Monday, December 6, 2010

MAHA

MAHA merupakan ekspo pertanian yang terbesar di asia tenggara, yang di adakan di MAEPS serdang, iaitu bersebelahan dengan UPM.Dianjurkan 2 tahun sekali , dan mendapat sambutan yang hebat daripada orang ramai iaitu lebih  2 juta orang.
Antara yang terdapat disini ialah pameran dan jualan produk, perkidmatan, hasil menyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian ini.

hari pertama pergi,menang jem, ini masuk melalui pintu satu iaitu melalui UPM,jem dekat 1jam setengah, rasa nak patah balik je. sampai je depan pintu tak boleh masuk kerana dah penuh terpaksa pergi ke pintu 2 pulak, keadaan di pintu 2 sangat berbeza, parking kereta pun senang.kalau tahu dari awal terus ke pintu 2 je.
suasana MAHA dari parking kereta di pintu 2.

besar betul buah nangka ini, beratnya dekat 30kg, harga 3/kg,jadi RM90 sebiji.

 laman burung walit juga mendapat sambutan daripada pengunjung  di pameran MAHA 2010 ini.
Sedikit mengenai sejarah burung walit, sarang burung walit ini dikatakan menjadi makanan sejak 5000 tahun dahulu.
Laksamana Cheng Ho yang  kapalnya tersadai di kepulauan melayu nusantara. dikatakan menjadikam sarang burung walit ini sebagai makanan kerana  melihat anak-anak kapal yang makan sarang burung ini menjadi sihat dan cergas.
susana di unit ternakan, klu dari pintu 2 memang dekat untuk ke unit ternakan ini.













hasil kerja fotographer amatur





Thursday, December 2, 2010

Rewang kenduri kahwin Faizul @ Azian

papan tanda yang perlu dipasang di tepi-tepi jalan, kalau dah sesat tu telifon je sape2 ye.

sungguh betul lap-lap cawan tu
suasana kemah kenduri

Majlis rewang yang menjadi kemestian pada setiap kali majlis kenduri pada masyarakat jawa, lebih kurang sama majlis gotong-royong. Jemputan untuk rewang oleh tuan rumah tidak boleh ditolak atas alasan -alasan yang tidak kukuh.Kebiasaanya majlis jamuan telah bermula pada sebelah malam lagi, tetamu yang tidak dapat hadir pada majlis di keesokkan hari boleh datang pada malam sebelumnya.

ini blog yg dapat menceritakan lebih lanjut dengan majlis rewang ini,



sessi bergambar di luar rumah, ini je gambar pegantin yg sempat diambil,

ini hero pinggan dan cawan, entah la berapa cawan yg pecah oleh hero ini


persiapan audio sistem dan set karaoke

 gulai kawah yg istemewa, tukang masak yang diimport dari Kedah
ini video majlis kenduri di bagan serai ambil dr blog@alanamir




Monday, November 29, 2010

MAHA 2010






PAMERAN MAHA 2010 Bertempat di Malaysia Argo Exposition Park(MAEPS), Serdang bermula dari 26 Nov hinggan 5 Dis 2010. Untuk Maklumat lanjut klik disini

Monday, November 15, 2010

Tanjung Lumpur, Kuantan

Baru- baru ini berkesempatan berkunjung ke Kuantan pada cuti Depavali yang lalu untuk melihat kolam ikan pak cik manaf dan isteri.

suasana kolam ikan yang dijaga rapi, terdapat pokok buah-buahan di tepi kolam seperti pokok mangga, rambutan ,pisang dan disekeliling kolam ditanam dengan pokok limau kasturi. Puas makan buah mangga telur hari tu, memang best masam-masam manis.


kelihatan anak ikan talapia yang sedang makan dedak yang ditabur, wah..memang banyak,

Tg Lumpur terletak bersebelahan dengan sungai kuantan dan berhampiran dengan pusat bandar, Tg. Lumpur ini dikenali sebagai perkampungan nelayan kerana majoriti penduduk disini bekerja sebagai nelayan dan sebagai tempat berlabuh bot- bot nelayan. Tempat ini memang popular dengan makanan Ikan Bakarnya.

Untuk peta jalan ke Tg. Lumpur ini, klik disini
Kedai Mok Naa memang sangat popular di Tg lumpur ini, sampai org ramai terpaksa beratur untuk membeli juadah. Antara makanan yang ada disini, ikan goreng tepung, udang ,sotong goreng, sata, keropok, kuih muih, nasi dagang dan banyak lagi. makanan laut kat sini memang segar, satu kemestian untuk singgah kat sini.



sebelum tu,disebelah pagi, pak cik dan mak cik membawa kami JJCM kat restoran zaman dekat Jaya Gading, berhadapan dengan lapangan terbang tentera. Disini memang popular dengan nasi lemaknya, ingat masa zaman kanak-kanak makan dekat sini. Memang Best, rugi kalau x singgah.


memang best jalan- jalan cari makan kat kuantan ini, banyak lagi tempat makan yang x sempat nak cari antaranya nasi kerabu, sate zul....yummm..yummm

Terima kasih kepada Pak Cik Manaf dan isteri sudi terima kami bermalam dan membawa jalan-jalan di kuantan ini, Kalau berkesempatan nanti boleh singgah lagi.

ini pula pada sebelah malam di salah sebuah restoran di tg lumpur pada sebelah malam. tak ingat pula nama restoran ini, Antara makanan yang popular adalah makanan laut.


Tuesday, September 28, 2010

i-City, Shah Alam Selangor

pada malam minggu yang lepas, tergerak nak pegi i-city yang terletak kat seksyen 7 shah alam ini. Tinggal je area shah alam, tapi tak pernah pegi.

 Sampai-sampai dah berderet panjang kereta yang hendek masuk ke i-city nie, ingatkan kene RM2 untuk parking kereta, tapi malam tu kene bayar RM10.00, untuk kupon, dalam kupon tu terdapat cabutan bertuah untuk tahun baru nanti, tiket (pilih satu) masuk taman safari, rumah sejuk atau restoran.


 memang teruja juga tengok hiasan lampu ini.Lama-lama tengok sakit mata pun ada.

tunggu pokok berbuah ke?

 mcm festival perayaan tahun baru cina plak.

 orang ramai mengunjungi i-city.Mamang ramai orang hujung minggu tu. Seronok tengok gelagat orang dewasa, jurukamera, kanak-kanak dan security guard dengan wisel nie,

 rasa nak bawa balik je satu nie
untuk mereka yang ingin kesini,
lebih senang melalui lebuhraya persekutuan ambil susur keluar pdg jawa/uitm dan ambil ke kanan jika datang dari arah kuala lumpur,selepas jumpa stesen minyak esso,shel,l KFC dan Pizza Hut disebelah kiri ambil susur ke kiri. dan terus akan nampak i-city di sebelah kiri juga. untuk peta klik disini

 penat gak berjalan satu i-city nie, jalan2 dahaga betul, org penjual air memang tak de kat sini, tandas pun dalam kedai yang belum diduduki.

terdapat juga skrin besar kat sini, tengok bola mesti best nie....
dah puas berjalan, pegi makan kat hakim sek 7.






Friday, September 17, 2010

hari raya ketiga

selamat hari jadi mak ndak yg ke-55
hari jadi yang dirancang tanpa pengetahuan, oleh anak2 nye di rumah
siap mlm tu telifon secret recipe tempah kek.


kek secret recipe



 masa untuk potong kek, tak sabar nak makan ,

selepas dari majlis hari jadi , bertolak ke kuantan
beraya di rumah ayah teh di jaya gading.
 sempat bergambar dg kucing, geram betul tgok kucing nie

Sunday, September 12, 2010

Hari Raya kedua






pagi tu lebih kurang kul 8pg, ziarah ke tanah perkuburan di kampung sebelah mak di Felda Sg, Nerek. Tiap2 tahun, memang ade tahlil secara beramai pada hari raya kedua. Memang ramai betul aritu.
Al-Fatihah buat arwah tok dan tok wan.

pusara tok.

Kepada kanak2 akan diberi kupon,selepas majlis tahlil kanak2 ini akan diberi duit tahlil yang disedekah oleh orang ramai pada hari tersebut. Tahun ini setiap kanak2 dapat RM6.

beraya di rumah mak sedara di Felda Sg, Nerek

cute kan.

rumah mak sedara ini mesti pergi cos mee sup nye memang sedap makan ngan kicap pedas, klu raya haji makan nasi daging.

petang tu kat rumah kene forging nyamuk plak oleh majlis perbandaran, nie mesti ade kes denggi nie..adui raya2 pun nak sembur, tapi positifnya malam tu memang x de nyamuk lansung, nyenak tido.

Saturday, September 11, 2010

Hari Raya Pertama



Bergambar sebelum pegi sembahyang, dikesempatan ini ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin
buat
semua blogger dan follower yang menyokong blog yang x seberapa ini.
harap blog ini akan terus berkekalan.



kebiasaan hari raya memang sembahyang di Masjid Abu Bakar Temeroh, masjid nie memang kene datang awal sikit klu x, tak dpt tempat la jawabnya.Selepas sembahyang dan kthubah raya, masjid ini memang mengadakan tahlil, memang seronok buat kanak-kanak kerana dapat duit tahlil.


kak long sedang bersalam dengan mak.

 


nie abang


ini saya, minta maaf halal mkn minum..huk..huk...sedihnya
Al-Fatihah buat arwah ayah dan abang sulung.



selalunye asik terima je duit raya, sekarang dah kene bagi duit raya la plak.

Mak Dak sekeluarga datang ke rumah.


ini  sebelum.....
ini selepas....
kalau kat sini memang suka datang ramai-ramai sekali
ini keluarga Wan Chik, anak dan cucu datang beraya.
ada dekat 5 buah kereta.
memang seronok ramai-ramai nie.


jam dah pukul 11pm,time rehat dan tido bestnye...
x leh tido juga rupanya....adui.