nuffnNg

Sunday, February 27, 2011

I am Number Four


malam minggu malam untuk berlibur, ini saja masa  untuk berjalan-jalan,berehatkan minda sambil santai mencari tempat-tempat menarik untuk makan dan lepak. Selepas makan malan dekat SS2 ,tanpa dirancang terus ke the Curve untuk tengok wayang.

sampai pun dah lewat, tengok orang ramai pun beratur panjang, tak tahu ada tiket lagi ke tak
movie yang tengok malam tu, cerita I am Number Four, memang penuh orang cerita ini, 
tempat duduk yang paling sesuai untuk kami ialah seat yang paling depan sekali.huk.huk..


cerita I Am Number Four ini ,memang boleh dikatakan rugi kalau tak tengok, memang best.
 movie ini mengisahkan bayi yang dihantar ke bumi untuk diselamatkan disebabkan dunia mereka(Lorien) telah dimusnahkan oleh puak Mogadorians dan terus memburu 9 bayi ini dibumi.

setelah tiga yang awal telah dibunah ,dan yang ke-4 kini diburu lakonan Alex Pettyfer, Akibat bosan berpindah randah, John Smith(Alex Pettyfer) ini ingin hidup seperti remaja-remaja lain, bersosial dan pergi ke sekolah, Di sekolah John ini bertemu dengan gadis yang merupakan jurufoto.





Pertempuran berlaku antara John yang masih mencari power yang ada pada dirinya dengan puak 
Mogadorians dibantu oleh wanita (Number 6).

Movie ini memang best, aksi,cinta, persahabatb, sedih pun ada gak.


suka sangat la, duduk seat yang paling depan, rasa nak baring je kat bawah, 
tapi best gak, lega sikit kaki, sound kuat giler, memang banyak kali terkejut dibuatnya.
ada orang beli handbeg baru...


2 comments:

x-boss said...

dating jer

Abu Mansur said...

pergi ramai 4 org la..huk..huk..