nuffnang

Friday, December 4, 2009

langkawi

Rancangan ke Langkawi bermula dengan bual- bual kosong sahaja. Kami pergi ke langkawi dengan menaiki feri di jeti Kuala Perlis dengan harga Rm18 sehala. Sepanjang perjalanan menaiki feri selama 45 minit kami disajikan dengan pemandangan pulau dan air laut yang indah dan mempersonakan.


Baru sampai di jeti Kuah, langkawi. Langkawi merupakan salah satu pulau yang popular di Malaysia dan juga antarabangsa. Sekarang ini langkawi dikenali sebagai Langkawi Geopark. Kemudahan yang disediakan disini sangat memuaskan.

Kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan teksi kerana memudahkan untuk mengunjungi tempat- tempat yang menarik di pulau langkawi ini. Harga untuk sehari perjalanan adalah RM80.00 bagi sebuah van.

tempat pertama yang dikunjungi ialah kedai menjual barangan berasaskan gamat. Disini terdapat pelbagai jenid produk antaranya sabun gamat, minyak panas gamat, pencuci muka gamat, ubat gigi gamat, bedak sejut gamat dan banyak lagi. Disini juga pengunjung dapat merasai air tongkak ali. Wah.. rasanya sangat pahit, dapat juga telan 2 teguk.

Agak malang juga kunjungan kali ini untuk menaiki kereta kabel Langkawi kerana hujan yang agak lebat juga. Ramai yang berada disini kelihatan agak kecewa dan ada yang menunggu mengharap hujan akan berhenti turun. Kereta kabel ini terletak di Gunung Machincang dengan jarak 30 minit dari pekan Kuah. Dikatakan pengunjung dapat melihat keseluruhan pulau lagenda ini, dan jika cuaca cerah dapat melihat Indonesia dan juga Thailand.

Pantai Chenang merupakan pantai yang popular di Langkawi yang terletak lebih kurang 17km dari pekan Kuah.Disini kebanyakan aktiviti dan acara pantai diadakan. Di sepanjang pantai ini terdapat pelbagai jenis hotel dan rumah tumpangan dengan harga mengikut bajet anda. Antara aktiviti air yang ada ialah jet sky, banana bot, berkayak dan sukan pantai.
pemandangan pantai di waktu petang.




Sebelum pulang singgah sebentar di Kedai Hj. Ismail untuk membeli coklat. Kedai Hj. Ismail ini terletak di Pekan Kuah merupakan kedai yang popular di sini disamping harganya yang berpatutan. Sempat membeli coklat dan set pisau untuk dibawa pulang.