nuffnNg

Tuesday, February 1, 2011

Gambang Waterpark, Kuantan Pahang


Gambang waterpark memberikan keseronokan berterusan di kawasan 60 ekar dikelilingi oleh pokok yang menghijau dan 20 ekar tasik buatan. Gambang waterpark ini sangat sesuai untuk seisi keluarga bersantai dihujung minggu kerana terdapat permainan khas untuk kanak-kanak seperti Penguin Island,permainan untuk dewasa seperti 6 Race Racer dan permainan untuk seisi keluarga(Journey of Ice).



Tarikan terbaru di Gambang Waterpark ini, iaitu Safari Park


Park Districts: Park Zones: Operation Hours:
Simba Hill Walking 10.00am – 10.00pm
Foreign Village Walking 10.00am – 10.00pm
Forest Land Walking 10.00am – 6.00pm
Night Jungle Walking 6.00pm – 10.00pm
Wild Savannah Tram Drive Through 10.00am – 6.00pm








mari kesini, dijanjikan kepuasan .



suasana gambar waterpark dari pandangan jauh, untuk maklumat lanjut klik disini. Harga tiket ke  Gambang waterpark ialah RM21.90 untuk dewasa dan RM14.90 untuk kanak-kanak, percuma bagi 90cm kebawah.Waktu operasi ialah isnin -jumaat dari jam 11 pagi hingga 6 petang, sabtu dan ahad, dari jam 10 pagi hingga 6 petang, tutup pada hari selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah.



bergambar selepas memasuki gambang waterpark
 lalauan perjalanan untuk ke Gambar Waterpark, dari Kuala lumpur teruk ke gombak masuk Lebuhraya Karak ke Bentong, selepas itu terus masuk ke lebuhraya pantai timur(ECE), keluar di susur Gambang ,masuk simpang kiri ke gambang /kuantan. Gambang waterpark terletak di sebelah kiri jalan ke Kuantan ini.
UNtuk maklumat lanjut klik disini

kedai cendermata yang menjual pakaian dan peralatan mandian



 tag tiket(wrist band) yang mengandungi e-value yang digunakan semasa di dalam waterpark ini seperti membeli makanan, menyewa loker, pelampung dan lain-lain.  Tiket ini boleh di top up dan baki yang terdapat boleh dituntut semula apabila keluar nanti.


best kat coco beach nie, sesuai bersantai seisi keluarga kerana suasana pantainya dikelilingi hutan di kiri kanan, disamping pengunjung dapat merasai seperti berada di pandai sebenar dengan ombak dan pasair yang memutih,

peta permainan  di dalam waterpark ini
susasana seperti berada di pantai sebenar,dengan pasir pantai sejauh 1 kilometer.

6 lane racer, huk..huk.. memang seram sejuk naik permainan ini, naik sekali aje, tak berani dah,must try, rugi kalau tak naik. Antara permainan yang lain yang memang mencabar ialah Canopy slide, Galaxy Slide

suasana seperti berada dalam hutan je, memang sejuk dan tenang aje kawasan ini.

family raft ride, merupakan yang terpanjang di malaysia, memang seram, dah kene panjat bukit dengan menaiki tangga, dah tu, dikelilingi batang-batang pokok dikiri kanan, memang best naik ramai-ramai baru terasa impaknya, rasa macam nak terkeluar je.


selepas puas main makan askrim ,yumm.yumm
klik google map disini

6 comments:

CathJ said...

Tak pernah dtg ke sini lagi... thank you for the info.. :D

Anonymous said...

thanks for the info.. nak tanya ni,, kalau tak beli tag ticket(wrist band)tu tak apa ke?? ke mesti beli??? hehehe,, tQ

Abu Mansur said...

wrist band tu mcm tiket,setiap org nk masuk kene pakai,cuma klu pergi ramai2 hanya satu wrist band yang boleh di masukkan reload duit, utk keguaan seperti sewa loke,sewa pelampung dll.

mat said...

Kami nak gi InsyaAllah Disember ni

Abu Mansur said...

bagus...seronok kesini, saya pun rasa nk pergi lagi.

koizoumi_ra said...

salam. ada tak sejarah tentang tempat nih? sebab saya tengah buat kajian tentangnya.. terima kasih :)