nuffnNg

Friday, February 8, 2019

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Temerloh Pahang

Kuala Gandah, Temerloh, Pahang


Jom mandikan gajah,
hanya di Kuala Gandah, Temerloh @
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan






Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Ianya telah menjadi tempat menarik di Temerloh, Pahang



Perjalanan ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dari Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan sendiri mengambil masa kira-kira 2 jam pemanduan melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan akan keluar melalui persimpangan Lanchang.





Terdapat kemudahan penginapan berdekatan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan seperti homestay yang diusahakan oleh masyarakat setempat.


Jadual Aktiviti Pelawat

Masa

Aktiviti
10.00 pagi PENDAFTARAN

Pelawat wajib mendaftar dan mendapatkan pelekat / pas kebenaran masuk ke PKGK.

PUSAT INTERPRETIF

Pelawat disaran melawati pusat interpretif bagi mendapatkan maklumat awal berkaitan PKGK.

10.30 pagi - 12.00 tengahari MEMERHATI ANAK-ANAK GAJAH

Pelawat berpeluang memerhati gelagat anak gajah sambil memberi makan dan bergambar bersama mereka.

1.00 & 1.30 petang MENONTON TAYANGAN VIDEO
Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan PERHILITAN.

2.00 – 2.15 petang

(Jumaat : 3.00 – 3.15 petang)
LINTASAN GAJAH
Pelawat berpeluang melihat dan bergambar dari jarak dekat kumpulan gajah dewasa yang bergerak bersama mahut ke kawasan aktiviti pertunjukkan gajah.

2.15 petang – 3.00 petang PENERANGAN KONSERVASI DAN PERTUNJUKAN BERMAKLUMAT DARI MAHUT DAN GAJAH
Pengenalan kepada perilaku, konservasi dan sejarah gajah di PKGK
Pelawat boleh memberi makan, menyentuh belalai dan bergambar bersama gajah sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.
Nota:
Pusat ini tidak menyediakan program tunggangan gajah untuk hiburan. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang.
3.00 – 3.15 petang


LINTASAN GAJAH
Pelawat berpeluang melihat dan bergambar dengan kumpulan gajah dewasa yang bergerak bersama mahut ke kawasan aktiviti pertunjukan gajah.
3.00 - 4.30 petang
MEMANDIKAN ANAK GAJAH
Aktiviti ini bergantung kepada keadaan cuaca, paras air sungai dan syarat-syarat lain. Terhad kepada 100 orang sehari. Pendaftaran awal perlu dibuat bagi aktiviti ini.
Nota :
  • Pelawat diwajibkan menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong dengan bayaran sebanyak RM10.00 / orang (dewasa) dan RM5.00 / orang (kanak-kanak) bagi aktiviti ini sahaja.
  • 4 orang pelawat untuk seekor anak gajah bagi tempoh lebih kurang 2 minit.
MEMERHATI ANAK-ANAK GAJAH DALAM KANDANG

Pelawat berpeluang memerhati gelagat anak gajah sambil memberi makan dan bergambar bersama mereka.

4.30 petang PENDAFTARAN DITUTUP




Waktu Lawatan:
Hari Masa
 Isnin - Ahad  8.00 pagi - 1.00 petang
 2.30 petang – 4.30 petang
 Jumaat  8.00 pagi - 12.30 tengahari
 2.30 petang – 4.30 petang


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:





Ketua
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Kuala Gandah, 28500 Lanchang

Pahang Darul Makmur, Malaysia

Tel: 017-931 9650  Kaunter: 013-908 8207