Saturday, May 29, 2010

Belon Panas Alor Star, Kedah

update
 Kunjungan ke tapak festival belon panas pada mulanya tertanya-tanya dimanakah belon panasnya, rupa-rupanya acara belon panas bermula pada pukul 6.30petang, maka berjalan2 melawat booth jualan yang ada.Disini juga terdapat pertunjukkan-pertunjukkan lain seperti belon panas kawalan jauh, glider dan
layang-layang selain daripada tapak jualan dan pameran..

Kesukaran mencari parking merupakan perkara biasa bagi mereka yang mengunjungi festival ini. Tapi bernasib baik mendapat parking yang tidak jauh dari tapak festival ini , tak penat..la nak berjalan.

Belon panas kawalan jauh dipertontonkan kepada orang ramai.






orang ramai telah beratur panjang walaupun kaunter tiket belum dibuka hanya untuk membeli tiket untuk menaiki belon panas ini.Harapan untuk naik tidak kesampaian kerana jualan tiket yang terhad bagi setiap sessi penerbangan belon panas ini.

Sekitar gambaran pada waktu pelepasan belon panas ini, 












belon panas terbang tinggi di udara, yang menariknye ada belon panas yang x ada bakul, duduk mcm atas kerusi dengan kaki terkeluar, seram gak tengok.



sempat bermain-main di sawah padi.

Kemudahan yang terdapat di tapak festival ini sangat memuaskan seperti tandas, surau tapak jualan dan pameran yang luas.

ha..ha.. akibat x dpt tiket menaiki belon panas nie, bergambar pun jadila.
untuk maklumat lanjut berkenaan dengan festival belon panas ini boleh la klik disini







Saturday, May 22, 2010

Festival Belon Panas,Alor Star,Kedah

The Royal Kedah International Hot Air Balloon Festival 2010 akan diadakan di Taman Jubli Emas, Suka Menanti, Alor Star Kedah bermula 28hb Mei ini hingga 30 Mei.



Program ini disertai daripada negara-negara luar antaranya dari Jepun, Thailand Perancis, New Zealand, Belgium dan Malaysia.

Terdapat dua sessi bagi membolehkan pengunjung menaiki belon panas ini iaitu di sebelah pagi bermula pukul 6.30pagi hingga 9.00 pagi dan di sessi kedua disebelah petang bermula dari pukul 5.30ptg hingga 7.30 petang. Pengunjung yang ingin menaiki belon panas  selama 10 hingga 15 minit ini dikenakan bayaran sebanyak RM10.00.

Antara aktiviti lain ialah pameran dan jualan usahawan, go-kart, persembahan kebudayaan, payung terjun dan glider.

Macam best je, 'die-die must go'.

Untuk maklumat lanjut bolehlah klik disini.



Wednesday, May 12, 2010

Pameran Pelancongan Domestik Malaysia


Pameran Pelancongan Domestik Malaysia dianjurkan oleh
Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia (NTCM).
Menawarkan pakej pelancongan tempatan pada harga hebat.
Berikut merupakan maklumat tentang pameran tersebut:

     Tempat : Pusat Dangangan Dunia Putra Kuala Lumpur.(PWTC)
     Tarikh:   14 hingga 16 Mei 2010
     Masa :   10.00 pagi hingga 8.00 malam

Tiada yuran masuk dikenakan.
Selain pameran terdapat juga pertandingan-pertandingan , sessi dialog peraduan dan cabutan bertuah




Untuk maklumat lanjut klik di SINI

Jom datang beramai-ramai.

Saturday, May 1, 2010

Bandar Dungun, Terengganu





Bandar Dungun dikatakan terkenal kerana aktiviti perlombongan pada masa dahulu, kini lebih dikenali sebagai Bandar Ikan Tenggiri kerana penangkapan ikan tenggiri yang banyak di daerah ini. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan bandar Dungun ini boleh la klik disini.

Untuk kesini, pengunjung boleh melalui lebuh raya pantai timur (LPT) ke Jabur jika dari Kuala Lumpur 
dan masuk ke jalan Jerangau-Jabur dan boleh juga boleh melalui jalan pantai Kuantan-Kuala Terengganu.

Ini antara pemandangan di pantai di bandar Dungun ini, Waktu ini angin bertiup kencang kerana hari macam nak hujan je.Tengok keadaan pantai ini, tidak sesuai untuk mandi kerana pantainya yang curam
  dan merbahaya. Tebingnya macam dah terhakis dek ombak.

pantai di tambak bagi mengelak hakisan dan amat sesuai bagi mereka yang minat memancing.

Selelah pusing- pusing di bandar Dungun ini, singgah jab kat pasar malam.
Banyak ngak makanan yang dijual disini , antaranya satay ikan ini,
ingat dulu masa kanak-kanak je dapat makan satay nie,
tak sangka ada jual plak kat sini.. Sedapppp.  

 Tak lengkap kalau tak beli keropok lekor untuk dibawa pulang.

Thursday, February 25, 2010

Pulau Perhentian, Besut ,Terengganu

Kunjungan kali ini mengimbau kembali kunjungan kali pertama pada 2006 yang lalu. Pada 2006, memempuhi perjalanan yang jauh menaiki bas dari Shah Alam melalui negeri Pahang dan Terengganu untuk sampai di jeti Kuala Besut. Kali ini perjalanan menjadi lebih singkat tetapi mencabar melalui lebuhraya Grik dari Bkt. Kayu Hitam ke Kuala Besut.

keadaan di Jeti Kuala Besut, Terengganu.

Selepas berehat bermalam di rumah kawan di Besut, kami bertolak ke pulau perhentian besar dengan menaiki speedboat. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25 minit dengan laut pada hari itu agak tenang, sebaiki sahaja boat bergerak suasana di atas boat agak riuh dengan suara menjerit dan gelak-tawa, sampai kita pun rasa takut gak apabila ombak memukul bot.

Suasana sebelum berlepas, pemakaian jaket keselamatan dan pendaftaran diri dimestikan bagi setiap penumpang bot.

Tempat penginapan kami di watercolour resort, di pulau perhentian besar. Chalet yang terdapat disini ini sangat sesuai bagi mereka yang buget dalam percutian. Dengan kadar semalam serendah Rm60 sehingga RM130 . Kemudahan di dalam chalet ialah kipas angin ,bilik air dengan shower dan katil untuk 2 orang.

suasana petang di watercolour resorts


antara makanan yang disajikan di watercolour resort, secara keseluruhan makanan disini sangat memuaskan.


Aktiviti yang ditunggu-tunggu apabila sampai di pulau ini ialah snorkelling, sebanyak 2 trip snorkelling dengan setiap trip mengambil masa 2 jam setengah dengan 3 tempat yang berbeza-beza.

kerana tidak ada kamera yang boleh masuk air, tak boleh la ambil gambar batu karang dan hidupan di dalam laut ini, cuma gambar ikan dari atas aje la. Kami agak bertuah kerana dapat melihat kelibat penyu semasa melalukan snorkelling ini.



Aktiviti scuba turut terdapat disini.

antara aktiviti lain yang boleh dlakukan ialan seperti berkayak mengelilingi pulau,
jungle trekking dan aktiviti sukan pantai.

pemandangan pulau perhentian dari atas bukit.


Sunday, January 17, 2010

Teluk Cempedak, Kuantan Pahang

Teluk Cempedak merupakan antara pantai yang popular di negeri Pahang. Terletak hanya 5 km daripada bandar Kuantan dan berhampiran dengan Kelab Golf Diraja Pahang. Pantai ini lebih dikenali oleh masyarakat setempat dengan nama TC yang bermaksud Teluk Cempedak merupakan tempat tumpuan dihujung minggu. Dengan pantai yang memutih dan dikelilingi dengan batu-batuan ,rimbunan pokok-pokok serta angin pantai yang bertiup terasa sangat menyegarkaan.






Terdapat juga menghibur jalanan disini, seperti gambar diatas pertunjukan haiwan berbisa iaitu ular. Ramai pengunjung tertarik dan tidak melepaskan peluang untuk menyentuh dan bergambar. Terdapat juga disini pelukis potret gambar.
Pemandandan pantai Teluk Cempedak diwaktu petang. Antara kemudahan lain yang terdapat disini ialah tandas, bilik mandi, surau, gerai makanan dan pakaian,taman permainan kanak-kanak, restoran, KFC, Mcdonald, laluan riadah dan jungle Tracking,

Dengan adanya kemudahan rumah rehat disini, memudahkan bagii mereka yang ingin bermalam disini Antaranya  Hotel Hyatt Regency. Pantai TC ini tidak digalakkan untuk aktiviti mandi manda pada musim monson timur laut iaitu antara bulan November hingga Mac kerana ombak pantainya kadang-kadang merbahaya dan ganas.

Untuk kesini,pengunjung yang datang dari Kuala Lumpur boleh melalui Lebuh Raya Pantai Timur di Gombak dan ambil susur keluar Kuantan atau Gambang terus ikut signboard Teluk Cempedak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Pengunjung juga boleh menaiki pengangkutan awan seperti bas dan taxi dari bandar Kuantan.
Tarikan yang terbaru di Teluk Cempedak ini dan baru dibuka ialah gerai- gerai jualan barang dan pakaian ala- ala uptown. Terdapat pelbagai pakaian , barangan kulit, alat mainan, jam tangan , minyak wangi , cermin mata dijual disini.

Setelah puas berjalan di Teluk Cempedak,seterusnya tempat yang ditujui dan matlamat utama ialah di Stadium Darul Makmur untuk menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Super antara Pahang dengan Terengganu team(T-Team).
Berkat sokongan dan maki hamun dari kami, Pahang menang dengan jaringan 2 - 1. Perjalanan pulang diraikan dengan sorak gembira. Ditengah perjalanan menaiki bas semunya letih tertidur.

klik google map disini
View Larger Map

Friday, December 4, 2009

langkawi

Rancangan ke Langkawi bermula dengan bual- bual kosong sahaja. Kami pergi ke langkawi dengan menaiki feri di jeti Kuala Perlis dengan harga Rm18 sehala. Sepanjang perjalanan menaiki feri selama 45 minit kami disajikan dengan pemandangan pulau dan air laut yang indah dan mempersonakan.


Baru sampai di jeti Kuah, langkawi. Langkawi merupakan salah satu pulau yang popular di Malaysia dan juga antarabangsa. Sekarang ini langkawi dikenali sebagai Langkawi Geopark. Kemudahan yang disediakan disini sangat memuaskan.

Kami memilih untuk menggunakan perkhidmatan teksi kerana memudahkan untuk mengunjungi tempat- tempat yang menarik di pulau langkawi ini. Harga untuk sehari perjalanan adalah RM80.00 bagi sebuah van.

tempat pertama yang dikunjungi ialah kedai menjual barangan berasaskan gamat. Disini terdapat pelbagai jenid produk antaranya sabun gamat, minyak panas gamat, pencuci muka gamat, ubat gigi gamat, bedak sejut gamat dan banyak lagi. Disini juga pengunjung dapat merasai air tongkak ali. Wah.. rasanya sangat pahit, dapat juga telan 2 teguk.

Agak malang juga kunjungan kali ini untuk menaiki kereta kabel Langkawi kerana hujan yang agak lebat juga. Ramai yang berada disini kelihatan agak kecewa dan ada yang menunggu mengharap hujan akan berhenti turun. Kereta kabel ini terletak di Gunung Machincang dengan jarak 30 minit dari pekan Kuah. Dikatakan pengunjung dapat melihat keseluruhan pulau lagenda ini, dan jika cuaca cerah dapat melihat Indonesia dan juga Thailand.

Pantai Chenang merupakan pantai yang popular di Langkawi yang terletak lebih kurang 17km dari pekan Kuah.Disini kebanyakan aktiviti dan acara pantai diadakan. Di sepanjang pantai ini terdapat pelbagai jenis hotel dan rumah tumpangan dengan harga mengikut bajet anda. Antara aktiviti air yang ada ialah jet sky, banana bot, berkayak dan sukan pantai.
pemandangan pantai di waktu petang.




Sebelum pulang singgah sebentar di Kedai Hj. Ismail untuk membeli coklat. Kedai Hj. Ismail ini terletak di Pekan Kuah merupakan kedai yang popular di sini disamping harganya yang berpatutan. Sempat membeli coklat dan set pisau untuk dibawa pulang.