sunway ialah
Lebuhraya Persekutuan(federal highway), NPE highway dan KESAS highway.
Bagi yang menaiki pengangkutan awam, boleh menaiki bus atau taxi, komutar
(hentian subang Jaya) dan LRT-Kelana Jaya.

Kunjugan kesini pasti menyeronokan kerana kepelbagaian aktiviti dan permainan yang ada sehinggakan satu hari disini rasa macam tak cukup.Antara pakej yang disediakan,ialah water park, extream park, scream park and wildlife park.

Untuk mendapat gambaran di Sunway Lagoon klik disini.

bayaran masuk berpakej ialah antara RM30-RM90,tapi ingat makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk. Sunway Lagoon beroperasi Isnin hingga Ahad(Selasa tutup) dari pukul 11a.m hingga 6p.m. Pada cuti pula beroperasi Isnin hingga Ahad dari pukul 10a.m hingga 6p.m Untuk maklumat lanjut tentag harga tiket klik disini.

Wednesday, October 1, 2008

Rayerr 08'


my family


my older brother ude&dila


cop,amira,mom &atiqah




tiup......

Saturday, September 6, 2008

Perniagaan Kurma & kueh Rayer

pada hari pertama niaga.

perniagaan bln pose, jual kurma, kismis, dan kueh raye. berniaga di SACC,shah alam ngan stadium s.alam.


kurma mariami gredAA


kurma basah


di shah alam (SACC)


stok kerepek kat rmh


kuih Batang Buruk asli dari johor


kuih zarina dari kedah..


Thursday, July 10, 2008

Genting Highland,Pahang



Genitng Highlands terletak dia antara Pahang dan Selangor di banjaran Titiwangsa,klu dari KL mengambil masa 45 minit je,boleh menaiki bas biasa di pekeliling bas station kat bulatan Pahang atau dengan pakej di KL sentral. Antara pakej yang disediakan ialah indoor theme park, outdoor theme park dan wet park, harga tiket mengikut pakej yang diambil,k pastikan sebelum pergi melihat dulu ramalan cuaca di www.genting.com.my/weather.htm ,nanti hujan menyesal plak...




space shot

ketinggian 165 kaki,dengan kelajuan turun 67km per jam, akan merasi berat berkurangan dan jantung anda tertinggal kat atas....antara yang menarik ialah flying coaster, genting sky venture, snow world 4D motion master theater

Harga tiket bagi:

All Park dari RM36 hingga RM 192(family package).Outdoor dari RM27 hingga RM215(family package).Indoor dari RM12 hingga RM109(family package)






Tuesday, March 25, 2008

moto nouvo


abang saya ude menang moto nouvo S pertandigan mayonis ladychoice
di kedai HAdad temerloh

Tuesday, December 25, 2007

Bagan Lalang,Sepang

Bagan Lalang terletak dalam daerah sepang Selangor. Ia terletak berhampiran dengan Kuala Lumpur International Airport(KLIA) dan F1 Sepang Circuit. Disini menjadi tempat pilihan pengunjung pada hujung minggu untuk berehat dan berkelah. Selain berkelah, disini terdapat gerai dan restoran yang menyajikan makanan laut (seafood) dan yang yang terkenal ialah ikan bakar.
Pengunjung boleh datang kesini melalui lebuhraya Elit(PLUS) dan keluar di KLIA, selepas plaza tol ambil susur ke kiri iaitu ke LCCT, dan ambil jam 12 apabila sampai di bulatan. Dari sini pengunjung akan menjumpai signboard ke Goldcoast Sepang.

Perancangan pada masa depan, Bagan Lalang akan bertukar wajah untuk dijadikan pusat pelancongan terkenal di Malaysia dan kini lebih dikenali sebagaiSepang Gold Coast.

bbq mytrip group kat bagan lalang(sepang goldcoast), tempat yg menarik untuk melakukan aktiviti seperti pinic, bermain layang-layang,bersantai. kemudahan lengkap seperti tempat makan, bilik air dan parking kereta.




bbq tangan,yg gelap tu dah masak...k


Sunday, November 25, 2007

A1 GP



A1 GP kat Sepang,Selangor pada 25/11/07



Team A1 Malaysia,Alex Yoong

Monday, October 15, 2007

RAye '07
















Thursday, July 19, 2007

Majlis kahwin Ena,kat Pulau Pinang


feri pulau pinang


selamat menganting baru semoga berbahagia selalu..


bergambar dengan bekas timbalan menteri pulau pinang.


Sunday, May 6, 2007

Kolam air panas selayang


bosan giler duduk kat rmh, gi selayang mandi air panas tghmlm,segar sikit bdn...
terletak berhampiran dg pasar borong selayang.Disini terdapat 3 buah kolam mengikut kepanasan. Masuk adalah percuma tapi parking kete kene bayar di tempat yg disediakan.Tapi sayang tempatnya agak tidak terurus.Ape2 pun, kolam nie menjadi tumpuan ramai menjelang pagi.

Kebaikan air kolam air panas dikatakan dapat mengubati pelbagai jenis penyakit terutamanya penyakit kulit kerana mengandungi kandungan mineral seperti sulfur .

Untuk sampai kesini pengunjung boleh melalui jalan Ipoh ke Rawang, Pengunjung akan melihat pasar borong di sebelah kanan dan terus lagi dan perhatikan signboard, kolam ini terlerak disebelah kiri jalan dan untuk melihat peta laluan, klik disini.

Sunday, March 18, 2007

Biring by Yusof Ghani


Majlis Perasmian koleksi terbaru Yusof Ghani ‘Biring’ pada Mac 2007 bertempat di Wei-Ling Gallery,KL

untuk maklumat lanjut bolehlah melawati : http://weiling-gallery.com/bering.htm






bergambar dg yusof ghani&family dan dato seri hishsammuddin

Monday, February 12, 2007

Majlis kahwin Niezam


Selamat pengantin baru....


rombongan dah dtg...


ayah, pak long&mak long


yusof,atiqah ngan amira

Wednesday, October 25, 2006

Raye 06'










Saturday, June 10, 2006

Janda Baik,Pahang


Janda Baik terletak di Bukit Tinggi dalam daerah Bentong Pahang,merupakan kawasan yg menarik untuk menjalankan aktiviti rekreasi. Dikelilingi oleh banjaran titiwangsa dan hutan hujan tropika menjadikan kawasan ini kaya dengan flora dan fauna dengan udara yang segar dan bunyi yang sangat menenangkan jiwa.
Terletak lebih kurang 45km dari Kuala Lumpur,dan berhampiran dengan bukit tinggi dan genting highland. Pengunjung boleh melalui lebuh raya karak dan keluar di
genting sepah (exit 803). Seterusnya melalui jalan kampung ke Janda Baik.Pemandangan semasa perjalanan ini sangat menyamankan.

Disini terdapat banyak chalet dan kem latihan yang berkonsepkan eko resort.




hasil tangkapan, ikan talapia...sedap fresh


Saturday, June 3, 2006

KL motorshow 06'


concept car lotus apx proton





awek...


kete honda civic modulo concept car

Wednesday, May 10, 2006

Pulau Perhentian, Terengganu


Pulau Perhentian terbahagi kepada dua, iaitu perhentian kecil dan perhentian besar.
Pulau ini mendapat nama disebabkan para nelayan dari kelantan dan terengganu berhenti dan berehat pada musim tengkujung.
Kedua-dua pulau ini terletak lebih kurang 21km dari tanah besar.
Di pulau ini pemandangannya sangat cantik dengan pasir yang putih dan halus, terumbu karang di dasar yang memukau ,laut yang jernih dan kurang berombak.

Tempat ini sangat sesuai untuk merehatkan minda atau berbulan madu bersama pasangan.
Kemudahan feri disediakan di Kuala Besut yang terletak lebih kurang 45 minit dari Kuala Terengganu. Di Kuala Besut juga pengunjung boleh pergi ke Pulau Redang.
Perjalanan menaiki feri untuk ke pulau perhentian dari Kuala Besut mengambil masa lebih kurang 30 minit hingga 1 jam perjalanan.

pastikan pengunjung merancang sebelum ingin pergi ke pulau perhentian kerana pada musim monson timur laut iaitu (November hingga Mac) kebanyakan chelat disini ditutup.


Lawatan sambil belajar anjuran Kelab Usahawan Muda Uitm,Shah Alam Selangor di Pulau Perhentian,Terengganu selama 3hari 2mlm.
bermlm di kolej uitm dungun,sebelum bertolak ke jeti

penyu.....


sukaneka....yah..cepat2


pemandangan di pulau nie sgt tenang,air laut yg jernih, pasir yg memutih...bla..bla...
klu nak tenangkan fikiran, tempat yg terbaik utk dilawati.




bergambar sebelum pulang...adioos

Friday, March 17, 2006

Lendu, Melaka


Lawatan sambil belajar di Stesen satellite Bumi,Lendu Melaka di anjurkan oleh pelajar fakulti kej. elektrik (komunikasi) uitm shah alam.






bergambar di bandar melaka

Saturday, February 4, 2006

Sg. Congkak


pemandangan Sg congkak ulu langat selangor.




]bergambar sambil menjamu selera.

Wednesday, February 1, 2006

Majlis Kahwin Najib


majlis kahwin najib & Rohani di Felda Sg. Nerek Maran Pahang


ketibaan rombongan sebelah perempuan


gosok jgn x gosok...

Saturday, January 28, 2006

Xpdc 4X4



Xpdc 4x4 anjuran K’Dau advanture dr temerloh,pada 28-Jan 06 bertempat di Sungai Berakit dan Air terjun Jerangkang.










tapak perkemahan,di sg. berakit




Monday, November 28, 2005

tamam tasik temerloh


bergambar di tasik temerloh arebue,rozie,abe

Saturday, November 19, 2005

Majlis kahwin cop


MAJLIS PERKAHWINAN DI SHAH ALAM SELANGOR


di kamar bilik





mydad&mymom


abe


bergambar dengan pengantin dan keluarga



bergambar dengan mymom


kawan2 menjamu selera

MAJLIS DI TEMERLOH PAHANG,rumahku..


gotong-royong pasang khemah kenduri


tgok je ke lauk tu....


majlis gotong-royong


melapah daging


bergambar ngan sepupu2


gambar family atiqah


Wednesday, November 16, 2005

PAk tam


pak Tam stydy...

Thursday, November 3, 2005

Raya 05'




my family


bergambar dg kekawan


family sebelah mak


tok

Tuesday, October 25, 2005

putrajaya


Putrajaya merupakan Pusat pentadbiran kerajaan Malaysia yg baru ,terdapat byk tempat yg menarik utk dikunjungi antaranya masjid putra, dataran putra, alamanda, taman botani, tasik putrajaya.








Saturday, February 12, 2005

Bukit Cerakah


berehat sebentar....


bergambar di sawah padi


di dlm rmh 4 musim

Sunday, November 14, 2004

RAYA 2004


dipagi raye,sblum gi sembahyang


my family


bergambar dg aki








Wednesday, August 25, 2004

KONVO UiTM SHAH ALAM




my family