nuffnang

Tuesday, November 3, 2009

Memori Putrajaya & Kuala Lumpur



Putrajaya merupakan pusat pentadbiran negara dan jaraknya dari Kuala Lumpur ialah 25km.
Di sini terletaknya pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati antaranya masjid putrajaya, Taman Botani, Tasik Putrajaya, Wetland, Taman Warisan Pertanian dan Alamanda.
Masjid Putrajaya yang menjadi lambang agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Kedudukan masjid merah jambu ini terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya dan Dataran Perdana. Masjid ini dibina selama 2 tahun iaitu dari 1997 hingga 1999 berkonsepkan timur tengah dan tradisional melayu.

Keindahan senibina bangunan dan jambatan yang menerapkan ciri-ciri kesenian Islam dengan rekabentuk yang menarik.

Tasik Putrajaya menawarkan Perkhidmatan bot. Terdapat pelbagai jenis bot yang disediakan antaranya Dondang Sayang Perahu(gambar atas) dan Belimbing Sightseeing Cruise Boat
(gambar bawah). Menaiki bot di Tasik Putrajaya ini memberi pengalaman yang sukar dilupakan dengan menikmati panorama Putrajaya dari sudut yang berlainan.




Kuala Lumpur juga merupakan pusat tumpuan bagi sektor kesenian dan kebudayaan, contohnya seperti Istana Budaya,Balai Seni Lukis Negara, Akrib Negara, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.Antara salah satu tempat yang pernah dilawati ialah Galeri Wei-Ling. Galeri Wei-Ling yang terletak di jalan Scott, Brickfields, Kuala Lumpur merupakan tapak bagi artis-artis tempatan dan luar negara untuk mempersembahkan karya-karya mereka. Salah seorang artis yang pernah mempamerkan lukisanya disini ialah Yusuf Ghani. Untuk maklumat lanjut klik
web site galeri Wei-Ling.

Masjid negara merupakan salah satu mercu tanda di Bandaraya Kuala Lumpur. Masjid yang dibina pada tahun 1963 terletak di Jalan Perdana dan boleh menampung sehingga 15,000 jemaah pada satu-satu masa. Pembinaan masjid ini melambangkan warga 1 Malaysia dengan direkabentuk dan dibina oleh orang berketurunan Melayu, Cina dan India. Kemudahan untuk pelancong bukan Islam yang ingin melihat kesenian Islam juga disediakan seperti tandas awam.

Pada tahun melawat Malaysia 2007 ,Eye of Malaysia telah dipasang di Tasik Titiwangsa yang terletak di Kuala Lumpur. Dengan ketinggian 60 meter dan mempunyai 42 gondola pengunjung boleh menikmati panorama Kuala Lumpur selama 12 minit. Eye of Malaysia ini telah dipindahkan ke Melaka pada November 2008.


google6e3deb0a44a453d1.html

google6e3deb0a44a453d1.html