nuffnNg

Thursday, July 30, 2009

The Carnivall Sungai Petani

selepas puas berjalan dan melihat festival Kedah sejahtera kat bandar Laguna Merbok,
tempat seterusnya yang dituju ialah 'the carnivall'. Terletak di Sungai Petani,Kedah. Jaraknya lebih kurang 15 minit dari Bandar Alor Setar. Merupakan waterpart terbaru di kawasan utara nie dan menjadi tumpuan org ramai dari penang, kedah dan perlis. Dibuka setiap hari kecuali hari rabu, 10a.m - 8p.m(weekends), 2p.m-8p.m (weekdays),.
tiket masuk dari RM 13.00 hingga RM25.00.
bergambar dipintu masuk sementara menunggu pintu dibuka...dtg awal sangat kerana pukul 2.00 petang baru buka.
nie harga tiket kitaorg seramai 7 org, harganya cuma RM35.00 je...sebab sekarang nie promosi untuk hari Isnin, Selasa dan Khamis dari 21 July hingga 21 Ogos nie,
cuma RM5.00 seorang je. Waktunya dari 2.00p.m hingga 8.00p.m






bersedia untuk berjuang....menyelamatkan dunia..he..he..
kelihatan muka sorang-sorang yang tak sabar nak pi berendam di the carnivall nie.
yang warna biru ini merupakan yang paling menarik dan mencabar sekali disini. Diberi nama 'water coaster' kerana rasanya memang macam menaiki roller coaster.
Turun dari ketinggin 10 meter dengan darjah kecerunan 60 darjah meluncur jatuh kebawah,
pas tu naik semula keatas, rasa macam nak terkeluar je....
akhirnya undur kebelakang masuk ke dalam air...
yg warna hijau tu 'wild river' biasa je laluannya seperti badan ular..
akan meluncur lebih laju klu naik 2 orang .
turut terdapat disini ialah meluncur dalam laluan tertutup dan terbuka dengan berpusing-pusing dan terus ke dalam kolam tanpa menggunakan pelampung, Aktiviti lain ialah bubble spa,
river bar, kiddies cove dan sand pit.
menjelajahi laluan 'River of Advanture' dengan jaraknya lebih kurang 300 meter dengan pelampung, sekali sekala diselangi dengan air yang berombak terasa geli tekak juga dibuatnya.
selain daripada aktiviti air, disini juga terdapat aktiviti di darat seperti bungee, wall climbing, menungang kuda, memanah dan bermacam-macam permainan lagi.

gelagat syikin, ain dan dash semasa berada di Waterpark nie.
kemudahan wakaf yang selesa disedikan disini.
gambar pemandangan sekitar the carnivall, walaupun dalam kawasan yg terhad tetapi lanskapnya sangat menarik.

laluan 'street of happenings' sebelum memasuki kawasan waterpark.
Kemudahan yang disediakan disini ialah surau, tandas, bilik persalinan&mandi,locker barang gerai makan, wakaf berehat DLL.
jualan cendermata dan pakaian di pintu masuk boleh dimiliki untuk dijadikan kenang-kenangan.
setelah puas mandi dan berehat, bertolak pulang lebih kurang pukul 5.30p.m, kalau ada berkesempatan mungkin akan datang lagi kesini.