Baru-baru iaitu pada 14 -16 januari 2011 bertempat di Shah Alam Convention Centre(SACC) berlansung MATTA International Fair Selangor Umrah and Muslim Travel Destinations(MASUM) 2011.Pameran ini disertai oleh agen-agen pelancongan ,hotel-hotel, syarikat penerbangan dan badan-badan pelancongan seperti Selangor Tourism.
Pada pameran seperti inilah pengunjung-pengunjung dapat melihat harga-harga pakej yang ditawarkan sangat menarik dan berbaloi. Antara pakej-pakej yang menarik ialah pakej umrah dan lawatan ke negara- negara timur tengah. Pengunjung yang membeli pakej-pakej pelancongan disini tidak perlu risau lagi tentang masalah makanan yang lazimnya menjadi kesulitan bagi yang beragama Islam.
Salah satu booth yang menarik ramai pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut berkenaaan dengan pakej yang ditawarkan.Pengunjung yang hadir boleh membawa pulang hadiaah dengan menjawab soalan-soalan kuiz, cabutan bertuah yang ditawarkan oleh pihak penganjur.
Berikut merupakan pameran pelancongan di Malaysia
Program: MATTA Fair Kuala Lumpur 2011
Tarikh : 11- 13 Mac 2011
Tarikh : 11- 13 Mac 2011
Tempat : Putra World Trade Centre,Kuala Lumpur
untuk maklumat lanjut klik disini.
Program: Malaysian Tourism Fair 2011
Tarikh: 20-22 May 2011
Tempat :Putra World Trade Centre,Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment