Thursday, January 6, 2011

Sukan Futsal Suka-Suka Kampung

Pada hari sabtu yang lalu berlangsung Sukan Futsal Suka-Suka Kampung buat kali yg ke-3,bertempat di kampung Sungai Rabit, Temerloh Pahang,

Kesempatan pulang ke kampung pada minggu tersebut membolehkan turut serta dalam pertandingan ini. Acara yang dianjurkan setiap awal tahun bagi meraikankan tahun baru, iaitu 2011.


Suasanan acara Futsal yang berlansung pada hari tersebut, acara bermula seawal pagi hingga ke petang pada hari yang sama, tiada bayaran yang dikenakan untuk menyertai pertandingan ini ,
Perbelanjaan acara ini hasil daripada duit persatuan dan sumbangan dari badan-badan kerajaan, swasta
dan individu. 






Menurut penganjur sukan futsal ini, bukanlah hadiah menjadi matlamatnya,
tetapi semangat dan hubungan kejiranan yang lebih diutamakan disamping menjadi tempat berkumpul penduduk kampung.

sepanjang acara berlangsung pihak penganjur menyediakan sarapan pagi,dan juga makanan tengah hari.Cuaca pada hari pertandingan mendung dan hujan sekejab- sekejab sahaja, padang pun becak-becak sikit sahaja kerana hujan pada hari sebelumnya, maklumla sekarang ini monson timur laut.

walaupun tidak menang hanya bermain di peringkat kumpulan sahaja,tetapi ada juga wakil yang dapat masuk peringkat final, jadi naib johan pertandingan. Wakil ini dari Shah Alam, main biasa je,tak sehebat mana pun,

Selain daripada acara futsal , turut dipertandingan acara gubahan tembikai, baju dan tudung salji. Acara ini lebih daripada untuk kaum ibu di kampung ini.

ini adalah hadiah cabutan bertuah, siapalah yang bertuah ini, Sumbangan Dr. Zul yang klinik berhadapan SRK Jalan Bahagia. Yang bestnya ada bola kat atas sekali hamper tu.