Saturday, February 5, 2011

the mines,seri kembangan, selangor


 Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke the mines, seri kembangan ini, Agak terkejut juga kerana suasana dalam mall ini telah banyak berubah sudah semakin segar dan selesa untuk berjalan-jalan, makan dan membeli belah. Dulu disi memang menjadi antara tempat popular untuk mencari membeli gajet elektronik seperti handphone dan komputer
Parking pula sangat mudah kerana parkingnya memakai system sensor yang dapat mencari parking dengan mudah dan cepat. Harga parking kereta adalah RM2 untuk hari sabtu dan ahad,RM1 untuk hari lain,
Sebenar kesini adalah untuk menonton wayang di TGV , cadangannya nak tengok cerita hantu kat limah, tapi dah habis tayangan ,tengok je cerita Khurafat.

sementara menunggu wayang yang lama lagi tayangannya, pergi makan dulu dekat food court the mines,wah dah menarik dan selesa dekat sini.
tengok senarai menu yang terdapat di gerai claypot ini. yummm, sedap kan.
cara penyediaan, nasi di masak dalam pot,selepas itu dicampur bahan-bahan lain seperti yang di pesan oleh pelanggan. Saya pesan ayam black paper plus sayur plus telur.

tekun abg ini menyediakan makanan yang dipesan
tak leh mak makan , panas lagi.

untuk sampai kesini:
pengunjung boleh menaiki komuter KTM ke stesen serdang, dari sini banyak bas dan teksi ke the mines ini. untuk maklumat lanjut klik disini