Sungai Tua ini terletak berdekatan dengan batu caves dan hanya tidak sampai setangah jam dari pusat bandar Kuala Lumpur, Kalau dari Shah Alam 1 jam sahaja(kalau tak jem plus sesat). Tempat seperti ini boleh dikatakan sebagai salah satu tempat untuk berehat di dalam hutan dan lari dari kesibukan kota Kuala Lumpur.
Untuk kesini pengunjung perlu pergi ke Batu Caves, dan ikut sign board ke Ulu Yam, pengunjung akan melalui empangan hidro Batu(Batu dam) dan akan melalui jalan yang agak bengkang-bengkok, untuk sampai ke Ulu Yam ini yang lebih kurang 7 km dari Batu Caves.
ha..ha.. bagi yang berkonvoi tu, pastikan bergerak bersama-sama sebelum memasuki kawasan Ulu Yam kerana line telifon bimbit memang agar sukar, boleh dikatakan tak ada langsung.
pintu yang kami masuk ke kawasan sg. tua, tak tau pintu yang keberapa?, banyak sangat dari air terjun sampai la jeram-jeram sungai. kat sini bayaran masuk RM1 seorang, parking kereta memang ada,
kena datang awal kerana tempat seperti ini akan ramai orang menjelang tengah hari terutamanya hari hujung minggu.
kawasan yang kami masuk ini mempunyai tapak perkemehan dan parking kereta yang banyak.Juga mempunyai jambatan gantung dan laluan perjalan kaki yang selesa.
Tapi tandasnya agak kotor dan tidak diurus dengan baik.
Tapi tandasnya agak kotor dan tidak diurus dengan baik.
wah.. seronok tengok makanan kek ada, nasi lemak, nasi goreng, ayam bakar, keropok, sosej , bla..bla....
dah makan- makan apa lagi mandi la..,
suasana sekitar Sg Tua,
makan..... mandi...makan.... balik...