Monday, May 18, 2009

Restoran Nasi Ulam,Kg. Kraftangan, Kota Bharu



Restoran ini terletak di bandar Kota Bharu, menyajikan pelbagai jenis ulam-ulamman, ikan keli goreng, ikan patin masak asam, sayur masak lemak, sambal dan budu. air sirap selasih juga Best. Kami makan 3 orang tidak sampai Rm 30 ringgit.Murah .....

Deretan kedai kraftangan di Kg. Kraftangan. Disini pengunjung boleh melihat kepelbagaian barang kraftangan dibuat dan barangan ini boleh dibeli untuk dibawa pulang.


Kg. Kraftangan ini terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar.


pemandangan di luar perkarangan Kg. kraftangan.


pemandangan sekitar bandar kota bharu .



masjid Pulai Chondong, masjid yang mempunyai nilai sejarah. Menaranya merupakan yang tertinggi di negeri Kelantan.




Pantai Bukit Keluang,Besut



Pantai Bukit Keluang terletak diantara sempadan Terengganu dan Kelantan yang berhampiran dengan bandar Kuala Besut,pemandangan di pantai ini sangat cantik dan dapat dilihat beberapa buah pulau dari pantai ini.Pantai ini sangat sesuai untuk berkelah bersama keluarga dan rakan-rakan kerana terdapat gua-gua kecil yang boleh dijadikan tempat bersantai. Terdapat banyak pilihan untuk menginap di sini antaranya chelet,resort,dan hotel.

Pemandangan Pantai Bukit Keluang, selain menjalankan aktiviti pantai, pengunjung juga boleh menjelajah gua dan mendaki Bukit Keluang ini.Keistimewaan pantai ini ialah terdapat tempat berjalan yang diperbuat daripada kayu diantara gua dan pantai.

terdapat berbagai kemudahan yang disediakan disini antaranya gerai makan dan minum,tandas awan,wakaf untuk berehat dan restoran.

bergambar bersama rakan.



Saturday, May 9, 2009

Hutan Lipur Bukit Hijau

Hutan Lipur Bukit Hijau terletak dalam kawasan hutan simpan Gunung Inas,terletak 45Km dari Sg. Petani. Antara tempat yang menarik disini ialah air terjun 5 tingkat. Terdapat pelbagai flora dan fauna yang boleh dijumpai disini. Untuk sampai disini pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri atau menaiki teksi dari bandar Kuala Ketil.

terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan antaranya tempat berkelah,trek,chelet,surau tandas dan gerai makan. Bayaran letak kereta dikenakan disini iaitu motor 50sen, kereta RM1,van RM3 dan bas RM5.

trek berjalan sepanjang ke tingkat atas air terjun


bergambar di air terjun.



Tuesday, May 5, 2009

Taman Esplanade, Temerloh

Temerloh terletak di pertengahan diantara Kuala Lumpur dan Kuantan, yang dikenali sebagai bandar ikan patin. Salah satu tempat menarik ialah Taman Espalanade yang terletak di tebing sungai Pahang dan sungai semantan yang berkonsepkan waterfront.

Pengunjung boleh menaiki bot panjang untuk menyeberangi sungai Pahang ke Kampung Bangau. Terdapat juga gerai-gerai yang menyajikan makanan-makanan ikan air tawar, terutamanya ikan patin masak tempoyak. Para pengunjung boleh menikmati keindahan pemandangan sungai temerloh.


salah seorang sahabat bergambar dibawah rimbunan pokok buluh yang rendang.

Sunday, April 19, 2009

Menara Alor Setar

Menara Alor Setar merupakan menara telekomunikasi ke-19 tertinggi di dunia yang kedua tertinggi di Malaysia selepas menara Kuala Lumpur.Ketinggiannya 165.5 meter dan merupakan mercu tanda Kedah Darul Aman.
Pemandangan panorama bandar Kedah dari Aras 88 meter, terdapat juga restoran berputar di aras 94meter. Harga tiket iaialh RM6 bagi dewasa.

Kota Kuala Kedah

Terletak di muara sg. Kedah, iaitu 12km dari bandar Alor Setar.Didirikan pada kurun ke 18/19 Masihi semasa pemerintahan Sultan Sulaiman Shah II.

Kota ini berfungsi sebagai system pertahanan, pusat kawalan dan pusat perdagangan yang terpenting pada waktu tersebut.

Telah diwartakan sebagai Monumen Lama dan Tapak Tanah Bersejarah dibawah akta Bendapurba.
















pemandangan Muara Sungai Kedah.

Sunday, March 29, 2009

Talentime

mengisahkan pertemuaan lelaki india dengan gadis melayu di suatu pertandingan 'talentime' diusahakan oleh Cikgu Adibah,disamping Hafiz yang berulang-alik ke hospital kerana ibunya yg sakit yang juga meminati muzik.
jalan cite yg simple,tentang persahabatan, percintaan, hubungan antara ibu dan anak supaya kita lebih menghargai orang disekeliling kita.Filem yang patut ditonton oleh semua lapisan masyarakat melayu, india, dan cina.Untuk maklumat lanjut layari http://www.talentimethemovie.com lagu pun ok.
pastikan yang wanita bawa tisu ye...,yg laki pun same..he..he.he

Friday, March 27, 2009

J Card Day,Bukit Raja Klang


Hari J card pada 26.03.2009 di Bukit Raja Klang.Potongan harga dari 20%-70%.

Pergi seawal 8.30pagi lagi..ingatkan x ramai org, rupanya dah ramai,nasib baik ade parking lagi.

Antara brg yg dibeli cadar,langsir, baju dan seluar...











Suasana membeli-belah di dalam Jaya Jusco, orang ramai berpusu-pusu membeli barang,mcm pesta plak.Seronok tengok gelagak org.he..he..

Antara voucher yg dpt..RM20 je..

Saturday, March 21, 2009

Program Pra Siswazah Tani 1/2009 (kolej Pertanian Malaysia),Bukit kayu Hitam, Kedah.


Program Pra Siswazah Tani 1/2009 yang diadakan di Kolej Pertanian Malaysia Bukit tangga, Bukit Kayu Hitam, Kedah merupakan program pendedahan kepada industri pertanian di Malaysia.

Program ini dianjurkan oleh Majlis Latihan Pertanian Kebagsaan(NATC) dan berlangsung selama 3 hari.



gambar kenang-kenangan antara peserta dan fasilitator


Program Kembara Tani merupakan pendedahan untuk memberi gambaran sebenar aktiviti pertanian yang akan ditempuhi di kolej ini.



Bergambar selepas melakukan pembersihan kandang dan memberi makanan kepada kambing.



chak......





dengan penuh tekun Nusi melakukan semburan hormon yang bertujuan memastikan buah masak serentak.



memetik jagung ...


makan jagung bakar..sedapppp



sebahagian hasil tangkapan ikan keli untuk dibuat BBQ.

gambar malam BBQ dan Karaoke




Bergambar bersama ahli kumpalan AGRO FORENSIK,tanx to all ....saffuan,Nusi,Adha, Kimie, Ayuni, Alia, Intan,Nasyrah,Haida & Fiqah


kepada sesiapa yang ingin berkongsi gambar bolehkan attach @ e-mail arebue83@yahoo.com



terima kasih kepada fasilitator en razali n en zulkifli dari KADA dan MUDA kerana byk membantu ahli kumpulan.Segala ilmu yg diberi akan dimanfaatkan sebaik mungkin.TQ














Thursday, February 5, 2009