Sunday, January 17, 2010

Teluk Cempedak, Kuantan Pahang

Teluk Cempedak merupakan antara pantai yang popular di negeri Pahang. Terletak hanya 5 km daripada bandar Kuantan dan berhampiran dengan Kelab Golf Diraja Pahang. Pantai ini lebih dikenali oleh masyarakat setempat dengan nama TC yang bermaksud Teluk Cempedak merupakan tempat tumpuan dihujung minggu. Dengan pantai yang memutih dan dikelilingi dengan batu-batuan ,rimbunan pokok-pokok serta angin pantai yang bertiup terasa sangat menyegarkaan.






Terdapat juga menghibur jalanan disini, seperti gambar diatas pertunjukan haiwan berbisa iaitu ular. Ramai pengunjung tertarik dan tidak melepaskan peluang untuk menyentuh dan bergambar. Terdapat juga disini pelukis potret gambar.
Pemandandan pantai Teluk Cempedak diwaktu petang. Antara kemudahan lain yang terdapat disini ialah tandas, bilik mandi, surau, gerai makanan dan pakaian,taman permainan kanak-kanak, restoran, KFC, Mcdonald, laluan riadah dan jungle Tracking,

Dengan adanya kemudahan rumah rehat disini, memudahkan bagii mereka yang ingin bermalam disini Antaranya  Hotel Hyatt Regency. Pantai TC ini tidak digalakkan untuk aktiviti mandi manda pada musim monson timur laut iaitu antara bulan November hingga Mac kerana ombak pantainya kadang-kadang merbahaya dan ganas.

Untuk kesini,pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur boleh melalui Lebuh Raya Pantai Timur di Gombak dan ambil susur keluar Kuantan atau Gambang terus ikut signboard Teluk Cempedak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Pengunjung juga boleh menaiki pengangkutan awan seperti bas dan taxi dari bandar Kuantan.
Tarikan yang terbaru di Teluk Cempedak ini dan baru dibuka ialah gerai- gerai jualan barang dan pakaian ala- ala uptown. Terdapat pelbagai pakaian , barangan kulit, alat mainan, jam tangan , minyak wangi , cermin mata dijual disini.

Setelah puas berjalan di Teluk Cempedak,seterusnya tempat yang ditujui dan matlamat utama ialah di Stadium Darul Makmur untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super antara Pahang dengan Terengganu team(T-Team).
Berkat sokongan dan maki hamun dari kami, Pahang menang dengan jaringan 2 - 1. Perjalanan pulang diraikan dengan sorak gembira. Ditengah perjalanan menaiki bas semunya letih tertidur.

klik google map disini
View Larger Map

Friday, December 4, 2009

langkawi

Rancangan ke Langkawi bermula dengan bual- bual kosong sahaja. Kami pergi ke langkawi dengan menaiki feri di jeti Kuala Perlis dengan harga Rm18 sehala. Sepanjang perjalanan menaiki feri selama 45 minit kami disajikan dengan pemandangan pulau dan air laut yang indah dan mempersonakan.


Baru sampai di jeti Kuah, langkawi. Langkawi merupakan salah satu pulau yang popular di Malaysia dan juga antarabangsa. Sekarang ini langkawi dikenali sebagai Langkawi Geopark. Kemudahan yang disediakan disini sangat memuaskan.

Kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan teksi kerana memudahkan untuk mengunjungi tempat- tempat yang menarik di pulau langkawi ini. Harga untuk sehari perjalanan adalah RM80.00 bagi sebuah van.

tempat pertama yang dikunjungi ialah kedai menjual barangan berasaskan gamat. Disini terdapat pelbagai jenid produk antaranya sabun gamat, minyak panas gamat, pencuci muka gamat, ubat gigi gamat, bedak sejut gamat dan banyak lagi. Disini juga pengunjung dapat merasai air tongkak ali. Wah.. rasanya sangat pahit, dapat juga telan 2 teguk.

Agak malang juga kunjungan kali ini untuk menaiki kereta kabel Langkawi kerana hujan yang agak lebat juga. Ramai yang berada disini kelihatan agak kecewa dan ada yang menunggu mengharap hujan akan berhenti turun. Kereta kabel ini terletak di Gunung Machincang dengan jarak 30 minit dari pekan Kuah. Dikatakan pengunjung dapat melihat keseluruhan pulau lagenda ini, dan jika cuaca cerah dapat melihat Indonesia dan juga Thailand.

Pantai Chenang merupakan pantai yang popular di Langkawi yang terletak lebih kurang 17km dari pekan Kuah.Disini kebanyakan aktiviti dan acara pantai diadakan. Di sepanjang pantai ini terdapat pelbagai jenis hotel dan rumah tumpangan dengan harga mengikut bajet anda. Antara aktiviti air yang ada ialah jet sky, banana bot, berkayak dan sukan pantai.
pemandangan pantai di waktu petang.




Sebelum pulang singgah sebentar di Kedai Hj. Ismail untuk membeli coklat. Kedai Hj. Ismail ini terletak di Pekan Kuah merupakan kedai yang popular di sini disamping harganya yang berpatutan. Sempat membeli coklat dan set pisau untuk dibawa pulang.

Tuesday, November 3, 2009

Memori Putrajaya & Kuala Lumpur



Putrajaya merupakan pusat pentadbiran negara dan jaraknya dari Kuala Lumpur ialah 25km.
Di sini terletaknya pelbagai tempat menarik yang boleh dilawati antaranya masjid putrajaya, Taman Botani, Tasik Putrajaya, Wetland, Taman Warisan Pertanian dan Alamanda.
Masjid Putrajaya yang menjadi lambang agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Kedudukan masjid merah jambu ini terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya dan Dataran Perdana. Masjid ini dibina selama 2 tahun iaitu dari 1997 hingga 1999 berkonsepkan timur tengah dan tradisional melayu.

Keindahan senibina bangunan dan jambatan yang menerapkan ciri-ciri kesenian Islam dengan rekabentuk yang menarik.

Tasik Putrajaya menawarkan Perkhidmatan bot. Terdapat pelbagai jenis bot yang disediakan antaranya Dondang Sayang Perahu(gambar atas) dan Belimbing Sightseeing Cruise Boat
(gambar bawah). Menaiki bot di Tasik Putrajaya ini memberi pengalaman yang sukar dilupakan dengan menikmati panorama Putrajaya dari sudut yang berlainan.




Kuala Lumpur juga merupakan pusat tumpuan bagi sektor kesenian dan kebudayaan, contohnya seperti Istana Budaya,Balai Seni Lukis Negara, Akrib Negara, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia.Antara salah satu tempat yang pernah dilawati ialah Galeri Wei-Ling. Galeri Wei-Ling yang terletak di jalan Scott, Brickfields, Kuala Lumpur merupakan tapak bagi artis-artis tempatan dan luar negara untuk mempersembahkan karya-karya mereka. Salah seorang artis yang pernah mempamerkan lukisanya disini ialah Yusuf Ghani. Untuk maklumat lanjut klik
web site galeri Wei-Ling.

Masjid negara merupakan salah satu mercu tanda di Bandaraya Kuala Lumpur. Masjid yang dibina pada tahun 1963 terletak di Jalan Perdana dan boleh menampung sehingga 15,000 jemaah pada satu-satu masa. Pembinaan masjid ini melambangkan warga 1 Malaysia dengan direkabentuk dan dibina oleh orang berketurunan Melayu, Cina dan India. Kemudahan untuk pelancong bukan Islam yang ingin melihat kesenian Islam juga disediakan seperti tandas awam.

Pada tahun melawat Malaysia 2007 ,Eye of Malaysia telah dipasang di Tasik Titiwangsa yang terletak di Kuala Lumpur. Dengan ketinggian 60 meter dan mempunyai 42 gondola pengunjung boleh menikmati panorama Kuala Lumpur selama 12 minit. Eye of Malaysia ini telah dipindahkan ke Melaka pada November 2008.


Tuesday, October 27, 2009

Mini Maha 2009 ,Changlun Kedah

Baru- baru ini bertempat di tapak letak kereta kompleks Changlun berlangsung seminar dan pameran Mini MAHA '09 bagi parlimen Kubang Pasu.
Maklumat lanjut lawati klik blog D One Farm

Monday, October 26, 2009

Pantai Merdeka, Kuala Muda Kedah

Pantai Merdeka terletak dalam daerah Kuala Muda, Kedah. Jarak dari Alor Setar ialah sejauh 60km dan dari Sungai Petani sejauh 26km. Kesempatan dapat mengunjungi pantai ini kerana pergi ke rumah kawan di Kuala Muda. Agak risau juga untuk sampai di Kuala Muda ini dari Sungai Petani kerana jalanya yang kecil. Walaubagaimanapun kerisauan itu terubat dengan keindahan pemandangan sawah padi dan rumah kampung semasa dalam perjalanan.
Keindahan Pantai Merdeka dapat dilihat disepanjang trek pejalan kaki yang disediakan. Keindahan ini perlu dikekalkan jika pengunjung tidak membuat sampah dan sisa makanan merata- rata tempat.Dikatakan Pantai Merdeka merupakan satu-satunya pantai yang menarik untuk dilawati di kawasan darat Kedah.
.Terdapat juga pelbagai kemudahan yang ada di Pantai Merdeka ini antaranya kawasan permainan kanak-kanak, wakaf tandas, gerai makanan, surau dan trek berjalan. Terdapat juga pengawai pantai (JPA3) yang mengawal pengunjung yang mandi- manda di pantai ini.
Kawasan yang boleh dijadikan kawasan berkelah dibawah pohon-pohon pokok yang rendang. Tempat ini sangat sesuai untuk menganjurkan pelbagai aktiviti seperti hari keluarga.
Di Pantai Merdeka ini pengunjung boleh pergi ke Tanjung Dawai dengan menaiki bot. Kadar tambang ialah RM2 dengan kurang 9 minit perjalanan. Tanjung Dawai merupakan tempat pendaratan ikan dari laut. Pengunjung boleh melihat proses pendaratan ikan disamping dapat membeli ikan-ikan yang segar . Selain itu, ikan bilis, ikan masin , belacan dan ikan pekasam juga dijual di sini.
Pengunjung boleh melalui trek pejalan atau berjalan di pantai untuk melihat keindahan pantai ini.
Kemudahan di Pantai Merdeka ini sedang dinaik taraf, antaranya wakaf, trek berjalan, gerai makan, lampu jalandan lain-lain kemudahan lagi. Di jangkakan tempat ini akan lebih menarik dan selesa apabila semua kemudahan siap kelak.







Disini terdapat Resort yang boleh dijadikan tempat berehat dan bermalam dengan harga berpatutan dan mengikut kemampuan.Antaranya Merdeka Beach Resort yang menawarkan harga antara RM79 keatas.Untuk maklumat lanjut tentang resort ini klik disini

bergambar di pantai merdeka

Saturday, October 24, 2009

Karnival Jom Heboh TV3,Stadiun Batu Kawan Pulau Pinang.

Karnival Jom Heboh yang berlangsung di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Karnival ini yang dianjurkan oleh TV3 ini berlangsung pada 24 hingga 25 Oktober 2009. Bagi mereka yang berkenderaan kadar parking di tempat yang disediakan ialah RM2.
Untuk kesini, pengunjung boleh melalui highway Plus keluar di susur Bukit Tambun yang behampiran dengan Tol Juru dan ikut signboard Batu Kawan dan terus ke Stadium Batu Kawan.
.
Di Karnival ini, pengunjung dapat melihat lebih dekat artis-artis kesayangan mereka. dan dapat melihat siaran langsung TV dilakukan. Disini juga terdapat pelbagai barangan yang dijual dengan harga istemewa atau lebih murah dari harga pasaran.
Gelagat orang ramai yang sedang asik membeli. Tapi ingat dalam berbelanja itu mestilah berpada-pada.
Terdapat juga pameran dari agensi kerajaan bagi memberi maklumat yang lebih tepat kepada pengunjung. Contohnya Polis Diraja Malaysia ini,
Ini baru betul kereta polis untuk mengejar pesalah.
bergambar dihadapan pentas utama Karnival Jom Heboh.