Saturday, June 22, 2013

Pameran Memancing dan Aktiviti Luar 2013


Sekadar berkongsi maklumat


Pameran Memancing dan Aktiviti Luar 2013,
pada 28-30 Jun 2013
jam 10pg-8mlm
bertempat di SACC convention center, shah alam , selangor
Pameran memancing yang terbesar di Malaysia
masuk adalah percuma


Google MAP
SACC SHAH ALAM




 

Saturday, June 8, 2013

The Legend Cherating




Jalan- jalan kat Cherating, Pahang.lama x pergi sini, masa kecik-kecik dulu je.
hantar kak long belajar kat maktab kuala terengganu, 
stay kat the legend cherantig
 ,booking kat agonda.com.


suasana dalam bilik yang kami stay,semua kemudahan lengkap, i-cond sejuk.tilam nice, deco pun menarik


kemudah bilik air pun lengkap, kemas dan  selesa



 pemandangan dari luar bilik ,nyaman rasa dengan angin bertiup dan bunyi ombak..

petang- petang jalan kat pantai  ada kolam renang, x mandi pun, pantai pun bergelora..
ombak tinggi.


 klik-klik

pantai dah x landai macam dulu, hakisan ombak.









malam jalan-jalan kat badar kuantan, hmmm pegi mana lagi East coast Mall la. 



makan kat Jonny steamboat.


 boleh tahan gak, sambal pun sedap,dah puas makan tgok  wayang kat gsc.




 singgah kat kedai cik ayu  bersama ngan cik adah (Kolej Pertanian Malaysia)
Cik Ayu dah x lama nak kahwin..

 sempat ngak makan ngan cik Ida mon2.
Banyak tul oder lauk, habis plak tu..isk..isk




 


 




Friday, June 7, 2013

Perkahwinan Kak Rima & Najib


Gambar2 baru nak upload majlis perkahwinan sepupu 
03 03 13


 HATAWI catering services..
dah 3 kenduri sepupu mengunakan perkhidmatannye,
terbaik!!!!

majlis pernikahan di malam hari.

Pak Tam juru acara majlis,

keluarga belah pihak lelaki

hantaran...nk satu

Best..ikan patin tempoyak,,,gulai kawah...ikan masin

yummmm..

penuh,, ramai yang datang disebelah malam...

chef gulai kawah

chef ikan patin tempoyak,  MakNdak


deco2 bersama ude..






 hari kenduri...





ramai sedara yang datang

Keluarga Arwah Hj mohd nor

2 more day 
1st anniversary
09 06 13

Thursday, June 6, 2013

Umrah mak ngan abg ude


 pemergian mak dan ude ke tanah suci mekah untuk mergerjakan umrah dengan andalusia travel & tours .TQ ayah Chu ngan family datang di KLIA nie.

 mak ngan kak long




Alhamdulillah, semua selamat pergi dan pulang dengan selamat, 
Semoga kita di jemput  untuk ziarah di bumi Allah ini.


Wednesday, June 5, 2013

Island BBQ Steamboat,Kg. Melayu Subang,ShahAlam



Reunion my wife(ukir 13') kat Island BBQ steamboat,Kg Melayu Subang, Shah Alam.
Restoran ini terletak dalam kawasan kampung, nasib baik ada GPS,.
 Kalau nak kesini,pastikan anda membuat tempahan untuk mengelakkan kecewa pulak..

Steamboatnya ada grill skali dengan pilihan sup biasa atau tom yam, nak mintak tukar kuah pun boleh.

pelbagai jenis pilihan yg di hidangkan seperti berbola-bola, daging, ayam, sotong, udan,nasi goreng,nasi lemak,kueh tiow pun ada.


 Kemudahan yang disediakan seperti surau lelaki dan perempuan, dan toiletnya pun bersih



Suasana di Island BBQ steamboat sgt menarik(tempat makan open air lg), dengan landskapnye, lampunye dan sekali sekala bunyi deruman kapal terbang.

 


 sedappp je tgok udang nie kan.
 



 untuk kesini, 

ISLAND BBQ STEAMBOAT


Lot 3370, Jalan Kemboja,

Seksyen U5, Kg Melayu Subang,

40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

 

TEL: (+6) 012 6 8000 41

GPS : N 03  09.746′   E 101  31.765′