nuffnNg

Monday, October 26, 2009

Pantai Merdeka, Kuala Muda Kedah

Pantai Merdeka terletak dalam daerah Kuala Muda, Kedah. Jarak dari Alor Setar ialah sejauh 60km dan dari Sungai Petani sejauh 26km. Kesempatan dapat mengunjungi pantai ini kerana pergi ke rumah kawan di Kuala Muda. Agak risau juga untuk sampai di Kuala Muda ini dari Sungai Petani kerana jalanya yang kecil. Walaubagaimanapun kerisauan itu terubat dengan keindahan pemandangan sawah padi dan rumah kampung semasa dalam perjalanan.
Keindahan Pantai Merdeka dapat dilihat disepanjang trek pejalan kaki yang disediakan. Keindahan ini perlu dikekalkan jika pengunjung tidak membuat sampah dan sisa makanan merata- rata tempat.Dikatakan Pantai Merdeka merupakan satu-satunya pantai yang menarik untuk dilawati di kawasan darat Kedah.
.Terdapat juga pelbagai kemudahan yang ada di Pantai Merdeka ini antaranya kawasan permainan kanak-kanak, wakaf tandas, gerai makanan, surau dan trek berjalan. Terdapat juga pengawai pantai (JPA3) yang mengawal pengunjung yang mandi- manda di pantai ini.
Kawasan yang boleh dijadikan kawasan berkelah dibawah pohon-pohon pokok yang rendang. Tempat ini sangat sesuai untuk menganjurkan pelbagai aktiviti seperti hari keluarga.
Di Pantai Merdeka ini pengunjung boleh pergi ke Tanjung Dawai dengan menaiki bot. Kadar tambang ialah RM2 dengan kurang 9 minit perjalanan. Tanjung Dawai merupakan tempat pendaratan ikan dari laut. Pengunjung boleh melihat proses pendaratan ikan disamping dapat membeli ikan-ikan yang segar . Selain itu, ikan bilis, ikan masin , belacan dan ikan pekasam juga dijual di sini.
Pengunjung boleh melalui trek pejalan atau berjalan di pantai untuk melihat keindahan pantai ini.
Kemudahan di Pantai Merdeka ini sedang dinaik taraf, antaranya wakaf, trek berjalan, gerai makan, lampu jalandan lain-lain kemudahan lagi. Di jangkakan tempat ini akan lebih menarik dan selesa apabila semua kemudahan siap kelak.







Disini terdapat Resort yang boleh dijadikan tempat berehat dan bermalam dengan harga berpatutan dan mengikut kemampuan.Antaranya Merdeka Beach Resort yang menawarkan harga antara RM79 keatas.Untuk maklumat lanjut tentang resort ini klik disini

bergambar di pantai merdeka

4 comments:

Anonymous said...

Nak g pantai merdeka ade jalan darat ke bro???

Anonymous said...

Jalan darat 7 km dari jetty kuala muda. Aziz

Anonymous said...

Bas boleh lalu jalan tu x??

nisyshy said...

g1q84a0b97 u3l60n5q20 s5h01n5k91 w9h58z3p63 y0c28v2q62 p1s30e9f25