nuffnNg

Friday, August 14, 2009

Kuala Perlis,Perlis

kerja di ladang diselesaikan lebih awal kerana ingin ke kuala perlis pada petang tu.
Tujuannya ingin melepaskan tension dan masalah yang timbul di kolej nie.
perjalanan dari Bkt. Kayu Hitam ke Kuala Perlis pada ari tu mengambil masa lebih kurang 35 minit je. bertolak lebih kurang pukul 6pm dan sampai dikuala perlis dalam jam 6.35pm.
Kuala perlis merupakan jeti menghubungkan pulau langkawi dan pulau phuket di Thailand dengan tanah besar(Malaysia) selain daripada jeti Kuala Kedah. Selain itu, disini juga menjadi tumpuan orang ramai pada malam hari untuk makan makanan yg pelbagai jenis masakan, terutamanya makan laut.angin bertiup ngan kuat..sejuk gak badan dibuatnye.
pemandangan petang ari di kuala perlis,
ade cerita lawak gak berlaku semasa disini.....tp x yah cite la,nanti sedih plak kawan sorang nie.
satu karya yg dihasilkan oleh Idham....ntah ape ntah..
bergambar di signboard kuala perlis ngan gaya tersendiri
terdapat banyak gerai dan restoran yang menyajikan pelbagai jenis masakan ade disini. Kami memilih untuk makan di medan selera yang terdapat disini kerana lebih byk pilihan dan suasana yg menarik.
nie lauk yg kitaorg order, ikan stim,ikan 3 rasa, sotong goreng tepung, khailan ikan masin,
tom yam
ulam-ulaman kepah ke lala tu,,,msk cili & kukus.
selesai sudah makan..... masakan nye ok je.. dan harganya berpatutan dan kos kami mkn ialah rm16 seorang.