Saturday, May 1, 2010

Bandar Dungun, Terengganu





Bandar Dungun dikatakan terkenal kerana aktiviti perlombongan pada masa dahulu, kini lebih dikenali sebagai Bandar Ikan Tenggiri kerana penangkapan ikan tenggiri yang banyak di daerah ini. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan bandar Dungun ini boleh la klik disini.

Untuk kesini, pengunjung boleh melalui lebuh raya pantai timur (LPT) ke Jabur jika dari Kuala Lumpur 
dan masuk ke jalan Jerangau-Jabur dan boleh juga boleh melalui jalan pantai Kuantan-Kuala Terengganu.

Ini antara pemandangan di pantai di bandar Dungun ini, Waktu ini angin bertiup kencang kerana hari macam nak hujan je.Tengok keadaan pantai ini, tidak sesuai untuk mandi kerana pantainya yang curam
  dan merbahaya. Tebingnya macam dah terhakis dek ombak.

pantai di tambak bagi mengelak hakisan dan amat sesuai bagi mereka yang minat memancing.

Selelah pusing- pusing di bandar Dungun ini, singgah jab kat pasar malam.
Banyak ngak makanan yang dijual disini , antaranya satay ikan ini,
ingat dulu masa kanak-kanak je dapat makan satay nie,
tak sangka ada jual plak kat sini.. Sedapppp.  

 Tak lengkap kalau tak beli keropok lekor untuk dibawa pulang.

Thursday, February 25, 2010

Pulau Perhentian, Besut ,Terengganu

Kunjungan kali ini mengimbau kembali kunjungan kali pertama pada 2006 yang lalu. Pada 2006, memempuhi perjalanan yang jauh menaiki bas dari Shah Alam melalui negeri Pahang dan Terengganu untuk sampai di jeti Kuala Besut. Kali ini perjalanan menjadi lebih singkat tetapi mencabar melalui lebuhraya Grik dari Bkt. Kayu Hitam ke Kuala Besut.

keadaan di Jeti Kuala Besut, Terengganu.

Selepas berehat bermalam di rumah kawan di Besut, kami bertolak ke pulau perhentian besar dengan menaiki speedboat. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25 minit dengan laut pada hari itu agak tenang, sebaiki sahaja boat bergerak suasana di atas boat agak riuh dengan suara menjerit dan gelak-tawa, sampai kita pun rasa takut gak apabila ombak memukul bot.

Suasana sebelum berlepas, pemakaian jaket keselamatan dan pendaftaran diri dimestikan bagi setiap penumpang bot.

Tempat penginapan kami di watercolour resort, di pulau perhentian besar. Chalet yang terdapat disini ini sangat sesuai bagi mereka yang buget dalam percutian. Dengan kadar semalam serendah Rm60 sehingga RM130 . Kemudahan di dalam chalet ialah kipas angin ,bilik air dengan shower dan katil untuk 2 orang.

suasana petang di watercolour resorts


antara makanan yang disajikan di watercolour resort, secara keseluruhan makanan disini sangat memuaskan.


Aktiviti yang ditunggu-tunggu apabila sampai di pulau ini ialah snorkelling, sebanyak 2 trip snorkelling dengan setiap trip mengambil masa 2 jam setengah dengan 3 tempat yang berbeza-beza.

kerana tidak ada kamera yang boleh masuk air, tak boleh la ambil gambar batu karang dan hidupan di dalam laut ini, cuma gambar ikan dari atas aje la. Kami agak bertuah kerana dapat melihat kelibat penyu semasa melalukan snorkelling ini.



Aktiviti scuba turut terdapat disini.

antara aktiviti lain yang boleh dlakukan ialan seperti berkayak mengelilingi pulau,
jungle trekking dan aktiviti sukan pantai.

pemandangan pulau perhentian dari atas bukit.


Sunday, January 17, 2010

Teluk Cempedak, Kuantan Pahang

Teluk Cempedak merupakan antara pantai yang popular di negeri Pahang. Terletak hanya 5 km daripada bandar Kuantan dan berhampiran dengan Kelab Golf Diraja Pahang. Pantai ini lebih dikenali oleh masyarakat setempat dengan nama TC yang bermaksud Teluk Cempedak merupakan tempat tumpuan dihujung minggu. Dengan pantai yang memutih dan dikelilingi dengan batu-batuan ,rimbunan pokok-pokok serta angin pantai yang bertiup terasa sangat menyegarkaan.






Terdapat juga menghibur jalanan disini, seperti gambar diatas pertunjukan haiwan berbisa iaitu ular. Ramai pengunjung tertarik dan tidak melepaskan peluang untuk menyentuh dan bergambar. Terdapat juga disini pelukis potret gambar.
Pemandandan pantai Teluk Cempedak diwaktu petang. Antara kemudahan lain yang terdapat disini ialah tandas, bilik mandi, surau, gerai makanan dan pakaian,taman permainan kanak-kanak, restoran, KFC, Mcdonald, laluan riadah dan jungle Tracking,

Dengan adanya kemudahan rumah rehat disini, memudahkan bagii mereka yang ingin bermalam disini Antaranya  Hotel Hyatt Regency. Pantai TC ini tidak digalakkan untuk aktiviti mandi manda pada musim monson timur laut iaitu antara bulan November hingga Mac kerana ombak pantainya kadang-kadang merbahaya dan ganas.

Untuk kesini,pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur boleh melalui Lebuh Raya Pantai Timur di Gombak dan ambil susur keluar Kuantan atau Gambang terus ikut signboard Teluk Cempedak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Pengunjung juga boleh menaiki pengangkutan awan seperti bas dan taxi dari bandar Kuantan.
Tarikan yang terbaru di Teluk Cempedak ini dan baru dibuka ialah gerai- gerai jualan barang dan pakaian ala- ala uptown. Terdapat pelbagai pakaian , barangan kulit, alat mainan, jam tangan , minyak wangi , cermin mata dijual disini.

Setelah puas berjalan di Teluk Cempedak,seterusnya tempat yang ditujui dan matlamat utama ialah di Stadium Darul Makmur untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super antara Pahang dengan Terengganu team(T-Team).
Berkat sokongan dan maki hamun dari kami, Pahang menang dengan jaringan 2 - 1. Perjalanan pulang diraikan dengan sorak gembira. Ditengah perjalanan menaiki bas semunya letih tertidur.

klik google map disini
View Larger Map

Friday, December 4, 2009

langkawi

Rancangan ke Langkawi bermula dengan bual- bual kosong sahaja. Kami pergi ke langkawi dengan menaiki feri di jeti Kuala Perlis dengan harga Rm18 sehala. Sepanjang perjalanan menaiki feri selama 45 minit kami disajikan dengan pemandangan pulau dan air laut yang indah dan mempersonakan.


Baru sampai di jeti Kuah, langkawi. Langkawi merupakan salah satu pulau yang popular di Malaysia dan juga antarabangsa. Sekarang ini langkawi dikenali sebagai Langkawi Geopark. Kemudahan yang disediakan disini sangat memuaskan.

Kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan teksi kerana memudahkan untuk mengunjungi tempat- tempat yang menarik di pulau langkawi ini. Harga untuk sehari perjalanan adalah RM80.00 bagi sebuah van.

tempat pertama yang dikunjungi ialah kedai menjual barangan berasaskan gamat. Disini terdapat pelbagai jenid produk antaranya sabun gamat, minyak panas gamat, pencuci muka gamat, ubat gigi gamat, bedak sejut gamat dan banyak lagi. Disini juga pengunjung dapat merasai air tongkak ali. Wah.. rasanya sangat pahit, dapat juga telan 2 teguk.

Agak malang juga kunjungan kali ini untuk menaiki kereta kabel Langkawi kerana hujan yang agak lebat juga. Ramai yang berada disini kelihatan agak kecewa dan ada yang menunggu mengharap hujan akan berhenti turun. Kereta kabel ini terletak di Gunung Machincang dengan jarak 30 minit dari pekan Kuah. Dikatakan pengunjung dapat melihat keseluruhan pulau lagenda ini, dan jika cuaca cerah dapat melihat Indonesia dan juga Thailand.

Pantai Chenang merupakan pantai yang popular di Langkawi yang terletak lebih kurang 17km dari pekan Kuah.Disini kebanyakan aktiviti dan acara pantai diadakan. Di sepanjang pantai ini terdapat pelbagai jenis hotel dan rumah tumpangan dengan harga mengikut bajet anda. Antara aktiviti air yang ada ialah jet sky, banana bot, berkayak dan sukan pantai.
pemandangan pantai di waktu petang.




Sebelum pulang singgah sebentar di Kedai Hj. Ismail untuk membeli coklat. Kedai Hj. Ismail ini terletak di Pekan Kuah merupakan kedai yang popular di sini disamping harganya yang berpatutan. Sempat membeli coklat dan set pisau untuk dibawa pulang.

Tuesday, November 3, 2009

Memori Putrajaya & Kuala Lumpur



Putrajaya merupakan pusat pentadbiran negara dan jaraknya dari Kuala Lumpur ialah 25km.
Di sini terletaknya pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati antaranya masjid putrajaya, Taman Botani, Tasik Putrajaya, Wetland, Taman Warisan Pertanian dan Alamanda.
Masjid Putrajaya yang menjadi lambang agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Kedudukan masjid merah jambu ini terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya dan Dataran Perdana. Masjid ini dibina selama 2 tahun iaitu dari 1997 hingga 1999 berkonsepkan timur tengah dan tradisional melayu.

Keindahan senibina bangunan dan jambatan yang menerapkan ciri-ciri kesenian Islam dengan rekabentuk yang menarik.

Tasik Putrajaya menawarkan Perkhidmatan bot. Terdapat pelbagai jenis bot yang disediakan antaranya Dondang Sayang Perahu(gambar atas) dan Belimbing Sightseeing Cruise Boat
(gambar bawah). Menaiki bot di Tasik Putrajaya ini memberi pengalaman yang sukar dilupakan dengan menikmati panorama Putrajaya dari sudut yang berlainan.




Kuala Lumpur juga merupakan pusat tumpuan bagi sektor kesenian dan kebudayaan, contohnya seperti Istana Budaya,Balai Seni Lukis Negara, Akrib Negara, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.Antara salah satu tempat yang pernah dilawati ialah Galeri Wei-Ling. Galeri Wei-Ling yang terletak di jalan Scott, Brickfields, Kuala Lumpur merupakan tapak bagi artis-artis tempatan dan luar negara untuk mempersembahkan karya-karya mereka. Salah seorang artis yang pernah mempamerkan lukisanya disini ialah Yusuf Ghani. Untuk maklumat lanjut klik
web site galeri Wei-Ling.

Masjid negara merupakan salah satu mercu tanda di Bandaraya Kuala Lumpur. Masjid yang dibina pada tahun 1963 terletak di Jalan Perdana dan boleh menampung sehingga 15,000 jemaah pada satu-satu masa. Pembinaan masjid ini melambangkan warga 1 Malaysia dengan direkabentuk dan dibina oleh orang berketurunan Melayu, Cina dan India. Kemudahan untuk pelancong bukan Islam yang ingin melihat kesenian Islam juga disediakan seperti tandas awam.

Pada tahun melawat Malaysia 2007 ,Eye of Malaysia telah dipasang di Tasik Titiwangsa yang terletak di Kuala Lumpur. Dengan ketinggian 60 meter dan mempunyai 42 gondola pengunjung boleh menikmati panorama Kuala Lumpur selama 12 minit. Eye of Malaysia ini telah dipindahkan ke Melaka pada November 2008.