nuffnNg

Sunday, October 22, 2017

Skytrex Adventure Shah Alam, Taman Botani Negara, Shah Alam


Sebelum bercerita mengenai Skytrex....KIta cite dulu pasal Hari Sukan Negara cos ramai sangat org kat Taman Botani Negara, Shah Alam hari ini


Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun pada tahun ini pada 14/10/2017. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhanya akan berganding bahu menganjurkan dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.Sumber dari Website harisukannegara.


Berbalik pada Skytrex 
Skytrex Advanture ini ape ye?
Skyrex Advanture adalan perjalanan "sky-Trekking" antara pokok ke pokok  melalui pelbagai cabaran cabaran yang perlu dilalui antaranya bergayut, terbang"flying fox" , menaiki tangga, jaring , tali dan sebagainye.

Terdapat di 3 tempat iaitu di Melaka, Shah Alam & di Langkawi. Yang akan diceritakan ini di Taman Botani Negara, Shah Alam, Selangor.



Skytrex Advanture di Shah Alam ini terletak di didalam kawasan Taman Botani Negara, Shah Alam yang berkeluasan  817 hektar dan hanya 5 minit dari pusat Bandar dan 40 minit dari Ibu kota Kuala Lumpur dengan memandu kenderaan.




Harga bagi parking dan tiket masuk ke Taman Botani ini seorang (bagi dewasa) adalah RM3.00, manakala bagi  kanak-kanak & warna Emas RM1.00.

Untuk ke Skytrex Adventure boleh menaiki bas yang telah disediakan berhampiran dengan tempat menyewa basikal




Perjalanan dengan bas ini mengambil masa lebih kurang 5 ke 10 minit, tgok keadaan jalan yang kebiasaanye ramai pengunjung yang menaiki basikal.




Berikut merupakan pakej-pakej Skytrex yang terdapat disini, pastikan anda penempah secara online ye,
klik disini untuk website skytrex shah alam






bermula disini, anda akan berjalan, melompat, berhayun, meluncur dengan lebih daripada 20 cabaran yang disediakan disini dengan suasana hutan hujan tropika bergerak di udara yang nyaman.



  
sessi penerangan & cara pengunaan peralatan disampaikan oleh instructor skytrex



Pengembaraan merentas pokok diudara bermula disini sessi latihan dahulu

 


setelah semua peserta selesai dengan sessi latihan, Starting point Skytrex advanture( extreme challenge ) dengan menaiki tangga tali ini. 



berikut merupakan cabaran yg perlu ditempuhi tiada berpatah balik selepas anda menaiki tangga ini









siapa yang berminat daningin mencuba kelainan ,ini jawapannye
pastikan membawa minumam dan coklat untuk menghilangkan dahaga & menambahkan tenaga
dah naik xde kedai kt atas pokok nie











Friday, October 13, 2017

Chicken Chop Jalan Kebun





Ceritanya nak makan mee rebus, tapi sebab nak beli barang di Segi Fresh Jalan Kebun so search la kt google apa yang best untuk makan kat area nie. Tengah search , teringat kt member office kata kat Jalan Kebun nie ada kedai chicken chop yang murah giler & banyak. Apa lagi terus pi sini guna goole map Achamm Chicken Chop.


Sampai ini, tengok tempanye ramai betul orang , tapi masih ada meja yang kosong, rata-rata tengok semua order chicken Chop. 



nie chicken chop nye.. rasa boleh tahan sangat berbaloi dengan harga hanya RM5


next time nak try lamb chop plak


nie harga makanan yang terdapat disini, gambar ini ambil dari google ye.




selamat mencuba, pasti tidak kecewa