nuffnNg

Sunday, September 4, 2011

RAYA, KENDURI & ADVANTURE




Selamat menyambut Hari Raya Adil Fitri
Suasana di rumah di pagi hari raya yang pertama,sessi bermaafan sekeluarga.
Sebelum hari  raya sempat juga membeli belah di Temerloh ini, suasana memang meriah setiap kali musim raya, kereta bertambah berkali-kali ganda di bandar temerloh ini.Setiap kali raya, di depan stesen bas lama, memang menjadi tumpuan warga temerloh membeli keperluan masing-masing,antaranya pakaian, makanan, kuih muih, bunga api, bunga-bunga DLL.

Dalam membeli belah sempat juga berjumpa dengan kawan-kawan lama, amir, ayeem,syawal ,
sampai 3 kali jumpa pun ada, siap bagi kad kahwin lagi huk..huk..,

Raya tahun ini ,banyak berkunjung rumah sedara mara sahaja, cos kawan-kawan ramai dah kahwin, raya ngan makpak mentua kot. 


Di hari raya kelima, sempat pergi ke taman negara, di Jerantut. itu pun cos ada kenduri kahwin di
Kuala Tahan ini.

Bergambar di Taman Negara




Selepas sarapan di restoran terapung, kami naik bot ke seberang dengan harga RM 1.00 seorang.


 Besar- besar pokok di dalam Taman Negara ini.

 Kami memilih untuk berjalan kaki ke kanopi walk ini daripada menaiki bot. Jauh gak  lebih setengah jam berjalan,jalannya juga mencabar untuk sampai ke kanopi walk.Nasib baiklah ada air yang dijual di kaunter tiket di kanopi ini,dapat menghilangkan dahaga.


Harga tiket untuk menaiki kanopi ini ialah RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.


siap boleh pengang pucuk pokok lagi, jangan cabut plak .


Setelah penat dan lapar....
kenduri kahwin tempat yang dituju.
Taniah dan Selamat Pengantin Baru buat
Miza & Jeff

Bergambar kenangan abg uda,dila dengan pengantin

Keseronokan di kampung ini sampai x muat rumah nak tengok pengantin sampai tingkap pun penuh,
macam artis , siap meja-meja makan kosong cos nak tengok pengantin.

No comments: