Wednesday, June 24, 2009

Canglun-Lumut-Sabak Bernam-Kuala Selangor-Sg. Buluh-Canglun

Perjalanan dg van dari Kolej dijadualkan seawal jam 6pagi lg...akibat lewat 15minit,
geng ruminan kena"basuh" dengan Dr. Ivan..,Tujuan ke Sitiawan,perak ini adalah bertujuan utk melihat dan memilih kambing "boer cross" yg baru utk kandang di kolej.
gambar lumut,bandar sitiawan dan Lumut Port,pemandangan dalam perjalanan mengikut jalan lama juga menarik dengan kehijauan bukit- bukau dan rumah-rumah kampung di kiri kanan jalan.

keadaan kambing yg kurus, strees dan tidak bermaya di salah sebuah kandang di Sitiawan,Perak, kerana baru semalaman sampai menaiki kapal,so tgok je la....
melihat kandang dan kambing di Sabak Bernam. tu yg 2 org nie sedang bersantai di bawah kandang..wek...wek. Lepas tu singgah di rumah Pok-g di Kuala Selangor,sempat mkn nasi dan Bubur kacang+durian...sedapppnye.
sebelum balik singgah jab di Elmina Equestrian Center, terletak di Bandar Saujana Utama, Sg. Buluh untuk berjumpa dg adik Abg. Wan.
disini disediakan kelas untuk belajar menunggang kuda, khidmat nasihat dan pusat jagaan kuda
sempat bergambar dg kuda,seram gak nie..he..he..
Dalam perjalanan balik tido je krn keletihan...

Tuesday, June 16, 2009

Cuti Sekolah vs Kenduri Kahwin


Akhirnya dpt gak balik kampung nie...dah lama x naik bas untuk perjalanan yg jauh, cost tambang pergi balik Canglun-Temerloh RM107.00. Masa balik nie digunakan sepenuhnya berjumpa dg keluarga dan rakan-rakan.
Bila musim cuti sekolah, bermula la majlis kenduri kahwin, mesti ada yg terima jemputan kenduri lebih daripada satu..apa2 pun kenduri nie dapat mengeratkan silaturahim & tempat berkumpul antara sedara mara,sahabat dan jiran2.

Kenduri kawan di Padang Piol,Jerantut Pahang. Semoga berbahagia & dimurahkan rezeki.

Kenduri Kahwin sepupu di Jaya Gading,Kuantan Pahang...
sempat gak belajar tentang ambil gambar nie sikit2 dgn Atiqah Yusof, Fine Art Wedding Photographer.Klu nak mencari wedding photographer boleh la lawat http://blog.ayphotography.com/


Orentasi pelatih SKM, Kolej Pertanian Malaysia


Minggu orentasi pelatih Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) tahap 1,Kolej Pertanian Malaysia pada 14hb Jun 2009. Gelagat kakak2, abang2 yg sedang mengendalikan dan menjual di hari tersebut.



Aktiviti yang dilakukan di Sekolah Ruminan, antaranya ialah pembersihan kandang, pemberian makanan & menanam benih rumput Napier

Pengetua Sekolah Ruminan Dr. Ivan Thomas.

Pelatih yg bersedia menerima arahan.


bergambar ngan Ain semasa sedang memasang pagar di kandang baru.
peserta Siswazah Tani yg membantu fasilitator di sekolah Ruminan.

alamat Kolej Pertanian Malaysia

Kolej Pertanian Malaysia
Kampus Bukit Tangga
06050 Bukit Kayu Hitam
Kedah Darul Aman
tel:04-9222496
fax:049221495



Saturday, June 6, 2009

Padang Besar,Perlis




Padang Besar terletak di sempadan antara Malaysia dan Thailand juga merupakan satu-satunya laluan keretapi yang menghubungkan kedua-dua negara.Disini terdapat pelbagai jenis barang yang dijual antaranya pakaian(t-shirt,jersey), makanan(asam,jeruk,kekacang,beras), alat permainan kanak2(patung ),barangan kulit,cendermata dan lain-lain lagi.Ia juga merupakan kawasan bebas cukai(duty free).Kepelbagaian barangan yang dijual disini membuatkan rambang mata apabila membeli dan harga yang tawarkan juga berpatutan.

Antara gelagat rakan membeli barang di padang besar, kelebihan disini ialah anda boleh tawar menawar harga dan mungkin memperolehi harga yang anda inginkan.

Tuesday, June 2, 2009

Gua Kelam, Perlis



Gua Kelam terletak di Kaki Bukit dan 36km dari bandar Kangar,Perlis. Uniknya gua ini kerana terdapat jambatan kayu gantung sepanjang 370 meter yang menghubungkan antara kaki Bukit dan Lembah Wang Tangga. Dahulunya gua ini dijadikan jalan perhubungan untuk mengangkut bijih timah. Harga tiket masuk ialah Rm 1 bagi dewasa RM0.50 bagi kanak2, dan harga parking kereta RM1.

bergambar dipintu masuk Gua Kelam


laluan jambatan gantung di dalam Gua Kelam, terdapat air yang mengalir disepanjang jambatan ini.


Pengalaman yang menarik semasa menjelajahan gua ini ialah setiap penjuru gua dilimpahi oleh lampu yang dapat memperlihatkan struktur batu kapur.






 Corak yang terbentuk pada dinding gua ini terhasil disebabkan oleh daripada hakisan yang disebabkan oleh air dan angin juga terdapat juga titisan air yang jatuh dari atas gua ini.

bergambar bersama kawan2 di dalam gua.


pemandangan kehijauan kawasan dihujung Gua Kelam. Kawasan yang sesuai untuk berkelah dan mandi-manda.

untuk maklumat lanjut tentang gua kelam ini bolehlah klik disini

Monday, May 18, 2009

Restoran Nasi Ulam,Kg. Kraftangan, Kota Bharu



Restoran ini terletak di bandar Kota Bharu, menyajikan pelbagai jenis ulam-ulamman, ikan keli goreng, ikan patin masak asam, sayur masak lemak, sambal dan budu. air sirap selasih juga Best. Kami makan 3 orang tidak sampai Rm 30 ringgit.Murah .....

Deretan kedai kraftangan di Kg. Kraftangan. Disini pengunjung boleh melihat kepelbagaian barang kraftangan dibuat dan barangan ini boleh dibeli untuk dibawa pulang.


Kg. Kraftangan ini terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar.


pemandangan di luar perkarangan Kg. kraftangan.


pemandangan sekitar bandar kota bharu .



masjid Pulai Chondong, masjid yang mempunyai nilai sejarah. Menaranya merupakan yang tertinggi di negeri Kelantan.




Pantai Bukit Keluang,Besut



Pantai Bukit Keluang terletak diantara sempadan Terengganu dan Kelantan yang berhampiran dengan bandar Kuala Besut,pemandangan di pantai ini sangat cantik dan dapat dilihat beberapa buah pulau dari pantai ini.Pantai ini sangat sesuai untuk berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan kerana terdapat gua-gua kecil yang boleh dijadikan tempat bersantai. Terdapat banyak pilihan untuk menginap di sini antaranya chelet,resort,dan hotel.

Pemandangan Pantai Bukit Keluang, selain menjalankan aktiviti pantai, pengunjung juga boleh menjelajah gua dan mendaki Bukit Keluang ini.Keistimewaan pantai ini ialah terdapat tempat berjalan yang diperbuat daripada kayu diantara gua dan pantai.

terdapat berbagai kemudahan yang disediakan disini antaranya gerai makan dan minum,tandas awan,wakaf untuk berehat dan restoran.

bergambar bersama rakan.



Saturday, May 9, 2009

Hutan Lipur Bukit Hijau

Hutan Lipur Bukit Hijau terletak dalam kawasan hutan simpan Gunung Inas,terletak 45Km dari Sg. Petani. Antara tempat yang menarik disini ialah air terjun 5 tingkat. Terdapat pelbagai flora dan fauna yang boleh dijumpai disini. Untuk sampai disini pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri atau menaiki teksi dari bandar Kuala Ketil.

terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya tempat berkelah,trek,chelet,surau tandas dan gerai makan. Bayaran letak kereta dikenakan disini iaitu motor 50sen, kereta RM1,van RM3 dan bas RM5.

trek berjalan sepanjang ke tingkat atas air terjun


bergambar di air terjun.



Tuesday, May 5, 2009

Taman Esplanade, Temerloh

Temerloh terletak di pertengahan diantara Kuala Lumpur dan Kuantan, yang dikenali sebagai bandar ikan patin. Salah satu tempat menarik ialah Taman Espalanade yang terletak di tebing sungai Pahang dan sungai semantan yang berkonsepkan waterfront.

Pengunjung boleh menaiki bot panjang untuk menyeberangi sungai Pahang ke Kampung Bangau. Terdapat juga gerai-gerai yang menyajikan makanan-makanan ikan air tawar, terutamanya ikan patin masak tempoyak. Para pengunjung boleh menikmati keindahan pemandangan sungai temerloh.


salah seorang sahabat bergambar dibawah rimbunan pokok buluh yang rendang.

Sunday, April 19, 2009

Menara Alor Setar

Menara Alor Setar merupakan menara telekomunikasi ke-19 tertinggi di dunia yang kedua tertinggi di Malaysia selepas menara Kuala Lumpur.Ketinggiannya 165.5 meter dan merupakan mercu tanda Kedah Darul Aman.
Pemandangan panorama bandar Kedah dari Aras 88 meter, terdapat juga restoran berputar di aras 94meter. Harga tiket iaialh RM6 bagi dewasa.

Kota Kuala Kedah

Terletak di muara sg. Kedah, iaitu 12km dari bandar Alor Setar.Didirikan pada kurun ke 18/19 Masihi semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah II.

Kota ini berfungsi sebagai system pertahanan, pusat kawalan dan pusat perdagangan yang terpenting pada waktu tersebut.

Telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah dibawah akta Bendapurba.
















pemandangan Muara Sungai Kedah.