Tuesday, August 27, 2024

THE RIVER CAFE, KAMPUNG TELUK IRA, TEMERLOH PAHANG

 

Cafe terapung pertama di Temerloh pahang 

yang terletak di Kampung Teluk Ira


                                                            Operation hours:
                                                                Isnin - Ahad
                                                                11 am - 7 pm
                                                            Tutup: Khamis sahaja


Terdapat makanan pagi, tengahari & petang di cafe kami dan anda boleh walkin sahaja




santai - santai sambil melihat keindahan sungai Pahang


 Untuk maklumat lanjut , boleh : Call @ whatsApp 0145002764

Friday, August 23, 2024

TAPAK AINA GUESTHOUSE @ TEMERLOH , PAHANG

 

Kami mempelawa anda menginap di Homestay private pool di Taman Kenari Temerloh. Rumah sebiji 1 tingkat teres (lot tepi). Rumah kami adalah lengkap dengan perabot asas dilengkapi dengan kemudahan berikut :



👉FACILITIES (Indoor)

📌3 bilik tidur aircond dan 2 tandas

(Setiap bilik ada 1 Katil Queen)

📌TV - Astro njoi

📌Peti Ais & Microwave

📌Penapis Air

📌Fully Auto Washing Machine (Sabun tidak disediakan) 

📌Kettle, Blender & Rice Cooker 

📌Dapur gas dan gas

📌 Kuali, periuk, sudip, senduk

📌Pinggan, mangkuk, cawan, jag air

📌Sudu, garfu, pisau

📌Iron & Iron Board. Sejadah

📌Meja makan & Sofa

📌Tuala (3 Helai sahaja) 

📌BBQ Pit dan Meja Batu



#######################

👉FACILITIES (Outdoor)


Swimming Pool  dengan flysheet


🏊‍♀️ Swimming Pool (dewasa) 

🏊‍♀️ Swimming Pool (kanak²)

 


Daftar Masuk : 3.00 petang

Daftar Keluar : 12.00 tghari


Thursday, August 22, 2024

KEDAI KEK DI TEMERLOH , KEKKOY DYNATON BUKIT ANGIN @ TEMERLOH PAHANG

 


Antara kedai kek di Temerloh, Pahang yang paling sedap, banyak pilihan, 

rasa yang premium dan harga yang berpatutan. 


Semua Ready Stock , boleh walk in terus je, 



alamat dan no telifon seperti di bawah

    No. 25 -27, Tingkat Bawah Jalan Dagang 2, 
                                                    Dynaton Bukit Angin, 28000 Temerloh, 
                                                                            014-531 4553
           








Wednesday, August 21, 2024

Warung Tebing, Kampung Teluk Ira, Temerloh

 





Warung Tebing ini terletak di Kampung Teluk Ira, Temerloh, Pahang iaitu 12 minit dari bandar Temerloh dan hanya 5 minit dari Tapak Aina Guesthouse,4 kini menjadi  tarikan tempat sarapan pagi terbaru di sini, dengan harga yang sangat berpatutan dan kepelbagaian menu yang disediakan.





menjamu selera dengan suasana di tepi sungai, sangat menyenangkan jiwa






dibuka dari jam 7. 00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari dari 
hari Selasa sampai Ahad tutup pada hari selasa.

boleh klik di sini  untuk lokasi Warung Tebing




Friday, February 8, 2019

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Temerloh Pahang

Kuala Gandah, Temerloh, Pahang


Jom mandikan gajah,
hanya di Kuala Gandah, Temerloh @
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan






Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) merupakan satu pusat yang unik di Malaysia di mana peranan utamanya adalah untuk menangkap dan memindahkan gajah-gajah liar yang habitatnya telah diterokai oleh pembangunan. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan perlindungan seperti Taman Negara. Ianya telah menjadi tempat menarik di Temerloh, Pahang



Perjalanan ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dari Kuala Lumpur dengan menggunakan kenderaan sendiri mengambil masa kira-kira 2 jam pemanduan melalui Lebuh Raya Pantai Timur dan akan keluar melalui persimpangan Lanchang.





Terdapat kemudahan penginapan berdekatan dengan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan seperti homestay yang diusahakan oleh masyarakat setempat.


Jadual Aktiviti Pelawat

Masa

Aktiviti
10.00 pagi PENDAFTARAN

Pelawat wajib mendaftar dan mendapatkan pelekat / pas kebenaran masuk ke PKGK.

PUSAT INTERPRETIF

Pelawat disaran melawati pusat interpretif bagi mendapatkan maklumat awal berkaitan PKGK.

10.30 pagi - 12.00 tengahari MEMERHATI ANAK-ANAK GAJAH

Pelawat berpeluang memerhati gelagat anak gajah sambil memberi makan dan bergambar bersama mereka.

1.00 & 1.30 petang MENONTON TAYANGAN VIDEO
Menonton dokumentari proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan PERHILITAN.

2.00 – 2.15 petang

(Jumaat : 3.00 – 3.15 petang)
LINTASAN GAJAH
Pelawat berpeluang melihat dan bergambar dari jarak dekat kumpulan gajah dewasa yang bergerak bersama mahut ke kawasan aktiviti pertunjukkan gajah.

2.15 petang – 3.00 petang PENERANGAN KONSERVASI DAN PERTUNJUKAN BERMAKLUMAT DARI MAHUT DAN GAJAH
Pengenalan kepada perilaku, konservasi dan sejarah gajah di PKGK
Pelawat boleh memberi makan, menyentuh belalai dan bergambar bersama gajah sambil diberikan penerangan oleh kakitangan bertugas.
Nota:
Pusat ini tidak menyediakan program tunggangan gajah untuk hiburan. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang.
3.00 – 3.15 petang


LINTASAN GAJAH
Pelawat berpeluang melihat dan bergambar dengan kumpulan gajah dewasa yang bergerak bersama mahut ke kawasan aktiviti pertunjukan gajah.
3.00 - 4.30 petang
MEMANDIKAN ANAK GAJAH
Aktiviti ini bergantung kepada keadaan cuaca, paras air sungai dan syarat-syarat lain. Terhad kepada 100 orang sehari. Pendaftaran awal perlu dibuat bagi aktiviti ini.
Nota :
  • Pelawat diwajibkan menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong dengan bayaran sebanyak RM10.00 / orang (dewasa) dan RM5.00 / orang (kanak-kanak) bagi aktiviti ini sahaja.
  • 4 orang pelawat untuk seekor anak gajah bagi tempoh lebih kurang 2 minit.
MEMERHATI ANAK-ANAK GAJAH DALAM KANDANG

Pelawat berpeluang memerhati gelagat anak gajah sambil memberi makan dan bergambar bersama mereka.

4.30 petang PENDAFTARAN DITUTUP




Waktu Lawatan:
Hari Masa
 Isnin - Ahad  8.00 pagi - 1.00 petang
 2.30 petang – 4.30 petang
 Jumaat  8.00 pagi - 12.30 tengahari
 2.30 petang – 4.30 petang


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:





Ketua
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah

Kuala Gandah, 28500 Lanchang

Pahang Darul Makmur, Malaysia

Tel: 017-931 9650  Kaunter: 013-908 8207

Wednesday, January 23, 2019

KUBANG GAJAH, TEMERLOH PAHANG






Waterpark Kubang Gajah Temerloh Pahang merupakan kawasan riadah bagi penduduk di kawasan sekitar Temerloh, Pahang. Ia merupakan kawasan yang rekreasi yang sesuai untuk dikunjungi bagi semua peringkat masyarakat.
 
Berikut merupakan harga tiket masuk
 


 
 
Kawasan  ini agak strategik menyebabkan ramai pengunjung datang ke Waterpark Kubang Gajah ini. Kawasannya juga berhampiran dengan bandar Temerloh menjadikan kawasan tumpuan untuk beriadah.


 
Pengunjung juga boleh beribadat dengan mudah kerana Waterpark Kubang Gajah ini berdekatan dengan Surau Bukit Angin dan Masjid Baru Temerloh.
 
 
 
Jom semua kesini ye.

Tuesday, January 1, 2019

MEDAN SELERA BUKIT NAGA, SEKSYEN 32, SHAH SHAM, SELANGOR






Medan Selera Bukit Naga mula dibuka pada 01.10.2018 merupakan medan selera ke-2 yang berkonsepkan gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan di suatu tempat.  


 Terletak di simpang 4, jalan rezab buang, kampung bukit naga, berhampiran dengan sekolah agama bukit naga.




Berikut merupakan majlis kesyukuran pembukan medan selera bukit naga pada 01.10.2018
 Orang ramai yang hadir dapat merasai makanan yang bakal dijual di medan selera ini
 






Antara menu yang dijual di sini
 










 Anda pasti tidak akan kecewa jika datang kesini untuk menjamu selera.





Thursday, February 22, 2018

Zoo Negara, Malaysia






Zoo Negara Malaysia diuruskan oleh Persatuan Zoologi Malaysia, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mewujudkan zoo tempatan pertama bagi rakyat Malaysia.Zoo Negara telah dibuka secara rasmi pada 14 November 1963.




Terdapat lebih daripada 5137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan di sini



Kalau letih nak jalan, kita naik tren yang disediakan dengan bayarandewasa RM8, Kanank-kanak atas 2 tahun RM5.


seronok Aina disini , biasa tengok di TV sahaja



Zoo Negara merangkumi 110 ekar tanah yang terletak hanya 5km dari bandar Kuala Lumpur. 
Zoo Negara telah mengubah dirinya menjadi zoo berkonsep terbuka dengan lebih daripada 90% haiwannya disimpan dalam pameran yang luas dengan landskap yang sesuai dengan sifatnya. Kami sedang berusaha memastikan konsep zoo lama diubah sepenuhnya.


Waktu Operasoi Zoo Negara & Harga Tiket

Harga parking kereta RM9 hingga Rm10.




bagi siapa Birthaday bulan February di beri percuma sehingga 28 Feb 2018 sahaja. 



Untuk Kesini

Alamat :
Zoo Negara, Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

Dengan menaiki Light Rail Transit System (LRT) :
- Alight at Wangsa Maju Station, Kelana Jaya Line
- Board a taxi to Zoo Negara

Dengan menaiki Bus :
- Rapid KL number 253 from Putra LRT Station, Wangsamaju, KL

- Rapid KL number 220 from Lebuh Ampang, KL


Sunday, October 22, 2017

Skytrex Adventure Shah Alam, Taman Botani Negara, Shah Alam


Sebelum bercerita mengenai Skytrex....KIta cite dulu pasal Hari Sukan Negara cos ramai sangat org kat Taman Botani Negara, Shah Alam hari ini


Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun pada tahun ini pada 14/10/2017. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation).Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhanya akan berganding bahu menganjurkan dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.Sumber dari Website harisukannegara.


Berbalik pada Skytrex 
Skytrex Advanture ini ape ye?
Skyrex Advanture adalan perjalanan "sky-Trekking" antara pokok ke pokok  melalui pelbagai cabaran cabaran yang perlu dilalui antaranya bergayut, terbang"flying fox" , menaiki tangga, jaring , tali dan sebagainye.

Terdapat di 3 tempat iaitu di Melaka, Shah Alam & di Langkawi. Yang akan diceritakan ini di Taman Botani Negara, Shah Alam, Selangor.



Skytrex Advanture di Shah Alam ini terletak di didalam kawasan Taman Botani Negara, Shah Alam yang berkeluasan  817 hektar dan hanya 5 minit dari pusat Bandar dan 40 minit dari Ibu kota Kuala Lumpur dengan memandu kenderaan.




Harga bagi parking dan tiket masuk ke Taman Botani ini seorang (bagi dewasa) adalah RM3.00, manakala bagi  kanak-kanak & warna Emas RM1.00.

Untuk ke Skytrex Adventure boleh menaiki bas yang telah disediakan berhampiran dengan tempat menyewa basikal




Perjalanan dengan bas ini mengambil masa lebih kurang 5 ke 10 minit, tgok keadaan jalan yang kebiasaanye ramai pengunjung yang menaiki basikal.




Berikut merupakan pakej-pakej Skytrex yang terdapat disini, pastikan anda penempah secara online ye,
klik disini untuk website skytrex shah alam






bermula disini, anda akan berjalan, melompat, berhayun, meluncur dengan lebih daripada 20 cabaran yang disediakan disini dengan suasana hutan hujan tropika bergerak di udara yang nyaman.



  
sessi penerangan & cara pengunaan peralatan disampaikan oleh instructor skytrex



Pengembaraan merentas pokok diudara bermula disini sessi latihan dahulu

 


setelah semua peserta selesai dengan sessi latihan, Starting point Skytrex advanture( extreme challenge ) dengan menaiki tangga tali ini. 



berikut merupakan cabaran yg perlu ditempuhi tiada berpatah balik selepas anda menaiki tangga ini









siapa yang berminat daningin mencuba kelainan ,ini jawapannye
pastikan membawa minumam dan coklat untuk menghilangkan dahaga & menambahkan tenaga
dah naik xde kedai kt atas pokok nie