nuffnang

Friday, January 30, 2009

Latest my trip at sg. Pangsoon,ulu langat


gambar pemandangan di sg. pangsoon

path to go
kalau dari shah alam, ..ikut federal highway ke KL sampai di kat Mid Valley ambil exit to cheras, kajang, lepas toll teruskan perjalanan nanti sampai plaza phoenix, sampai jumpa cheras toll (grand saga highway) ikut kiri dan tengok road sign to Ulu Langat. Sepanjang dalam perjalan boleh beli buah-buahan, tapi hati-hati ,ade buah yg tidak berapa elok..dah kene he..he.., sebelum sg. pangsoon ade tempat rekreasi lain seperti sg congkak. Group mytrip bermalam di chelet di alur sg. Pangsoon dengan kadar bayaran rm50 sehari, sebilik boleh muat 3orang.





bergambar di pintu masuk ke gunung Nuang,x naik atas kerana tidak prepare ap-apa pun.




Saturday, January 10, 2009

Taman Pertanian Malaysia Bukit Cerakah Shah Alam



Keluasan 1,290hekta, ia merupakan hutan hujan tropika, taman ini menyedikan pelbagai aktiviti dan pengalaman berkaitan dengan alam semula jadi. Di sini pengunjung boleh melihat dan mengenalpasti hidupan flora dan fauna bagi menghargai kepentingan untuk pemulihara hutan kita.Dahulu dikenali sebagai Taman Pertanian Malaysia dan diusahakan oleh Tan Sri Sanusi Junid pada tahun 1986 yang ketika itu Menteri Pertanian Malaysia.
Antara taman-taman yang ada disini ialah taman orkid, taman kastus, ladang buah-buahan, rumah-rumah negeri di Malaysia, sawah padi dan banyak tempat lagi, yang paling menarik ialah rumah 4 musim sekarang musim sejuk...sejuk betul sampai keluar asap dari mulut..




Dengan perubahan musim setiap 3 bulan, pengunjung dapat merasai pengalaman seperti berada dinegara 4 musim.

Musim Sejuk(dec-feb)
Musim bunga(mac-mei)
Musim Panas(jun-ogos)
Musim gugur(sep-nov)




Harga masuk ialah RM3 dewasa, bas ada disediakan, kalau nak lebih advanture naik basikal la...RM3-RM5(tengok basikat baru ke lama), kalau naik basikal pastikan stamina kuat..


Jikalau kehadiran anda pada musim buah-buahan, anda sungguh bertuah kerana boleh menikmati buah buahan secara percuma antaranya durian, rambutan cempedak dan lain-lain lagi buah-buahan tempatan 
waktu melawat dari 9 pagi hingga 4.30 petang dan berkhidmatan bas di dalam kawasan bukit cerakah disediakan.





untuk kesini dari KL Sentral, pengunjung boleh menaiki komuter ke laluan Pelabuhan Klang, turun di perhentian Shah Alam, dari sini perkhidmatan taxi disediakan dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 15 minit.






bagi yang menaiki kereta, dari federal highway, terus ke shah alam, keluar ke susur bulatan melawati ,akan nampak hypermarket tecso di sebelah kanan, ambil pukul 3 (sebelah kanan) bulatan tersebut, terus je akan nampak pusat aquatik disebelah kanan, ambil pukul 12 bulatan kayangan(bulatan besar penuh dengan bendera). Teruskan perjalanan, apabila jumpa lampu isyarat simpang 4, akan nampak hotel Concorde dan Shah Alam Mall disebelah kanan,terus je dah perhatikan papan tanda , nanti masuk ke kanan di lampu isyarat
(disebelah kanan rumah flat) 








Terdapat juga unsur sejarah disini antaranya,  Empangan Sungai yang dikatakan digunakan sejak dahulu lagi. 

Usaha-usaha pemuliharaan dan baik pulih sedang giat dilaksanakan dalam usaha baikpulih Bukit Cerakah ini setelah diumumkan Bukit Cerakah sebagai Taman Botani Negara pada tahun 2006. Pihak pengurusan perlu mencari tarikan baru disini bagi menarik lebih ramai pengunjung.

untuk maklumat lanjut ,
Taman Pertanian Malaysia (Malaysia Agriculture Park)
Bukit Cahaya Seri Alam
40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5510 6922 / 6923 / 7048 / 5519 9618
Fax: 03-5510 0922
Email:tpm@yahoo.com
 

atau klik disini 






searh google map disini.
View Larger Map

google6e3deb0a44a453d1.html

google6e3deb0a44a453d1.html