Saturday, April 2, 2011

Rumah Rehat Temerloh, Pahang

Rumah Rehat ini terletak di atas bukit kecil berhampiran dengan Hotel Seri Malaysia dan Masjid Abu Bakar. Dari luar kelihatan seperti bangunan lama, tetapi didalam terdapat restoran yang antara popular di
Temerloh ini. Kebiasaaanya pengunjung akan datang pada waktu malam hujung minggu kerana suasana yang selesa untuk keluarga atau kawan-kawan berkumpul dan menyamu selera.

hmmm.. nak makan ape ye?
order-oder
pelbagai jenis masakan ada disini. dari nasi,mee, kuehtiow,western food hinggala menu yang popular
iaitu steamboat



set steambot untuk 6 orang makan,sup memang best





chicken chop. kuah punya la banyak,rasa boleh tahan.tidak terlampau masin dan tidak terlampau tawar, 
memang best.

ini kuehtiow kantonis, mesti try. best

ini harga untuk 7 orang makan pada malam itu
 makan steamboat untuk 6 orang (memang cukup),chicken chop 1pinggan,kuehtiow kantonis 1 pinggan,
Mee Goreng 1 pinggan
air tembikai 1 jug, air epal 1 jug.
semuanya RM130.90.
seorang lebih kurang RM19.00

Saturday, March 5, 2011

Sungai Tua, Hulu Yam, Selangor

Sungai Tua ini terletak berdekatan dengan batu caves dan hanya tidak sampai setangah jam dari pusat bandar Kuala Lumpur, Kalau dari Shah Alam 1 jam sahaja(kalau tak jem plus sesat). Tempat seperti ini boleh dikatakan sebagai salah satu tempat untuk berehat di dalam hutan dan lari dari kesibukan kota Kuala Lumpur.

Untuk kesini pengunjung perlu pergi ke Batu Caves, dan ikut sign board ke Ulu Yam, pengunjung akan melalui empangan hidro Batu(Batu dam) dan akan melalui jalan yang agak bengkang-bengkok, untuk sampai ke Ulu Yam ini yang lebih kurang 7 km dari Batu Caves.

ha..ha.. bagi yang berkonvoi tu, pastikan bergerak bersama-sama sebelum memasuki kawasan Ulu Yam kerana line telifon bimbit memang agar sukar, boleh dikatakan tak ada langsung.

pintu yang kami masuk ke kawasan sg. tua, tak tau pintu yang keberapa?, banyak sangat dari air terjun sampai la jeram-jeram sungai. kat sini bayaran masuk RM1 seorang, parking kereta memang ada,
kena datang awal kerana tempat seperti ini akan ramai orang menjelang tengah hari terutamanya hari hujung minggu.

kawasan yang kami masuk ini mempunyai tapak perkemehan dan parking kereta yang banyak.Juga mempunyai  jambatan gantung dan laluan perjalan kaki yang selesa.
Tapi tandasnya agak kotor dan tidak diurus dengan baik.

wah.. seronok tengok makanan kek ada, nasi lemak, nasi goreng, ayam bakar, keropok, sosej , bla..bla....
dah makan- makan apa lagi mandi la..,

suasana sekitar Sg Tua,
makan..... mandi...makan.... balik...

Sunday, February 27, 2011

I am Number Four


malam minggu malam untuk berlibur, ini saja masa  untuk berjalan-jalan,berehatkan minda sambil santai mencari tempat-tempat menarik untuk makan dan lepak. Selepas makan malan dekat SS2 ,tanpa dirancang terus ke the Curve untuk tengok wayang.

sampai pun dah lewat, tengok orang ramai pun beratur panjang, tak tahu ada tiket lagi ke tak
movie yang tengok malam tu, cerita I am Number Four, memang penuh orang cerita ini, 
tempat duduk yang paling sesuai untuk kami ialah seat yang paling depan sekali.huk.huk..


cerita I Am Number Four ini ,memang boleh dikatakan rugi kalau tak tengok, memang best.
 movie ini mengisahkan bayi yang dihantar ke bumi untuk diselamatkan disebabkan dunia mereka(Lorien) telah dimusnahkan oleh puak Mogadorians dan terus memburu 9 bayi ini dibumi.

setelah tiga yang awal telah dibunah ,dan yang ke-4 kini diburu lakonan Alex Pettyfer, Akibat bosan berpindah randah, John Smith(Alex Pettyfer) ini ingin hidup seperti remaja-remaja lain, bersosial dan pergi ke sekolah, Di sekolah John ini bertemu dengan gadis yang merupakan jurufoto.





Pertempuran berlaku antara John yang masih mencari power yang ada pada dirinya dengan puak 
Mogadorians dibantu oleh wanita (Number 6).

Movie ini memang best, aksi,cinta, persahabatb, sedih pun ada gak.


suka sangat la, duduk seat yang paling depan, rasa nak baring je kat bawah, 
tapi best gak, lega sikit kaki, sound kuat giler, memang banyak kali terkejut dibuatnya.
ada orang beli handbeg baru...


Wednesday, February 23, 2011

Sini Ada Hantu



 GSC alamanda, komen....best jgk, sbb de lawak dalam serius.Rating bagi 3.5/5.Awek GSC yang friendly.he3....
                                      Gaya pelakon2 "Sini de Han2"..................

                                                     kyusuk n excited nak tunggu cite nak stat. Mam dulu.....

Tuesday, February 22, 2011

Palma Cafe A Malaysian Bistro, SACC Mall, Shah Alam Selangor




Palma Cafe ini terletak di tingkat bawah SACC Mall Shah Alam,menyajikan masakan tradisi melayu, seperti nasi dagang, nasi kerabu ayam percik dan juga makanan barat serta pelbagai jenis mee.

palma cafe ini diuruskan oleh De Palma Hotels,yang hotelnya ada di sekitar negeri selangor,






order-order, saya nak....

antara menu yang dipesan, rasanya ok, boleh dimakan, nak kata best tu, biasa sahaja, cuma makanan untuk sampai dimeja agak lama, sempat la habis baca suratkhabar dulu.huk..huk..
suasana di dalam Palma Cafe ini. Harga makanan adalah berpatutan,cuma ada cas perkhidmatan dan cukai kerajaan.

Monday, February 21, 2011

Rehat dan Rawat (R&R)


Rehat dan rawat, mcm kat highway plak, memang releks duduk atas mesin urut ini ,dengan hanya permulaan RM1, badan anda akan diurut selama 3 minit, bayar lebih lagi lama.
memang best, mesti try, nk beli mahal..huk..huk...
geli, sakit, best semua ada


Sunday, February 13, 2011

Pameran Pengantin Malaysia 2011

bermula hari jumaat yang lalu sehingga hari ahad (11-13 Febuari 2011) berlansung pameran Penganting Malaysia 2011 di Shah Alam Convention Centre(SACC) shah alam.
Orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam dewan pameran, kebanyakan yang hadir adalah bakal-bakal pengantin yang akan mendirikan rumah tangga. Dengan adanya pameran seperti ini, bakal-bakal pengantin dapat melengkapkan lagi majlis yang bakal berlangsung nanti. Antara booth yang ada dipameran ini ialah, perkhidmatan catering, kad-kad jemputan kahwin, pakej persandingan,perkhidmatan photographer dan banyak lagi.

Antara aktiviti yang dijalankan bagi menarik pengunjung untuk datang kesini dengan soalan -soalan kuiz,bagi membolehkan pegunjung memenangi baucher diskaun.









suasana di dalam dewan pameran,
Jangan ketinggalan kepada bakal pengantin untuk hadir kesini.


Wednesday, February 9, 2011

MATTA International Fair Selangor Umrah and Muslim Travel Destinations(MASUM) 2011

Baru-baru iaitu pada 14 -16 januari 2011 bertempat di Shah Alam Convention Centre(SACC) berlansung MATTA International Fair Selangor Umrah and Muslim Travel Destinations(MASUM) 2011.Pameran ini disertai oleh agen-agen pelancongan ,hotel-hotel, syarikat penerbangan dan badan-badan pelancongan seperti Selangor Tourism.

Pada pameran seperti inilah pengunjung-pengunjung dapat melihat harga-harga pakej yang ditawarkan sangat menarik dan berbaloi. Antara pakej-pakej yang menarik ialah pakej umrah dan lawatan ke negara- negara timur tengah. Pengunjung yang membeli pakej-pakej pelancongan disini tidak perlu risau lagi tentang masalah makanan yang lazimnya menjadi kesulitan bagi yang beragama Islam.

Salah satu booth yang menarik ramai pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut berkenaaan dengan pakej yang ditawarkan.Pengunjung yang hadir boleh membawa pulang hadiaah dengan menjawab soalan-soalan kuiz, cabutan bertuah  yang ditawarkan oleh pihak penganjur.

Berikut merupakan pameran pelancongan di Malaysia
Program: MATTA Fair Kuala Lumpur 2011
Tarikh : 11- 13 Mac 2011
Tempat : Putra World Trade Centre,Kuala Lumpur

untuk maklumat lanjut klik disini.



Program: Malaysian Tourism Fair 2011
Tarikh: 20-22 May 2011
Tempat :Putra World Trade Centre,Kuala Lumpur









Saturday, February 5, 2011

the mines,seri kembangan, selangor


 Sudah lama sebenarnya tidak berkunjung ke the mines, seri kembangan ini, Agak terkejut juga kerana suasana dalam mall ini telah banyak berubah sudah semakin segar dan selesa untuk berjalan-jalan, makan dan membeli belah. Dulu disi memang menjadi antara tempat popular untuk mencari membeli gajet elektronik seperti handphone dan komputer
Parking pula sangat mudah kerana parkingnya memakai system sensor yang dapat mencari parking dengan mudah dan cepat. Harga parking kereta adalah RM2 untuk hari sabtu dan ahad,RM1 untuk hari lain,
Sebenar kesini adalah untuk menonton wayang di TGV , cadangannya nak tengok cerita hantu kat limah, tapi dah habis tayangan ,tengok je cerita Khurafat.

sementara menunggu wayang yang lama lagi tayangannya, pergi makan dulu dekat food court the mines,wah dah menarik dan selesa dekat sini.
tengok senarai menu yang terdapat di gerai claypot ini. yummm, sedap kan.
cara penyediaan, nasi di masak dalam pot,selepas itu dicampur bahan-bahan lain seperti yang di pesan oleh pelanggan. Saya pesan ayam black paper plus sayur plus telur.

tekun abg ini menyediakan makanan yang dipesan
tak leh mak makan , panas lagi.

untuk sampai kesini:
pengunjung boleh menaiki komuter KTM ke stesen serdang, dari sini banyak bas dan teksi ke the mines ini. untuk maklumat lanjut klik disini








Tuesday, February 1, 2011

Gambang Waterpark, Kuantan Pahang


Gambang waterpark memberikan keseronokan berterusan di kawasan 60 ekar dikelilingi oleh pokok yang menghijau dan 20 ekar tasik buatan. Gambang waterpark ini sangat sesuai untuk seisi keluarga bersantai dihujung minggu kerana terdapat permainan khas untuk kanak-kanak seperti Penguin Island,permainan untuk dewasa seperti 6 Race Racer dan permainan untuk seisi keluarga(Journey of Ice).



Tarikan terbaru di Gambang Waterpark ini, iaitu Safari Park


Park Districts: Park Zones: Operation Hours:
Simba Hill Walking 10.00am – 10.00pm
Foreign Village Walking 10.00am – 10.00pm
Forest Land Walking 10.00am – 6.00pm
Night Jungle Walking 6.00pm – 10.00pm
Wild Savannah Tram Drive Through 10.00am – 6.00pm








mari kesini, dijanjikan kepuasan .



suasana gambar waterpark dari pandangan jauh, untuk maklumat lanjut klik disini. Harga tiket ke  Gambang waterpark ialah RM21.90 untuk dewasa dan RM14.90 untuk kanak-kanak, percuma bagi 90cm kebawah.Waktu operasi ialah isnin -jumaat dari jam 11 pagi hingga 6 petang, sabtu dan ahad, dari jam 10 pagi hingga 6 petang, tutup pada hari selasa kecuali cuti umum dan cuti sekolah.



bergambar selepas memasuki gambang waterpark
 lalauan perjalanan untuk ke Gambar Waterpark, dari Kuala lumpur teruk ke gombak masuk Lebuhraya Karak ke Bentong, selepas itu terus masuk ke lebuhraya pantai timur(ECE), keluar di susur Gambang ,masuk simpang kiri ke gambang /kuantan. Gambang waterpark terletak di sebelah kiri jalan ke Kuantan ini.
UNtuk maklumat lanjut klik disini

kedai cendermata yang menjual pakaian dan peralatan mandian



 tag tiket(wrist band) yang mengandungi e-value yang digunakan semasa di dalam waterpark ini seperti membeli makanan, menyewa loker, pelampung dan lain-lain.  Tiket ini boleh di top up dan baki yang terdapat boleh dituntut semula apabila keluar nanti.


best kat coco beach nie, sesuai bersantai seisi keluarga kerana suasana pantainya dikelilingi hutan di kiri kanan, disamping pengunjung dapat merasai seperti berada di pandai sebenar dengan ombak dan pasair yang memutih,

peta permainan  di dalam waterpark ini
susasana seperti berada di pantai sebenar,dengan pasir pantai sejauh 1 kilometer.

6 lane racer, huk..huk.. memang seram sejuk naik permainan ini, naik sekali aje, tak berani dah,must try, rugi kalau tak naik. Antara permainan yang lain yang memang mencabar ialah Canopy slide, Galaxy Slide

suasana seperti berada dalam hutan je, memang sejuk dan tenang aje kawasan ini.

family raft ride, merupakan yang terpanjang di malaysia, memang seram, dah kene panjat bukit dengan menaiki tangga, dah tu, dikelilingi batang-batang pokok dikiri kanan, memang best naik ramai-ramai baru terasa impaknya, rasa macam nak terkeluar je.


selepas puas main makan askrim ,yumm.yumm
klik google map disini