Saturday, November 26, 2011

Jusco Card Day




Jusco Card Day
23.Nov-24 Nov 2011.
Bukit Tinggi, Klang
Nak beli ape ye ngan voucher ni.?

Monday, October 24, 2011

Muara Marketing

ingin mendapatkan produk muara marketing , dan ingin menjadi sebahagian daripada keluarga muara

produk terlaris...

,sila hubungi saya(012-3633909) saya sedia menghantar kepada anda atau email: (arebue83@yahoo.com) 
atau

Sunday, September 4, 2011

RAYA, KENDURI & ADVANTURE




Selamat menyambut Hari Raya Adil Fitri
Suasana di rumah di pagi hari raya yang pertama,sessi bermaafan sekeluarga.
Sebelum hari  raya sempat juga membeli belah di Temerloh ini, suasana memang meriah setiap kali musim raya, kereta bertambah berkali-kali ganda di bandar temerloh ini.Setiap kali raya, di depan stesen bas lama, memang menjadi tumpuan warga temerloh membeli keperluan masing-masing,antaranya pakaian, makanan, kuih muih, bunga api, bunga-bunga DLL.

Dalam membeli belah sempat juga berjumpa dengan kawan-kawan lama, amir, ayeem,syawal ,
sampai 3 kali jumpa pun ada, siap bagi kad kahwin lagi huk..huk..,

Raya tahun ini ,banyak berkunjung rumah sedara mara sahaja, cos kawan-kawan ramai dah kahwin, raya ngan makpak mentua kot. 


Di hari raya kelima, sempat pergi ke taman negara, di Jerantut. itu pun cos ada kenduri kahwin di
Kuala Tahan ini.

Bergambar di Taman Negara




Selepas sarapan di restoran terapung, kami naik bot ke seberang dengan harga RM 1.00 seorang.


 Besar- besar pokok di dalam Taman Negara ini.

 Kami memilih untuk berjalan kaki ke kanopi walk ini daripada menaiki bot. Jauh gak  lebih setengah jam berjalan,jalannya juga mencabar untuk sampai ke kanopi walk.Nasib baiklah ada air yang dijual di kaunter tiket di kanopi ini,dapat menghilangkan dahaga.


Harga tiket untuk menaiki kanopi ini ialah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.


siap boleh pengang pucuk pokok lagi, jangan cabut plak .


Setelah penat dan lapar....
kenduri kahwin tempat yang dituju.
Taniah dan Selamat Pengantin Baru buat
Miza & Jeff

Bergambar kenangan abg uda,dila dengan pengantin

Keseronokan di kampung ini sampai x muat rumah nak tengok pengantin sampai tingkap pun penuh,
macam artis , siap meja-meja makan kosong cos nak tengok pengantin.

Wednesday, July 6, 2011

Groupon Malaysia

ingin dapat kupon harian seperti diskaun makanan,hotel,rawatan dan lain-lain




join ini ,best.

Tuesday, July 5, 2011

Konvokesyen Open Universiti Malaysia-10


Tahniah buat kakak yang telah di anugerahkan Ijazah Sarjana Muda dlm bidang pendidikan baru-baru ini di PWTC Kuala Lumpur.

 klik!!!

bergambar selepas selesai sessi penganugerahan ijazah

Wednesday, June 29, 2011

Pesta Buku Negeri Selangor 2011 @ SACC Shah Alam, Selangor

Bermula dari 24 Jun Hingga 3 Julai 2011 ini, berlangsung Pesta Buku Negeri Selangor 2011 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre iaitu bersebelahan dengan SACC mall dan PKNS.
Dari jam 10.00pagi hingga 9malam.
Kepada yang ingin pergi hari bekerja mungkin tidak menghadapi masalah untuk parking kereta, tapi pada hujung minggu keadaan disini sangat sesek dengan kenderaan yang park kereta di kiri-kanan jalan.
Kepada yang nak parking cuba try parking yang paling atas kat SACC Mall, mungkin ada yang kosong
untuk hari sabtu dan ahad kadar yang dikenakan cuma RM2 sahaja.
suasana di dalam dewan pameran.





pelbagai bahan bacaan terdapat di pesta buku ini, kebanyakkan buku-buku ilmiah kerohanian, dan bahan-bahan pembelajaran untuk kanak-kanak.Terdapat juga servis urutan kaki disini dan seni khat.

watak yang popular masakini dikalangan kanak-kanak dan dewasa.
upin & ipin

Tuesday, June 28, 2011

Saturday, April 2, 2011

Rumah Rehat Temerloh, Pahang

Rumah Rehat ini terletak di atas bukit kecil berhampiran dengan Hotel Seri Malaysia dan Masjid Abu Bakar. Dari luar kelihatan seperti bangunan lama, tetapi didalam terdapat restoran yang antara popular di
Temerloh ini. Kebiasaaanya pengunjung akan datang pada waktu malam hujung minggu kerana suasana yang selesa untuk keluarga atau kawan-kawan berkumpul dan menyamu selera.

hmmm.. nak makan ape ye?
order-oder
pelbagai jenis masakan ada disini. dari nasi,mee, kuehtiow,western food hinggala menu yang popular
iaitu steamboat



set steambot untuk 6 orang makan,sup memang best





chicken chop. kuah punya la banyak,rasa boleh tahan.tidak terlampau masin dan tidak terlampau tawar, 
memang best.

ini kuehtiow kantonis, mesti try. best

ini harga untuk 7 orang makan pada malam itu
 makan steamboat untuk 6 orang (memang cukup),chicken chop 1pinggan,kuehtiow kantonis 1 pinggan,
Mee Goreng 1 pinggan
air tembikai 1 jug, air epal 1 jug.
semuanya RM130.90.
seorang lebih kurang RM19.00

Saturday, March 5, 2011

Sungai Tua, Hulu Yam, Selangor

Sungai Tua ini terletak berdekatan dengan batu caves dan hanya tidak sampai setangah jam dari pusat bandar Kuala Lumpur, Kalau dari Shah Alam 1 jam sahaja(kalau tak jem plus sesat). Tempat seperti ini boleh dikatakan sebagai salah satu tempat untuk berehat di dalam hutan dan lari dari kesibukan kota Kuala Lumpur.

Untuk kesini pengunjung perlu pergi ke Batu Caves, dan ikut sign board ke Ulu Yam, pengunjung akan melalui empangan hidro Batu(Batu dam) dan akan melalui jalan yang agak bengkang-bengkok, untuk sampai ke Ulu Yam ini yang lebih kurang 7 km dari Batu Caves.

ha..ha.. bagi yang berkonvoi tu, pastikan bergerak bersama-sama sebelum memasuki kawasan Ulu Yam kerana line telifon bimbit memang agar sukar, boleh dikatakan tak ada langsung.

pintu yang kami masuk ke kawasan sg. tua, tak tau pintu yang keberapa?, banyak sangat dari air terjun sampai la jeram-jeram sungai. kat sini bayaran masuk RM1 seorang, parking kereta memang ada,
kena datang awal kerana tempat seperti ini akan ramai orang menjelang tengah hari terutamanya hari hujung minggu.

kawasan yang kami masuk ini mempunyai tapak perkemehan dan parking kereta yang banyak.Juga mempunyai  jambatan gantung dan laluan perjalan kaki yang selesa.
Tapi tandasnya agak kotor dan tidak diurus dengan baik.

wah.. seronok tengok makanan kek ada, nasi lemak, nasi goreng, ayam bakar, keropok, sosej , bla..bla....
dah makan- makan apa lagi mandi la..,

suasana sekitar Sg Tua,
makan..... mandi...makan.... balik...

Sunday, February 27, 2011

I am Number Four


malam minggu malam untuk berlibur, ini saja masa  untuk berjalan-jalan,berehatkan minda sambil santai mencari tempat-tempat menarik untuk makan dan lepak. Selepas makan malan dekat SS2 ,tanpa dirancang terus ke the Curve untuk tengok wayang.

sampai pun dah lewat, tengok orang ramai pun beratur panjang, tak tahu ada tiket lagi ke tak
movie yang tengok malam tu, cerita I am Number Four, memang penuh orang cerita ini, 
tempat duduk yang paling sesuai untuk kami ialah seat yang paling depan sekali.huk.huk..


cerita I Am Number Four ini ,memang boleh dikatakan rugi kalau tak tengok, memang best.
 movie ini mengisahkan bayi yang dihantar ke bumi untuk diselamatkan disebabkan dunia mereka(Lorien) telah dimusnahkan oleh puak Mogadorians dan terus memburu 9 bayi ini dibumi.

setelah tiga yang awal telah dibunah ,dan yang ke-4 kini diburu lakonan Alex Pettyfer, Akibat bosan berpindah randah, John Smith(Alex Pettyfer) ini ingin hidup seperti remaja-remaja lain, bersosial dan pergi ke sekolah, Di sekolah John ini bertemu dengan gadis yang merupakan jurufoto.





Pertempuran berlaku antara John yang masih mencari power yang ada pada dirinya dengan puak 
Mogadorians dibantu oleh wanita (Number 6).

Movie ini memang best, aksi,cinta, persahabatb, sedih pun ada gak.


suka sangat la, duduk seat yang paling depan, rasa nak baring je kat bawah, 
tapi best gak, lega sikit kaki, sound kuat giler, memang banyak kali terkejut dibuatnya.
ada orang beli handbeg baru...


Wednesday, February 23, 2011

Sini Ada Hantu



 GSC alamanda, komen....best jgk, sbb de lawak dalam serius.Rating bagi 3.5/5.Awek GSC yang friendly.he3....
                                      Gaya pelakon2 "Sini de Han2"..................

                                                     kyusuk n excited nak tunggu cite nak stat. Mam dulu.....

Tuesday, February 22, 2011

Palma Cafe A Malaysian Bistro, SACC Mall, Shah Alam Selangor




Palma Cafe ini terletak di tingkat bawah SACC Mall Shah Alam,menyajikan masakan tradisi melayu, seperti nasi dagang, nasi kerabu ayam percik dan juga makanan barat serta pelbagai jenis mee.

palma cafe ini diuruskan oleh De Palma Hotels,yang hotelnya ada di sekitar negeri selangor,






order-order, saya nak....

antara menu yang dipesan, rasanya ok, boleh dimakan, nak kata best tu, biasa sahaja, cuma makanan untuk sampai dimeja agak lama, sempat la habis baca suratkhabar dulu.huk..huk..
suasana di dalam Palma Cafe ini. Harga makanan adalah berpatutan,cuma ada cas perkhidmatan dan cukai kerajaan.