Saturday, January 10, 2009

Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah Shah Alam



Keluasan 1,290hekta, ia merupakan hutan hujan tropika, taman ini menyedikan pelbagai aktiviti dan pengalaman berkaitan dengan alam semula jadi. Di sini pengunjung boleh melihat dan mengenalpasti hidupan flora dan fauna bagi menghargai kepentingan untuk pemulihara hutan kita.Dahulu dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia dan diusahakan oleh Tan Sri Sanusi Junid pada tahun 1986 yang ketika itu Menteri Pertanian Malaysia.
Antara taman-taman yang ada disini ialah taman orkid, taman kastus, ladang buah-buahan, rumah-rumah negeri di Malaysia, sawah padi dan banyak tempat lagi, yang paling menarik ialah rumah 4 musim sekarang musim sejuk...sejuk betul sampai keluar asap dari mulut..




Dengan perubahan musim setiap 3 bulan, pengunjung dapat merasai pengalaman seperti berada dinegara 4 musim.

Musim Sejuk(dec-feb)
Musim bunga(mac-mei)
Musim Panas(jun-ogos)
Musim gugur(sep-nov)




Harga masuk ialah RM3 dewasa, bas ada disediakan, kalau nak lebih advanture naik basikal la...RM3-RM5(tengok basikat baru ke lama), kalau naik basikal pastikan stamina kuat..


Jikalau kehadiran anda pada musim buah-buahan, anda sungguh bertuah kerana boleh menikmati buah buahan secara percuma antaranya durian, rambutan cempedak dan lain-lain lagi buah-buahan tempatan 
waktu melawat dari 9 pagi hingga 4.30 petang dan berkhidmatan bas di dalam kawasan bukit cerakah disediakan.





untuk kesini dari KL Sentral, pengunjung boleh menaiki komuter ke laluan Pelabuhan Klang, turun di perhentian Shah Alam, dari sini perkhidmatan taxi disediakan dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit.






bagi yang menaiki kereta, dari federal highway, terus ke shah alam, keluar ke susur bulatan melawati ,akan nampak hypermarket tecso di sebelah kanan, ambil pukul 3 (sebelah kanan) bulatan tersebut, terus je akan nampak pusat aquatik disebelah kanan, ambil pukul 12 bulatan kayangan(bulatan besar penuh dengan bendera). Teruskan perjalanan, apabila jumpa lampu isyarat simpang 4, akan nampak hotel Concorde dan Shah Alam Mall disebelah kanan,terus je dah perhatikan papan tanda , nanti masuk ke kanan di lampu isyarat
(disebelah kanan rumah flat) 








Terdapat juga unsur sejarah disini antaranya,  Empangan Sungai yang dikatakan digunakan sejak dahulu lagi. 

Usaha-usaha pemuliharaan dan baik pulih sedang giat dilaksanakan dalam usaha baikpulih Bukit Cerakah ini setelah diumumkan Bukit Cerakah sebagai Taman Botani Negara pada tahun 2006. Pihak pengurusan perlu mencari tarikan baru disini bagi menarik lebih ramai pengunjung.

untuk maklumat lanjut ,
Taman Pertanian Malaysia (Malaysia Agriculture Park)
Bukit Cahaya Seri Alam
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5510 6922 / 6923 / 7048 / 5519 9618
Fax: 03-5510 0922
Email:tpm@yahoo.com
 

atau klik disini 






searh google map disini.
View Larger Map

17 comments:

Anonymous said...

sejuk ke.......

Anonymous said...

Salam, sy nk tahu la.. cmne nk pgi ke bkit cerakah dri kl sentral? dgn bas or ktm

Nandre The Legend said...

rumah saya kat bukit bandaraya shah alam ja, sebelah ja, naik motor 3 minit dh sampai

SYUHADAH said...

selain naik comuter mcm mne eh?

Abu Mansur said...

boleh gak menaiki kereta atau teksi dr stsen bas atau stesen komuter di shah alam.

cik bella said...

owh tidak!nie jugak tempat yg hampir2 nk pg tp xjd.dh dekat dh tp tpaksa batalkan je hasrat...hehe

arebue said...

skarang nie musim bunga kat rmh 4 musim

Baby Jaja said...

Salam...cmne nk p ke Bukit Cherakah dr KTM PORT KLANG???Dia ad sediakn kmudahan utk ke sane x...Inpom me at jija_eja@yahoo.com.my

Anonymous said...

thanks for the info.kami mau ke sana arini.hehe

Abu Mansur said...

bagus2 riadah kat sini memang bet sambil naik basikal

Prihatin said...

nice infolah.. cuti sekolah nak mai sinilah, kami sekeluarga nak naik basikal...tengok macam syok jer...

Abu Mansur said...

memang sesuai riadah berbasikal disini.

astra_pretti said...

how if we want to go to bukit cerakah from station LRT University? As long as I know, we can go to shah alam by Rapid Bus U80. then what should we do after dat?thanks alot

Anonymous said...

Salam . Baru berangan nak g esok, best info,tq

Unknown said...

Salam kalau jalan kaki dari stesen ktm shah alam, agak agak berapa lama ya?

Shafiq said...

Macam mana kalau nak bawak motor masuk dalam?

thaddiez said...

replica bags london website here d7k12l1a28 replica bags 168 mall replica bags india replica hermes bags n4r38h9n47 replica bags ru replica radley bags official website h2d91w3l44 replica bags chicago